Mb Kedah Angkuh Tidak Melambangkan Pemerintahan Islam



Kenyataan Menteri Besar (MB) Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, “raya pun tidak, cuti pun tidak” bagi merujuk kepada perayaan Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada 28 Januari ini dikecam keras oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua AMK, Akmal Nasir dan Naib Ketua AMK, Thiban Subbramaniam, ungkapan MB kedah itu mendedahkan keangkuhannya sebagai ketua kerajaan negeri serta tidak melambangkan imej parti yang memperjuangkan agama Islam.
“Kenyataan tidak bertanggungjawab MB Kedah itu memberi petunjuk jelas beliau tidak menjiwai semangat kemajmukan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama.
“Tambah memalukan lagi apabila beliau yang mewakili Parti Islam SeMalaysia (Pas) kononnya mahu menonjolkan pendekatan Kerajaan Melayu-Islam sebenarnya telah memberikan gambaran tidak baik terhadap Melayu-Islam itu sendiri pada kaca mata masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di Malaysia. Sedangkan Islam tidak pernah sama sekali mendiskriminasi mana-mana kaum.
“Keputusan membuta tuli MB Kedah dalam membatalkan cuti Perayaan Thaipusam yang telah menjadi kelaziman di negeri itu dengan alasan sudah terlalu banyak cuti kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya amat tidak rasional serta tidak wajar.
“Ini memberi petunjuk bahawa tidak mustahil cuti sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya juga akan ditarik balik dengan alasan yang sama,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Menurut pemimpin AMK itu lagi, MB Kedah atau parti Pas tidak boleh memperkecilkan sumbangan masyarakat India kepada negara.
Oleh yang demikian, hak-hak beragama kaum minioriti itu juga perlu ditegakkan sebagaimana kaum-kaum lain yang lebih besar.
“MB Kedah perlu sedar masyarakat India mempunyai sumbangan besar dan perlu diberi penghormatan melalui cuti perayaan yang mereka sambut.
“Merujuk kepada statistik tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, jumlah masyarakat India di Kedah seramai kira-kira 150,100 orang dan merupakan angka yang besar.
“Keputusan MB Kedah dalam hal ini perlu ditarik balik kerana ia berpotensi menyuburkan api perkauman dan menggugat keharmonian kaum yang telah wujud di Malaysia,” kata mereka lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31314

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mic Baru Sedar Menteri Besar Kedah Angkuh

Mic Baru Sedar Menteri Besar Kedah Angkuh

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 205 hits
Sebelum itu Dato Dr Khairuddin Aman Razali menyelar pihak yang didakwanya tidak bertanggungjawab menimbulkan persepsi negatif kepada PERIKATAN NASIONAL bahawa wujud unsur perkauman dan ketidakadilan kepada semua kaum Menurut Pengarah Strate...
Covid 19 Bank Islam Beri Bantuan Kewangan Rm37 9 Bilion

Covid 19 Bank Islam Beri Bantuan Kewangan Rm37 9 Bilion

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 188 hits
BernamaBank Islam Malaysia Bhd telah membantu seramai 350 000 individu dan syarikat perniagaan yang terjejas KUALA LUMPUR Bank Islam Malaysia Bhd telah membantu seramai 350 000 individu dan syarikat perniagaan yang terjejas akibat pandemik ...
Vaksin Covid 19 Menurut Perspektif Islam

Vaksin Covid 19 Menurut Perspektif Islam

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 202 hits
Tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin Covid 19 yang dijangka pada bulan hadapan masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan keabsahan dan kehalalan vaksin itu Malaysia akan menerima bekalan vaksin Covid 19 menerusi perja...
Abu Janda Islam Di Indonesia Memang Arogan Injak Kearifan Lokal

Abu Janda Islam Di Indonesia Memang Arogan Injak Kearifan Lokal

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 196 hits
Pegiat media sosial Abu Janda menilai Islam di Indonesia adalah agama yang arogan lantaran telah menginjak injak kearifan lokal masyarakat Hal itu disampaikan Abu Janda lewat unggahannya di Twitter Selasa 26 Januari 2021 menanggapi cuitan n...
Kritik Dengan Solusi Lebih Baik Cerca Kelemahan Institusi Islam

Kritik Dengan Solusi Lebih Baik Cerca Kelemahan Institusi Islam

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 180 hits
Sedih lihat muslim bersekongkol dengan puak liberal hina institusi Islam Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Datuk Zainul Rijal Abu Bakar BANGI Setiap kelemahan yang wujud dalam institusi agama Islam sepatutnya dinilai secara objektif b...
Abu Janda Kembali Berulah Tuding Islam Agama Arogan Dan Pendatang Dari Arab

Abu Janda Kembali Berulah Tuding Islam Agama Arogan Dan Pendatang Dari Arab

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 240 hits
Pengiat media sosial Permadi Arya atau kerap disapa Abu Janda tuding Islam agama Arogan Abu Janda pun tuding Islam agama pendatang dari Arab Saudi Hal itu dikatakan Abu Janda dalam aku Twitternya permadiaktivis1 Senin kemarin Abu Janda meng...
Perbankan Islam Hilang Peluang

Perbankan Islam Hilang Peluang

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 154 hits
PANDEMIK Covid 19 mengakibatkan ramai rakyat Malaysia hilang pekerjaan dan kurang pendapatan Pada saat sukar ini kita lihat peranan penting yang dimainkan oleh institusi kewangan di Malaysia bagi membantu masyarakat berdepan masalah kewanga...
Pkp 2 0 Pahang Benarkan Majlis Akad Nikah Hanya Di Pejabat Agama Islam Daerah Sahaja

Pkp 2 0 Pahang Benarkan Majlis Akad Nikah Hanya Di Pejabat Agama Islam Daerah Sahaja

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 713 hits
Pihak Jabatan Agama Islam Pahang telah mengeluarkan prosedur operasi standard bagi pelaksanaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi melaksanakan segala aktiviti pengurusan nikah bagi seluruh Negeri Pahang SOP baru ini berkuatkuasa ber...
Pembenci Islam Jadi Mualaf Gara Gara Mohamed Salah

Pembenci Islam Jadi Mualaf Gara Gara Mohamed Salah

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 262 hits
Sebuah penelitian dilakukan Departemen Sains Politik Universitas Stanford Inggris Menurut penelitian mereka aksi kekerasan terhadap umat Islam di Inggris mengalami penurunan sebesar 18 9 persen semenjak Mohamed Salah mendarat di Liverpool p...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally