Mana Maruah Melayu 80 Gelandangan Islam Makan Di Gereja


Lebih 80 peratus daripada kira-kira 100 orang gelandangan atau warga miskin kota yang menerima bantuan makanan di sesebuah gereja pada satu-satu masa terdiri daripada Melayu beragama Islam.
Pendedahan tersebut diakui seorang ibu tunggal ketika kebetulan ditemui Malaysia Dateline di Surau Balai Islam berdekatan Bulatan Pahang, Kuala Lumpur semalam.
Hanya mahu dikenali sebagai Junaidah (bukan nama sebenar), 50, beliau yang menjaga seorang anak lelaki menghidap penyakit ulser tulang memberitahu ramai gelandangan Melayu terpaksa mengharap bantuan daripada pihak gereja dan NGO berlatarbelakangkan Kristian.
Ujarnya, sebuah gereja berhampiran Dataran Merdeka menyediakan sarapan mulai jam 8 pagi setiap hari manakala satu gereja lagi di Bukit Nanas menjamu makanan tengah hari kepada warga miskin kota juga setiap hari.
“Bagusnya lagi, pihak gereja menghormati gelandangan beragama Islam. Kami akan makan terlebih dahulu selepas wakil daripada kami diminta membacakan doa makan. Kemudian, baru doa untuk penganut mereka pula dibaca.
“Selain makanan, gereja dekat Dataran Merdeka itu siap beri sabun, benarkan gelandangan cuci baju dan sediakan ampaian untuk menjemur pakaian,” ujarnya yang kali terakhir menerima bantuan makanan di gereja terbabit selepas Aidilfitri tahun lalu.
Baca: 4 Jenis Senaman Terbaik Untuk Penghidap Asma
Beliau yang tiba di surau itu bertanyakan pada Malaysia Dateline tentang imam untuk memohon bantuan wang ihsan selepas kira-kira sejam berlalunya solat Asar berjemaah.
“Minta bantuan pada Baitulmal setakat RM250 hingga RM300 sebulan. Sewa bilik di KL pun sudah RM300.
“Saya dengan anak berusia 25 tahun mulai tahun 2016 tidur di sekitar Masjid Negara kerana tak mampu menyewa bilik,” ujarnya yang berasal dari Rembau.
Bercerita lanjut tentang perbandingan dengan layanan institusi ibadat Islam, Junaidah berkata, pihak masjid sekitar ibu negara tidak pula berbuat demikian.
“Masjid Negara pun tidak ada. Hanya NGO dan mahasiswa saja yang ada berikan kami sumbangan makanan.
“Kalau dekat kawasan Kolej Segi berhampiran Anjung Singgah, ada seorang Datin bagi sumbangan duit setiap bulan. Itu usaha orang perseorangan. Kalau Baitulmal lagilah, bagi (bantuan kewangan) buat syarat saja.
“Kelmarin, saya minta bantuan wang ihsan untuk ambil dua anak yang dijaga bekas suami di Jengka. Baitulmal tak bagi wang sebab katanya duit bulanan sudah bagi,” ceritanya di perkarangan surau sambil merenung jauh kenderaan yang mulai sesak di Bulatan Pahang itu.
Berkongsikan pengalamannya yang pernah memohon bantuan bulanan pada Baitulmal di Terengganu tahun lalu bagi pihak anaknya, Junaidah berkata institusi itu menolak permohonan mereka dengan alasan bukan pemastautin.
“Saya merayu mereka buat tak tahu walaupun kad pengenalan anak saya terbukti lahir di Terengganu. Katanya, datanglah esok lusa jumpa pegawai mereka padahal saya tidak boleh tunggu. Penyakit anak saya kena cepat diberi ubat.
“Kata pegawai itu ramai orang begitu. Pada kad pengenalan saja lahir di Terengganu, tinggal di negeri lain,” cerita Junaidah kembali sehingga beliau pada hari tersebut terpaksa memohon jasa baik pihak Jabatan Mufti yang pejabatnya tidak jauh dari Baitulmal itu.
Beliau berkata, pihak Baitulmal memberi bantuan hanya selepas
Jabatan Mufti itu menghubungi Baitulmal memaklumkan permohonan mereka harus diberi perhatian.
“Itupun Baitulmal beri bantuan kecemasan RM100 bukan bantuan bulanan dengan alasan sama – bukan pemastautin.
“Lepas tu pegawai itu pula persoal saya kenapa mengadu pada Jabatan Mufti sedangkan saya terdesak perlukan wang ihsan untuk belanja perubatan anak saya yang kaki kirinya sakit teruk akibat sisa karat selepas berlaku kemalangan di bengkel kereta tahun 2014 lepas,” jelasnya.
Memohon bantuan ihsan dari pihak masjid juga amat mengecewakan walaupun pada papan kenyataan masjid terpampang ribuan ringgit kutipan setiap minggu Solat Jumaat.
Beliau berkata, Ahad lalu seorang jawatankuasa Masjid Amru Ibni Al’As di Bandar Baru Sentul menolak rayuannya yang memohon sedikit wang dengan alasan bukan kariah masjid.
“Dia kata dia berpegang pada prinsip. Dia hanya bantu anak kariah masjid saja. Saya sedih sebab setahu saya orang yang bersembahyang di mana-mana masjid termasuk ketika solat Jumaat juga datangnya dari luar kariah,” keluhnya lagi.


