Maka Sebaik Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan
Maka apabila hidup tidak menurut apa yang kita kehendaki, maka ingatlah sebaik-baik perancangan adalah perancangan yang datangnya dari Sang Pencipta yang berkuasa atas makhluk-makhluknya. Tidak guna keresahan apabila adanya Dia Merancang segala. Ikhlaskan hati akan kewujudan pertolongan dariNya. Manusia tidak mampu menentukan natijah keputusan pilihan ikhtiarnya... 
 وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al Baqarah: 216) 
Apabila perancangan kita tidak menjadi, yakinlah bahawa itu adalah bahagian daripada perancangan Allah. Perancangan Allah selalu lebih baik daripada perancangan kita. Kemanisan iman benar-benar terasa apabila kita menyerahkan diri kepada perancangan Allah sebagai tanda kehambaan kita kepada-Nya. 
Tiada sifat marah bagi orang yang mengetahui semuanya dari Allah perancangan Allah ketentuan Allah Takdir Allah. Kenapa perlu dipertikaikan tentang takdir Allah? Kenapa jadi begitu begini? Jauh sungguh perjalanan bila hati terdetik sebegitu. 


Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta 
Tidaklah terjadi sesuatu atas muka bumi kecuali atas kehendak Allah. Bila Allah mahu mahkluk itu berdosa itu yang terbaik bagi dirinya yang mungkin dengan dosanya akan menyedarkan dirinya hina sentiasa berdosa. Bila Allah mahu Mahkluk itu berpahala itu yang terbaik bagi dirinya yang mungkin dengan pahala itu akan membangkitkan semangat istiqomahnya didalam kebaikan. 
Sedarlah wahai mahkluk engkau tidak akan sampai kepada Allah kecuali bila engkau telah redha atas semua kehendak Allah. Jika kamu jadikan Allah sebagai sumber kekuatan pasti kamu akan menjadi kuat

 فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا 
(maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (An Nisa': 19) 
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Akan merasakan kemanisan iman seorang yang reda Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad SAW sebagai rasulnya." (Hadith Riwayat Muslim) 
Kadang-kadang benda dah ada, cuma kita yang masih mencari, kita mencari yang lebih baik, tanpa peduli apa yang Tuhan sudah kurnia, sedangkan perancangan Tuhan itu jauh lebih sempurna. 
Saidina Ali RA pernah berkata, aku meminta sesuatu daripada Allah, jika Allah memberinya padaku, aku gembira sekali sahaja, namun jika Allah tidak memberinya padaku, aku gembira sepuluh kali ganda, kerana yang pertama itu pilihanku, sedangkan kedua itu pilihan Allah buatku. 
Tapi apakan daya, manusia penghujung zaman seperti kita, selalu meminta yang berlebihan, sedangkan usaha sekadar lepas tangan, bicara soal rezeki, tapi ibadah sikit sekali, susahlah kalau hidup berkira dengan Tuhan. Buat amalan harapkan balasan, sedekah jariah hari ini, esok dah minta tuhan ganti, mengapa perlu rasa sangsi? Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta

Sedangkan janji Allah itu pasti, jika tak dapat di dunia, di akhirat kelak berlipat ganda. Sedarlah dengan hakikat, yang dihajat tak dapat, adalah suatu nikmat, yang teramat padat, yakinlah sentiasa pada Tuhan, apa buktinya punya iman, kalau tak punya keyakinan, kalau tak ada kesabaran. 
Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan istirehatkanlah jiwamu dalam menerima apa saja natijah keputusan pilihan ikhtiarmu kerana itu adalah hak mutlak Dia dan bukan milik kita... Maka Sebaik-Baik Perancang Adalah Daripada Sang Pencipta

Wallahu'alam
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ilmanhati.blogspot.com/2021/07/maka-sebaik-baik-perancang-adalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letak Jawatan Sebaik Baik Pilihan Buat Mahiaddin Usah Cuba Lagi Mendatangkan Masalah Kepada Agong

Letak Jawatan Sebaik Baik Pilihan Buat Mahiaddin Usah Cuba Lagi Mendatangkan Masalah Kepada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 384 hits
Dari segi perlembagaan dan prinsip moral kerajaan PN dan kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri sudah pun tumbang sekarang ini Dengan pengumuman Zahid Hamidi bahawa sebahagian Ahli Parlimen UMNO dipercayai seramai 14 orang jum...
Berhujah Tetapi Diam Itu Adalah Lebih Baik

Berhujah Tetapi Diam Itu Adalah Lebih Baik

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 837 hits
assalamualaikum salam sejahtera semlm seharian saya kurang sihat selepas prepare sarapan anak anak cekodok dan goreng sikit kepok lekor telan sebiji panadol dan lebih kurang jam 11 pagi tidur lama saya berehat hingga ke petang seluruh badan...
Kenapa Bila Muhiyidin Menderhaka Kepada Ydpa Adalah Satu Perkara Yang Bagus

Kenapa Bila Muhiyidin Menderhaka Kepada Ydpa Adalah Satu Perkara Yang Bagus

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 149 hits
MOHD MUKHLISKenapa bila Muhiyidin menderhaka kepada YDPA adalah satu perkara yang bagus Prof Agus juga bersetuju yang tindakan Kerajaan PN ini adalah satu penderhakaan Excerpt di bawah Satu yang jelas ialah kerajaan telah melakukan pembohon...
Islam Tetap Berdaulat Yang Patut Disingkirkan Adalah Ulamak Seperti Haji Hadi Dari Politik

Islam Tetap Berdaulat Yang Patut Disingkirkan Adalah Ulamak Seperti Haji Hadi Dari Politik

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 190 hits
July 30 2021 1 Agak Pelik 2 Minggu ini Agak teruk membaca tulisan Haji Hadi Sudah lah Ponteng dari Parlimen 2 3 Tulisannya menyentuh kaitan Politik dan Aqidah Seolah olah pertentangan politik hari ini pertembungan Islam dan kelompok Kuffar ...
Terus Pertahan Kerajaan Pn Apa Lagi Pertahankan Mahiaddin Kedua2nya Adalah Tindakan Derhaka

Terus Pertahan Kerajaan Pn Apa Lagi Pertahankan Mahiaddin Kedua2nya Adalah Tindakan Derhaka

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 196 hits
Jika kita perhatikan sejak awal lagi penderhakaan terhadap titah Yang Dipertuan Agong ini bukan saja dilakukan oleh Mahiaddin Md Yasin tetapi juga melibatkan seluruh anggota kabinet kerajaan PN Dengan yang demikian Mahiaddin anggota kabinet...
Airlangga Sebut Pengemudi Ojol Adalah Pahlawan Saat Ppkm

Airlangga Sebut Pengemudi Ojol Adalah Pahlawan Saat Ppkm

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 217 hits
Hal itu disampaikan Airlangga saat menyerahkan bantuan dari Kementerian Perhubungan kepada pengemudi angkutan umum online dan konvensional di halaman Balaikota Bogor Minggu
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven