Le French Festival 2019 Kembali Lagi


LE FRENCH FESTIVAL 2019 KEMBALI LAGI | Assalamualaikum semua.. Bonjour.. wahh, dah pandai speaking French gitu. Ha, sejak balik dari Pelancaran Le French Festival 2019, rasa berbunga-bunga gitu. Maklum la kat Perancis kan terletaknya Paris sebuah kota yang penuh romantis. Lagipun suka dengar bahasa Perancis walaupun tergeliat lidah nak sebut... hehe.
Le French Festival 2019 Kembali Lagi
Aku yakin ramai yang berangan nak pergi ke Paris satu hari nanti kan. Sama la macam aku. Hopefully satu hari nanti dapat jejak kaki ke sana. Tapi sebelum tu, untuk ambil aura, jom la kita sama-sama memeriahkan Le French Festival 2019 (LFF) yang kembali berlangsung di Malaysia bermula dari 4hb April hingga 12hb Mei 2019.
Mungkin ramai yang tak tahu kan mengenai LFF ni. Ye, aku pun baru first time tahu. Rupanya acara ni telah berlangsung setiap tahun dan tahun ini adalah edisi yang ke 18. Wow, maknanya dah 18 tahum rupanya festival ni diadakan. Apesal aku baru tahu ni?? adesss.
Majlis Pelancaran Le French Festival 2019
Apa yang menarik mengenai Le French Festival 2019 ni? Ok, mai nak habaq. LFF telah menyediakan pelbagai acara istimewa khas untuk rakyat Malaysia merasai pengalaman yang sungguh menarik seperti pemilihan pawagam Perancis, pameran seni, persembahan muzik dan teater, gastronomi dan banyak lagi. Setakat ni ada 4 lokasi terpilih iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu dan dijangka dapat menarik perhatian puluhan ribu penonton.
LFF 2019 akan menampilkan trend dan hiburan terkini dari Perancis termasuk:
✔ French Film Festival terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 16 filem Perancis yangmemenangi anugerah (dengan sarikata Bahasa Inggeris)✔ Pelbagai artis muzik dari Malaysia mempersembahkan muzik Perancis✔ Pertunjukan teater dan tarian secara langsung✔ Acara Art de Vivre termasuk merasa makanan & minuman Perancis, kelas memasak danbanyak lagi

Le French Festival di 4 lokasi
Memandangkan LFF berkolaborasi bersama Golden Screen Cinemas (GSC), maka majlis pelancaran diadakan di GSC Mid Valley. Aku bersama beberapa orang blogger lagi turut berkesempatan untuk menghadiri majlis ni. Lagipun lepas majlis pelancaran kami berpeluang untuk menonton filem Perancis bertajuk “Cyrano de Bergerac”

Beberapa acara menarik lain untuk ditinjau di LFF 2019 termasuk:✔ "FUNAN" – Nikmati filem animasi Perancis yang memenangi Anugerah Filem Terbaik diAnnecy Animated Film Festival 2018, yang ditulis dan diarahkan oleh pembikin filemberbakat Perancis, Denis Do
✔ "Paris, oleh Lorànt Deutsch" – Perjalanan di sepanjang sungai Seine dengan pelakon danpenulis Perancis terkenal Lorànt Deutsch dalam pertunjukan teater yang meriah
✔ "Exit" – Persembahan hip-hop luar biasa yang lucu dan remeh, oleh Art Move Concept
✔ Pameran Seni Pop "Brand New World" – Mengagumkan karya artis Perancis kontemporariArgadol yang dibuat secara eksklusif untuk Festival Perancis Le 2019 yang menggambarkancabaran global semasa melalui Visual dan Street Art yang menakjubkan
✔ Bengkel roti artisan dengan PAUL – Pelajari untuk membuat roti Perancis secara langsungdari Master Bakers PAUL, Duta seni de vivre Perancis

Pelbagai aktiviti lain yang menarik
Ha, tau tak buat kali pertama dalam sejarah LFF, penganjur Alliance Française (AFKL) dan Kedutaan Perancis di Malaysia bukan sahaja akan mengendalikan pelbagai program dan artis dari Perancis tetapi juga akan memainkan peranan pengarah sambil bekerjasama dengan syarikat teater yang diakui secara nasional di Malaysia, KL Shakespeare Players (KLSP) untuk mencipta prestasi khas untuk LFF 2019 melalui tafsiran semula “Cyrano de Bergerac” (“The Story of Cyrano de Bergerac”) yang dianggap sebagai drama yang paling terkenal di teater Perancis

The Story of Cyrano de Bergerac
Selain tu, Sharifah Amani seorang pelakon yang bertubuh kecil tetapi berbakat besar telah dipilih sebagai tetamu khas. Beliau dipilih berdasarkan pengalamannya sebagai pelakon, pengarah dan juga pelawak yang sentiasa memberi sokongan terhadap industri hiburan. Beliau juga peminat filem Perancis tau

