Makan Durian Segamat Terus Dari Ladang



Sebut sahaja pasal Segamat sudah tentu para pembaca akan teringat akan 2 perkara iaitu :
1. Jakel Segamat

Untuk makluman para pembaca, syarikat kain dan fabrik terkenal iaitu Jakel bermula di Segamat sejak 1980-an lagi. Ia diusahakan oleh Allahyarham Muhammad Jakel bin Ahmad pada tahun 1983 secara kecil-kecilan di Muar, Johor Darul Takzim.
Kemudian, Allahyarham Muhammad Jakel mula mengorak langkah memperkembangkan perniagaannya di Segamat dengan membawa bersama nama Jakel Trading. Pada 1992 mereka mula menceburi bidang 'supply' kepada tender-tender kerajaan.
Selain daripada menceburi bidang tender kerajaan, Jakel Trading turut tidak mahu ketinggalan dalam industri kain di kalangan rakyat Malaysia. Mereka terus membuka cawangan-cawangan di serata Malaysia.
Menurut rakan-rakan saya yang tinggal di Segamat, semasa musim perayaan harga jualan di Jakel Cawangan Segamat selalunya lebih murah berbanding di cawangan-cawangan lain.
Jadi, rakan-rakan pembaca yang budiman bolehlah membeli jiwa isteri anda dengan membawa mereka ke Jakel Segamat menjelang Aidilfitri tahun ini.

2. Durian Segamat

Selain daripada Jakel Segamat, sudah tentu durian Segamat yang sentiasa menjadi mercu daerah dan kebanggaan orang-orang Segamat.
Dari sudut geografinya yang terdapat banyak bukit dan mempunyai tanah yang subur untuk tujuan penanaman pelbagai tanaman. Apatahlagi untuk menanam pelbagai spesis durian.
Diantara spesis durian yang menaikkan nama Segamat adalah Durian Musang King, Durian D169 dan tahun lepas sahaja seorang pemilik ladang dari Kampung Tengah, Segamat dikenali sebagai Mad Zin Abdullah telah memenangi anugerah DURIAN UNGGUL (Excellent Durian) dalam satu pertandingan yang diadakan di Segamat.

Pertandingan yang dianjurakan saban tahun oleh Jabatan Pertanian Daerah Segamat itu telah diadakan pada 28 Jun 2019 dan telah menobatkan Pak Mad sebagai Juara dan Naib Juara pertandingan tersebut.
Dalam pertandingan tersebut Pak Mad telah menyertainya dengan 2 produk atau spesis baru durian yang telah dicampurkan. Ketiaka pertandingan tersebut, spesis ini masih belum mendapat kelulusan pendaftaran durian.
Pak Mad mengetengahkan 2 spesis baru durian ciptaannya yang dikenali sebagai P089 dan P088 yang merangkul tempat pertama dan kedua. 
Durian spesis baru dikenali sebagai P089 dan P088 milik Pak Mad Zin daripada Kampung Tengah, Segamat menang tempat pertama dan kedua di Pertandingan Durian Unggul 2019.Turut dicatatkan bahawa kedua-dua durian yang Pak Mad cuba ketengahkan ini mempunyai ciri-ciri menarik dan rasa lebih sedap daripada peserta-peserta lain serta teksturnya yang lembut seakan-akan Musang King.

Pengalaman Makan Durian Segamat Terus Dari Ladang
Pada 22/01/2020, saya telah ke Kampung Tengah, Segamat untuk mengiringi YB Pn Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijemput untuk menghadiri satu majlis sambutan Tahun Baru Cina.
YB Pn Hjh Zuraida Kamaruddin ketika memberikan ucapan Perasmian Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kg Tengah, Segamat, Johor Darul Takzim.Sebelum majlis bermula, petang itu saya, YB Datuk Rashid Hasnon, Timbalan Yang DiPetua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat dibawa ke sebuah ladang berdekatan dengan Loji Air Kampung Tengah, Segamat untuk makan durian Segamat.
Kami dihidangkan khas di ladang tersebut oleh ADUN Pemanis iaitu YB Dr Chong Fat Full yang menjadi tuan rumah program itu.
Perjalanan mengambil masa hanya 5-7 minit daripada jalan utama Kg Tengah, Segamat. Ladang yang berkeluasan 10 Ekar itu menempatkan kira-kira lebih 500 pokok durian pelbagai spesis. Dan majoritinya adalah Musang King.

Durian-durian ini dieksport ke Singapura dan untuk dijual di pasaran tempatan. 
Dan yang menarik adalah diseluruh ladang ini disediakan jaring di bawah pokok durian untuk memastikan setiap durian yang luruh tidak rosak. Ini sekaligus memastikan setiap durian berada di lingkungan kualiti yang terbaik.
Jaring-jaring dipasang di bawah pokok durian untuk memastikan setiap buah durian yang gugur berkualiti.Setibanya dia ladang tersebut beberapa buah durian Segamat sudah siap untuk dijamu kami. Ada 3 spesis iaitu Musang King, D169 dan D7.


