Kpi 100 Hari Pm Untuk Keluarga Umno Atau Keluarga Malaysia


agendaily.com16/10/2021
Keluarga UMNO atau Keluarga Malaysia menjadi keutamaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beberapa berita gembira kebelakangan ini nampaknya lebih memihak pemimpin UMNO berbanding memberikan kegembiraan kepada rakyat apabila masih tidak nampak bayang bantuan-bantuan baharu akan diberikan kepada orang ramai.

Perkembangan kes melibatkan kluster mahkamah dalam UMNO tidak disenangi rakyat, sehingga ada yang sudah mempersoalkan sama ada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini lebih mementingkan Keluarga UMNO berbanding Keluarga Malaysia yang dilaungkannya sebelum ini.

Ismail Sabri meletakkan 100 hari sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) kepada barisan Kabinetnya, nampaknya beliau kini terlebih mencapai sasaran yang ditetapkan tersebut apabila beberapa pemimpin kanan UMNO seorang demi seorang mendapat kelonggaran atau manfaat yang lebih.

Atau adakah beliau kini ditekan kiri dan kanan oleh mereka yang dilabel sebagai Kluster Mahkamah?

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan kini sudah bebas daripada pertuduhan mahkamahnya selepas membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta dan dengan bangganya mengumumkan dirinya kini sudah suci serta bukan lagi berada dalam Kluster Mahkamah.

Terbaharu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga sudah berjaya mendapatkan semula pasportnya untuk mendapatkan rawatan sakit belakangnya dan disusuli pula isteri bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut berjaya mendapatkan semula pasportnya untuk menemani anaknya bersalin di Singapura.

Kemudiaan, suami Rosmah, Datuk Seri Najib Razak juga pada masa sama sudah memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan kembali pasportnya.

Yang menjadi musykil, secara tiba-tiba kesemua mereka yang berada dalam Kluster Mahkamah kini serentak mendapat pasport semula selepas PM baharu yang diterajui UMNO mengambil alih kerajaan pusat.

Tidak pasti adakah semua rentetan keputusan pemulangan pasport ini secara kebetulan atau sememangnya sudah ada rundingan disebalik tabir yang tidak diketahui oleh rakyat?

Bagaimanapun, kritikan rakyat kini terhadap Ismail Sabri adakah Keluarga UMNO yang menjadi keutamaannya untuk mengekalkan sokongan menjadi PM Kesembilan atau Keluarga Malaysia yang sepatutnya beliau lebih beri keutamaan?

Namun, terserlah kelemahan Ismail Sabri dalam pentadbirannya apabila gagal meredakan suhu politik dan mengawal UMNO yang semakin saban hari dahagakan kuasa sejak berjaya mengambil alih Putrajaya.

Kemelut politik di Melaka mencerminkan kegagalan Ismail Sabri untuk mengelakkan negara sekali lagi berdepan krisis politik, sudahlah sebelum ini pertukaran PM juga dicetuskan oleh kumpulan 15 Ahli Parlimen diketuai Zahid kini kejatuhan kerajaan Melaka yang dipimpin UMNO juga berpunca daripada pemimpin mereka sendiri.

Krisis Melaka sangat memalukan UMNO apabila mereka berebut kuasa sesama sendiri sehingga mengakibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar dan pilihan raya negeri (PRN) terpaksa diadakan.

Adakah krisis Melaka ini juga akan menjadi kayu pengukur kepada KPI pentadbiran Ismail Sabri? Jika ia dijadikan kayu pengukur, awal-awal lagi terserlah kegagalan kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang gagal sama sekali mengukuhkan kedudukan parti itu semula.

Sudahlah UMNO sebelum ini berpecah kepada dua kem, satu kem menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan satu lagi kem pula menyokong Zahid.

Nampaknya perpecahan dalaman UMNO sudah merebak sehingga ke negeri-negeri lain dan Melaka menjadi lokasi pertama. Khabar angin mengatakan terdapat beberapa negeri lagi yang bakal berdepan situasi sama di Melaka, ia hanya menunggu masa sahaja untuk runtuh.

Namun, tidak dinafikan aura Zahid nampaknya lebih berkuasa dan berpengaruh, mana tidaknya, senario sama dicetuskan beliau di peringkat pusat kini sudah diikuti oleh pemimpin UMNO di negeri-negeri. Ternyata anak murid Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu masih berbisa.

Lebih jelas lagi, Ismail Sabri kini seakan PM yang tidak mempunyai pengaruh dan sekadar menjadi pak turut kepada Presiden UMNO, semua perkara mahu dituruti walaupun ia sepatutnya tidak wajar berlaku.

