Kukuh Dan Meyakinkan Tapi Menimbulkan Persoalan





'Kukuh dan Meyakinkan' dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa beliau mendapat sokongan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan, menimbulkan pelbagai persoalan sebenarnya..
<!--more-->Sesuai dengan penekanan Anwar dalam sidang akhbarnya petang semalam bahawa kerajaan yang akan dibentuk olehnya akan mempunyai perwakilan Bumiputera-Muslim yang kuat dan pada masa yang sama, ia mendapat sokongan padu daripada ahli Parlimen bukan Bumiputera.
The Vibes melaporkan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen UMNO telah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya sekaligus menubuhkan Kerajaan yang baru menggantikan Kerajaan Perikatan Nasional.
Disokong pula kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa "ramai" Ahli Parlimen dari partinya berada di belakang Anwar dan parti itu tidak akan menghalang mana-mana anggota parlimennya daripada menyokong pemimpin pembangkang dalam membentuk kerajaan baru.
Dengan 42 ahli parlimen DAP yang kuat di belakang Anwar, bersama dengan 11 orang Amanah, sembilan orang Warisan, satu-satunya wakil United Progressive Kinabalu Organisation dan 38 orang PKR, Anwar dijangka mengambil alih pentadbiran persekutuan.
Ini tidak termasuk lima Ahli Parlimen sekarang dengan Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad; Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang kini bebas; dan, dua anggota parlimen Parti Sarawak Bersatu, yang pendiriannya ketika ini tidak jelas. .
Antara persoalannya ialah sanggupkah Ahli Parlimen dari UMNO itu bekerjasama dengan DAP sedangkan mereka dahulu menyokong Muhyiddin untuk mengelakkan DAP dari berada dalam kerajaan? 
Bagi pakar geostrategi Azmi Hassan, walau apapun percaturan Anwar, kata putus akhir mengenai sebarang perubahan pada tampuk pemerintahan bukan terletak di tangan beliau tetapi di tangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau berkata Agong boleh memutuskan peralihan kuasa dilakukan tanpa pembubaran Parlimen atau pilihan raya umum jika Parlimen dibubarkan.
“Memang benar jawatan perdana menteri adalah bergantung kepada sokongan yang diperoleh melalui Dewan Rakyat. Jika benar dakwaan yang beliau telah mendapat sokongan majoriti, ini bermakna Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah kehilangan sokongan Ahli Dewan Rakyat," katanya.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata masyarakat secara umumnya tidak boleh menerima bulat-bulat dakwaan Anwar mendapat sokongan membentuk kerajaan baharu.
Ini kerana dakwaan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu dengan melihat kepada akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani barisan Ahli Parlimen.
“Pada saya apabila Anwar mengatakan telah mendapat sokongan majoriti, itu hanyalah kata-kata. Perlu dibuktikan dengan beberapa cara termasuk melihat kepada SD atau pengumuman secara jelas daripada Ahli Parlimen. Jadi, kita tidak perlu menerima bulat-bulat kenyataan beliau lagi,” katanya.
Dipetik dari MalaysiaKini
Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) memberitahu FMT bahawa beliau percaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan memohon untuk membubarkan Parlimen jika Anwar berjaya membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.
Tiada jaminan kemenangan bagi pembangkang hari ini sekiranya pilihan raya baru diadakan, katanya. 
“Kredibiliti Anwar akan rosak teruk jika gagal menjadi PM kerana beliau beberapa kali mendakwa mempunyai sokongan, tetapi gagal membuktikannya.” katanya


Hmmm... strategi Kubu Kosong ni sesuai dan praktikal hanya sekali selalunya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malayjaya.blogspot.com/2020/09/kukuh-dan-meyakinkan-tapi-menimbulkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwa Dapat Sokongan Majoriti Yang Kukuh Tapi Persoalannya Siapa Geng Muhyiddin Yang Bersama Anwar

Dakwa Dapat Sokongan Majoriti Yang Kukuh Tapi Persoalannya Siapa Geng Muhyiddin Yang Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 578 hits
KUALA LUMPUR 24 Sept Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan menimbulkan pelbagai tanda tanya Hal ini berikutan hanya Parti Amanah Negara mengesahkan 11
Sering Penat Tapi Nak Tidur Pun Susah Petanda Ketara Mempunyai Penyakit Anemia

Sering Penat Tapi Nak Tidur Pun Susah Petanda Ketara Mempunyai Penyakit Anemia

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 313 hits
Sering Penat Tapi Nak Tidur Pun Susah Mungkin anda ada penyakit anemia Huish Seramnyaaa Setakat ni aku senang nak tidur tapi kalau orang tu susah nak tidur sebab fikir banyak benda atau sebab putus cinta hm itu bukan anemia tauu Tiberghhh U...
Daging Goreng Kunyit Favourite Anak Anak Simple Tapi Power 3 Langkah Dah Siap

Daging Goreng Kunyit Favourite Anak Anak Simple Tapi Power 3 Langkah Dah Siap

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 426 hits
Sajian malam hari pastinya menjadi hidangan yang begitu dinantikan oleh anak anak Terasa sukar menyediakan menu yang berat buatkan sahaja menu simple tetapi cukup sedap Resipi daging goreng kunyit antara resipi yang cukup mudah disediakan H...
Daun Ketumbar Vs Daun Sup Kembar Tapi Tak Serupa

Daun Ketumbar Vs Daun Sup Kembar Tapi Tak Serupa

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 365 hits
Pergi Bangi Gateway masuk Jaya Grocer Cari barang yang wife pesan satu per satu aku ambil tanpa ada masalah Piece of cake je la mat saleh kata sebabnya aku ni boleh dikategorikan sebagai lelaki yang selalu pergi pasar Maka nak cari barang y...
Perangai Lebai Minta Pingat Tapi Malu Akhirnya Harakahdelete

Perangai Lebai Minta Pingat Tapi Malu Akhirnya Harakahdelete

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 259 hits
Lidah rasmi Pas Harakahdaily hari ini dikesan memadam cadangan Pas Wilayah Persekutuan supaya kerajaan negeri yang dipimpin parti itu menganugerahkan pangkat atau gelaran Datuk kepada Pesuruhjaya Negeri negeri Yang Di Pertua Kawasan Perwaki...
Bukan Sekali Tapi Dah 2 Kali Cubaan Menipu

Bukan Sekali Tapi Dah 2 Kali Cubaan Menipu

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 167 hits
RINA HAMZAH Kerajaan Perikatak Backdated Nasional ni luar biasa betul Sebelum ni kes Khairuddin Atta Kuarantin sekarang isu pendaftaran Perikatak Nasional pula SR 18 Ogos baru proses pendaftaran tiba tiba lulus 7 Ogos PNipu
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


From Christopher Wray

Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000