Grégory Henno (Playwright of Cyrano), Lim Kien Lee (Director of Cyrano), Sharifah Amani (renowned Malaysian actress, comedian and director), H.E. Frédéric Laplanche (Ambassador of the Republic of France to Malaysia), Fanny Surzur (Coordinator of Le French Festival) and Jacques Bounin (Director of Alliance Francaise Kuala Lumpur
So, sape-sape yang memang minat karya-karya serta filem dari Perancis boleh la mengambil peluang untuk menontonnya ataupun melibatkan diri dalam pelbagai aktivit menarik sempena Le French Festival 2019. Berikut senarai tarikh Le French Festival 2019 mengikut lokasinya :
Peminat pesta boleh menantikan Le French Festival 2019 di bandar-bandar dan tarikh di bawah:✔ Kuala Lumpur : 4 April – 28 April✔ Penang : 25 April – 5 Mei✔ Johor Bahru : 2 Mei – 5 Mei✔ Kota Kinabalu : 9 Mei – 12 Mei
Seronok juga tengok movie dari Perancis ni
Untuk info lanjut mengenai Le French Festival 2019 sila rujuk link di bawah :
Le French Festival 2019Official website: www.lefrenchfestival.com.myFacebook Page: facebook.com/lefrenchfestivalmyInstagram Page: @lefrenchfestival_myOfficial hashtag on social media #lefrenchfestivalmy
Volunteering, bookings (tasting events, etc), general queries: [email protected]/ +60 3-2694 7880




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/03/le-french-festival-2019-kembali-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Le French Festival 2019 Kini Kembali Membawa Lebih Kemeriahan Buat Rakyat Malaysia

Le French Festival 2019 Kini Kembali Membawa Lebih Kemeriahan Buat Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 400 hits
Le French Festival 2019 kini kembali lagi untuk edisi yang ke 18 merupakan acara tahunan yang memenuhi kehendak masyarakat Malaysia dengan pelbagai pengalaman berkaitan budaya Perancis LFF telah bersedia membawa kemeriahanan dalam acara aca...
Istana Mangkunegaran Kenalkan Budaya Tradisional Lewat Jazz Festival 2019

Istana Mangkunegaran Kenalkan Budaya Tradisional Lewat Jazz Festival 2019

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 164 hits
Mengambil tema Serat Waragasa Mangkunegaran Jazz Festival akan menampilkan sejumlah musisi baik dari dalam negeri maupun luar negeri Para musisi jazz tersebut akan mempertontonkan aksinya di lapangan Kavallerie Artillerie di kawasan depan I...
Festival Sinema Australia Indonesia Kembali Digelar Saksikan Film Film Terbaik

Festival Sinema Australia Indonesia Kembali Digelar Saksikan Film Film Terbaik

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 250 hits
Festival Sinema Australia Indonesia kembali digelar untuk keempat kalinya Festival yang dimulai sejak tahun 2015 itu menawarkan banyak film terbaik karya Australia ataupun Indonesia
Paduan Suara Ikut Meriahkan Festival Crossborder Skouw 2019

Paduan Suara Ikut Meriahkan Festival Crossborder Skouw 2019

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 170 hits
Konten Festival Crossborder Skouw 2019 sangat bervariasi Selain band band bintang tamu ada juga Festival Paduan Suara dengan peserta yang juga lintas bangsa tutur Ricky Kamis
Rancang Percutian Dengan Jimat Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2019 Kembali Dengan Pelbagai Diskaun Hebat

Rancang Percutian Dengan Jimat Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2019 Kembali Dengan Pelbagai Diskaun Hebat

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 454 hits
hai assalammualaikumTraveloka Saleabration dan Matta Fair 2019 Kembali Cuti cuti cuti jom bercutiiii Siapa tak suka bercuti kan Setiap hari kena kerja kerja dan kerja penat minda penat badan penat segalanya Anak pulak penat otak asyik belaj...
20 Ratu Pondan Berentap Dalam Miss International Queen 2019 The Next Sajat

20 Ratu Pondan Berentap Dalam Miss International Queen 2019 The Next Sajat

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 360 hits
Pertandingan ratu cantik pondan yang sedunia Miss International Queen kembali di tahun 2019 dengan barisan 20 finalis terdiri daripada pelbagai negara berentap bagi merebut gelaran Malaysia tidak terkecuali menghantar seorang wakil tahun in...
38 New Ap Holders Approved In January 2019

38 New Ap Holders Approved In January 2019

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 333 hits
This is taken fully from this site We have just met with a long established Approved Permit holder and he has confirmed to us that there are now 38 NEW AP holders in Malaysia Yes the new government has granted 38 NEW car importers the right...
Harga Tiket Kereta Lebaran 2019 Kena Tuslah Berikut Penjelasan Besaran Kenaikan Kai

Harga Tiket Kereta Lebaran 2019 Kena Tuslah Berikut Penjelasan Besaran Kenaikan Kai

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 267 hits
Harga tiket kereta Lebaran 2019 mengalami kenaikan atau istilah lainnya terkena tuslah VP Public Relations PT KAI Agus Komarudin menjelaskan besaran kenaikan dihitung berdasarkan jarak tempuh perjalanan Agus memastikan besaran tuslah terseb...
Sembanglebat Apa Yang Menarik Di Mwc 2019

Sembanglebat Apa Yang Menarik Di Mwc 2019

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 242 hits
MWC atau acara tahunan popular Mobile World Congress baru sahaja menutup tirainya Pada acara berkenaan pelbagai peranti telah dilancarkan termasuk yang menjadi fokus adalah peranti dengan sokongan rangkaian 5G dan juga trend telefon dengan ...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Don T Dim Your Dreams Let Integrity Electrical Illuminate Your Vision