The post Mana maruah Melayu, 80% gelandangan Islam makan di gereja appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/mana-maruah-melayu-80-gelandangan-islam-makan-di-gereja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbuatan Ahli Parlimen Bintulu Mesti Dikutuk Mana Suara Melayu Islam Membela Kp Kesihatan

Perbuatan Ahli Parlimen Bintulu Mesti Dikutuk Mana Suara Melayu Islam Membela Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 353 hits
Perbuatan Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing menghina Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di tengah tengah usaha dan kerja keras beliau menangani wabak Covid19 dengan gambaran takut mati dan hanya mahu publisiti adalah tinda...
Siti Kassim Tak Puas Hati Belajawan 2021 Dikatakan Tidak Adil Lebih Melayu Dan Islam

Siti Kassim Tak Puas Hati Belajawan 2021 Dikatakan Tidak Adil Lebih Melayu Dan Islam

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 265 hits
DI MANA RASIS DAN TIDAK ISLAMIKNYA BELANJAWAN 2021 Terdesak sungguh nampaknya pihak pihak tertentu bagi menghasut rakyat supaya membenci kerajaan sehingga sanggup menggunakan sentimen kaum dan agama bagi mencapai tujuan mereka sedangkan sel...
Orang Islam Menerima Kematian Di Mana Saja Noor Hisham Jawab Kritikan Tiong

Orang Islam Menerima Kematian Di Mana Saja Noor Hisham Jawab Kritikan Tiong

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 270 hits
PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata tidak timbul isu takut mati selepas dipertikai seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini kerana didakwa tidak turun padang melawat hospital Beliau berkata sebagai orang...
Tan Sri Dr Noor Hisham Jawab Dakwaan Takut Mati Kita Sebagai Islam Kita Terima Di Mana Mana Pun Kematian Boleh Berlaku

Tan Sri Dr Noor Hisham Jawab Dakwaan Takut Mati Kita Sebagai Islam Kita Terima Di Mana Mana Pun Kematian Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 272 hits
1 158 total views 1 158 views today Tidak timbul isu takut mati itu kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah selepas dia dikecam seorang ahli parlimen kerajaan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini Menjawab soalan wartawan da...
Jangan Berdiam Tatkala Islam Dihina Seperti Tiada Maruah

Jangan Berdiam Tatkala Islam Dihina Seperti Tiada Maruah

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 444 hits
Aminuddin Yahaya Jika umat bersatu musuh akan terkesan dengan sangat dahsyat BARU baru ini dunia dikejutkan dengan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad di mana sebuah karikartur baginda telah dilukis dan dipamerkan di tempat umum di Peranc...
Saya Sedih Kena Ajar Tegak Islam Pada Orang Melayu

Saya Sedih Kena Ajar Tegak Islam Pada Orang Melayu

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 437 hits
Salam Maulidurrasul Nasib baik tak sebut Melayu malas dan bacol melenting pula puak ni Dr Bala juga patut sedih kepada pemimpin PAS yang ada ilmu tinggi tapi tak amal masih malaun malaunta bila dah jadi kerajaan ada jawatan ada kuasa lupa p...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Buat Apa Jika Terseliuh



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Secret To Effortless Living Collaboration With Ashdown Studio

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Alhamdulillah Hujan Turun Lebat

Wajibkan Fasih Bm Untuk Dapat Warganegara Pemuda Umno

1 31 2023