Memories Of The Alhambra
Assalamualaikum wbt
DAH tiga hari selesai marathon drama bersiri Memories Of The Alhambra ni, lakonan Hyun Bin dan Park Shin Hye, tapi masih belum move on dengan penamatnya. Selepas empat tahun drama ini dipertontonkan, cuma kini barulah Sk berkesempatan menontonnya. Kadang-kadang nak menonton ni kena ambil mood lebih sikit, malam-malam baru ada masa tu pun jika tak melekat handphone di tangan, hahaha. Kalau hari cuti pulak, asyik nak meronggeng jer, kan.
Hyun Bin bukanlah tarikan mata semata-mata untuk menonton drama ini tetapi tentulah kerana skripnya yang genius. Jika sebelum ini, Sk menonton Hyun Bin dalam Crash Landing On You, Park Shin Hye pula Sk tonton lakonannya dalam The Call.
Ia mengisahkan tentang Yoo Jin Woo (Hyun Bin) seorang CEO yang pergi ke Granada, Sepanyol untuk mengembangkan bisnes setelah mendapat tawaran membeli aplikasi permainan yang mana pertemuan dirancang di rumah tumpangan lama iaitu Hostel Bonita yang dimiliki oleh He Ju (Park Shin Hye)
Jika orang lain datang ke Granada untuk melawat tinggalan sejarah Sepanyol iaitu Istana Merah, Alhambra, namun lain pula tujuannya dengan Jin Woo di mana beliau telah terjebak dengan permainan maya ciptaan Se Ju sehingga kematian rakan sepermainan dalam permainan tersebut
Misteri semakin mencengkam apabila Jin Woo diburu oleh orang yang telah mati sehingga mengganggu ketenteraman hidupnya dan dituduh gila. Namun begitu, Jin Woo tetap cool setiap kali berhadapan dengan He Ju dan sentiasa menenangkannya sewajarnya seorang hero la kan
Begitu juga yang terjadi kepada Se Ju yang diburu oleh mayat Marco. Se Ju hilang dan Jin Woo berjanji untuk mencari Se Ju
Emma, watak maya yang diciptakan Se Ju yang menggunakan wajah kakaknya, He Ju. Kena hati-hati, jangan sampai terpesong akidah kerana agak menyimpang sikit kisah Emma ni. Namun begitu, cerita ini adalah rekaan semata-mata tapi bagi SK sungguh genius la mereka yang mengilhamkannya sesuai dengan situasi dunia masa kini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/07/memories-of-alhambra.html