Sebagai contoh di Melaka, Ismail Sabri seakan terpaksa tunduk dengan kehendak Zahid yang mahu PRN diadakan walaupun langkah tersebut pastinya akan mengakibatkan rakyat lebih membenci UMNO yang tidak habis-habis mencetuskan huru-hara politik di Malaysia.

Tiada pilihan untuk Ismail Sabri selain patuh kepada Zahid yang merupakan Presiden parti, namun kehebatan Zahid pastinya didambakan ahli-ahli UMNO untuk membawa kemenangan besar kepada parti sama ada dalam PRN mahupun pilihan raya umum nanti.

Bagi menjamin survival dan kemenangan besar UMNO, Zahid perlu dikekalkan sebagai Presiden parti kerana ketokohan dan kegarangannya mampu menyuntik semangat untuk rakyat terus menyokong parti keramat orang Melayu tersebut.

Semestinya, KPI Ismail Sabri kini sudah mencapai tahap terbaik apabila Keluarga UMNO kini sudah mendapat keselesaan, bagi Keluarga Malaysia pula sama-samalah kita nantikan sekiranya terdapat berita baik dalam Belanjawan 2022 nanti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/kpi-100-hari-pm-untuk-keluarga-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 252 hits
Umum mengetahui pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri adalah sesuatu yang amat diperlukan pada masa ini Semua rakyat Malaysia berganding bahu menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak bersikap men...
Prn Melaka Kerjasama Pn Atau Bertanding Sendirian Umno Buat Keputusan 14 Oktober

Prn Melaka Kerjasama Pn Atau Bertanding Sendirian Umno Buat Keputusan 14 Oktober

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR UMNO akan membuat keputusan sama ada akan bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri Melaka pada 14 Oktober ini kata Setiausaha Agungnya Datuk Ahmad Maslan Katanya perkara it...
Umpan Dan Jerat Keluarga Malaysia

Umpan Dan Jerat Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 148 hits
Lama sebelum cetusan Keluarga Malaysia bergema Usman Awang Sasterawan Negara kita ada menulis Irama Bersajak tentang perpaduan kaum Irama Bersajak ini terbit sebagai rancangan radio di Radio Malaysia antara 1966 sehingga 1970 Dalam salah se...
Permohonan Pakej Peranti Pakej Remaja Keluarga Malaysia Kkmm

Permohonan Pakej Peranti Pakej Remaja Keluarga Malaysia Kkmm

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 387 hits
Pendaftaran Pakej Peranti Pakej Remaja Keluarga Malaysia Dengan peningkatan mendadak penggunaan Internet untuk pelbagai urusan seperti aktiviti pembelajaran e dagang Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama syarikat s...
Keluar Bertiga Dari Malaysia Keluarga Malaysia Www Zunar My

Keluar Bertiga Dari Malaysia Keluarga Malaysia Www Zunar My

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 392 hits
Keluar Bertiga dari Malaysia KELUARGA MALAYSIA Please Share More www zunar my keluargamalaysia lawak KerajaanGagal2 PandoraPapers
Rentas Negeri Dibenarkan Beberapa Hari Lagi Jaga Diri Jaga Keluarga Noor Hisham

Rentas Negeri Dibenarkan Beberapa Hari Lagi Jaga Diri Jaga Keluarga Noor Hisham

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 240 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Rentas negeri akan dibenarkan beberapa hari lagi Dr Noor Hisham nasihat ambil semua langkah berjaga jaga PUTRAJAYA Pergerakan rentas negeri akan dibenarkan dalam tempoh beberapa hari sa...
Pm Ajak Keluarga Malaysia Berganding Bahu Pulihkan Negara

Pm Ajak Keluarga Malaysia Berganding Bahu Pulihkan Negara

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 288 hits
KUALA KUMPUR Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat berganding bahu sebagai Keluarga Malaysia untuk memulihkan negara selain menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam mengharungi krisis berkembar ekonomi dan kesihatan yang mencaba...
Pastikan Keluarga Malaysia Selamat Dari Covid 19 Kp Kesihatan

Pastikan Keluarga Malaysia Selamat Dari Covid 19 Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 159 hits
Dr Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR Penularan Covid 19 dalam negara belum berakhir sebaliknya kerajaan masih berjuang dengan strategi baharu dalam menuju ke arah fasa endemik Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Don T Dim Your Dreams Let Integrity Electrical Illuminate Your Vision

Specialization And Excellence Headwater Health S Crna Focus