Memang sangat berbeza bila makan durian terus dari ladang. Rasanya sangat segar dan lebih sedap. Selain daripada ditiup angin sepoi-sepoi bahasa dan bau daun-daun pepokok yang ada disekitar ladang, sikap peramah pemilik ladang membuatkan kami lebih tekun dalam menikmati setiap ulas buah durian ini.
Sejurus menikmati durian ini kami pun terus ke lokasi majlis diadakan yang tidak jauh daripada ladang ini.
Majlis malam itu dibuat dengan sangat meriah sekali siap dengan mercun dan bunga api yang dimainkan tanpa henti menghiasi lelangit tempat majlis diadakan.

Majlis yang berakhir kira-kira jam 9.30 malam itu ditutup dengan kami mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.

Akhir kata, seandainya anda berkesempatan ke Segamat pastikan anda rasa durian Segamat ini. Dan seandainya ada diantara rakan-rakan anda yang mempelawa untuk terus ke ladang-ladang durian yang ada di Segamat ini, pastikan anda tidak menolaknya.
Kerana sampai hari ini rasa durian Segamat terutama D169 masih terlekat di tekak saya!!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zackzaihan.com.my/2020/01/makan-durian-segamat-terus-dari-ladang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Durian Saat Perut Kosong Bisa Sebabkan Masalah Lambung Benarkah

Makan Durian Saat Perut Kosong Bisa Sebabkan Masalah Lambung Benarkah

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 295 hits
Ari mengatakan buah durian memang mengandung gas Sehingga tidak direkomendasikan pada orang orang dengan kondisi tertentu Namun apabila orang tersebut memiliki kondisi lambung yang tenang boleh boleh saja menyantap buah dengan aroma khas na...
Durian Cecah Budu Lagi Sedap Dari Letak Tempoyak

Durian Cecah Budu Lagi Sedap Dari Letak Tempoyak

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 374 hits
Durian Cecah Budu Lagi Sedap Dari Letak Tempoyak Biasa nampak orang letak tempoyak di dalam budu Tapi sebenanya letak durian di dalam budu lagi sedap dari letak tempoyak Resipi dia mudah je letak budu dalam piring picitkan cili padi 3 4 bij...
Cara Cara Membuat Jus Durian Belanda Untuk Air Balang

Cara Cara Membuat Jus Durian Belanda Untuk Air Balang

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 562 hits
Ada banyak cara untuk membuat jus durian belanda Cara di bawah adalah cara yang kami syorkan kerana ianya mengekalkan khasiat buah durian belanda yang segar Walaubagaimanapun isi durian belanda boleh saja dibeli tanpa mengopeknya sendiri Re...
China Perintah Mayat Pesakit Koronavirus Tidak Dikebumi Tapi Dihapuskan Cegah Virus Terus Merebak

China Perintah Mayat Pesakit Koronavirus Tidak Dikebumi Tapi Dihapuskan Cegah Virus Terus Merebak

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 453 hits
China telah melarang sebarang upacara pengebumian dan lain lain aktiviti yang membabitkan mayat mangsa novel koronavirus yang berasal dari Wuhan mengikut peraturan percubaan baru yang dikeluarkan pada hari sabtu untuk memperlahankan penyeba...
Pola Makan Bagi Penderita Sakit Gigi Dan Saran Penting Untuk Penderita Sakit Gigi

Pola Makan Bagi Penderita Sakit Gigi Dan Saran Penting Untuk Penderita Sakit Gigi

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 243 hits
Pola makan seimbang yang sehat memainkan peran penting dalam kesehatan Anda secara keseluruhan Hal ini termasuk juga dalam menjaga kesehatan gigi Anda Salah satu cara untuk mencegah karies dan kerusakan gigi adalah dengan mengurangi atau me...
Anda Terkena Diabetes Ini Pola Makan Untuk Diabetes Yang Harus Anda Ikuti

Anda Terkena Diabetes Ini Pola Makan Untuk Diabetes Yang Harus Anda Ikuti

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 325 hits
Diabetes adalah kondisi umum yang berkaitan dengan penyerapan dan pengolahan gula di dalam tubuh Penderita diabetes biasanya akan mengalami masalah kesehatan ketika kadar gula dalam darah meningkat kadar gula darah biasanya akan meningkat t...
Perbaikan Jalan Daan Mogot Yang Ambles Makan Korban 1 Orang Tewas Terlindas Truk

Perbaikan Jalan Daan Mogot Yang Ambles Makan Korban 1 Orang Tewas Terlindas Truk

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 404 hits
Mubaidah warga Cengkareng Jakarta Barat tewas setelah terlindas truk tronton di Jalan Daan Mogot Kota Tangerang Senin Kasat Lantas Polres Metro Tangerang AKBP Agung Pitoyo menerangkan korban yang menumpangi ojek daring pergi dari arah Tange...
Lagi Makan Bareng Calon Ibu Mertua Boy Wiliam Bikin Gagal Fokus

Lagi Makan Bareng Calon Ibu Mertua Boy Wiliam Bikin Gagal Fokus

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 201 hits
Artis ganteng Boy William baru baru ini menghebohkan warganet karena unggahan video di Instagram pribadinya boywilliam17 Dalam video yang diunggah pada Sabtu terlihat Boy sedang bersama dengan calon ibu mertuanya Margaret Vivi
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid