Kerjaya E Sports Di Malaysia Bagaimana Mahu Menjadi Pemain Game Profesional


Tidak seperti mana-mana sukan popular yang lain, e-sukan (e-Sports) mempunyai kedudukan yang sangat unik dalam teknologi masa kini, yang membolehkannya merangsang pembangunan segmen lain dalam industri.


Dengan pemeliharaan e-sukan, industri lain seperti teknologi, pelancongan, sukan dan lain-lain akan menerima kesan positif dan meningkatkan nilai ekonomi sesebuah negara.

E-sukan juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan baru yang menarik kepada golongan muda seperti peminat profesional permainan video, pengurus, jurulatih, pemasar, penganalisis, penganjur acara dan banyak lagi.

E-sukan mempunyai potensi yang luas dan ia bukan saja sekadar hobi, malah menjadi kerjaya dengan pendapatan lumayan yang sudah dibuktikan di peringkat antarabangsa.

BAGAIMANA MAHU MEMULAKAN KERJAYA e-SPORTS?

Persatuan e-Sports Malaysia (ESM)

Esports Malaysia (ESM) adalah badan pentadbir rasmi sukan elektronik di Malaysia, yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Sukan Malaysia dan merupakan ahli kepada Persekutuan e-Sukan Antarabangsa (International Esports Federation – IeSF).

Alamat;
Laman rasmi: http://esportsmalaysia.org/Facebook: https://www.facebook.com/pg/persatuansukanelektronikmalaysia/
Email:
[email protected]@esportsmalaysia.org
Ahli Gabungan ESM;
Terengganu – (https://www.facebook.com/esmterengganu/)Kedah – (https://www.facebook.com/esmkedah/)Pulau Pinang – (https://www.facebook.com/pg/PersatuanSukanElektronikPulauPinang/)Sarawak – (https://www.facebook.com/SarawakEsportsAssociation/)Kuala Lumpur – (https://www.facebook.com/ESKLAssociation/)Selangor – (https://www.facebook.com/EsportsSelangor/)Perak – (https://www.facebook.com/esportsperakassociation/)Sabah – (https://www.facebook.com/Sabahesportsassociation/)Johor – (https://www.facebook.com/pg/esportsjohor/)Perlis – (https://www.facebook.com/Persatuan-E-Sports-Perlis-271747143395575/)Putrajaya – (https://www.facebook.com/eSportsPutrajaya/)
APU: AKADEMI e-SPORTS DI MALAYSIA

APU eSports Malaysia Academy, adalah sebuah akademi esport yang ditubuhkan Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) dengan kerjasama eSports Malaysia (eSM).

Permohonan untuk menyertai akademi ini telah dibuka untuk kemasukan, dengan empat buah game yang akan menjadi fokus, iaitu; Defense of the Ancients 2 (DotA 2), League of Legends (LoL), Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) dan FIFA 17.

Setiap game memiliki 3 tahap yang perlu dilalui, iaitu Level 1 (Beginner), Level 2 (Intermediate) dan Level 3 (Advanced), di mana setiap tahap mengambil masa 12 minggu untuk dihabiskan.

Pelajar boleh melangkau Level 1 dan Level 2 sekiranya memenuhi beberapa syarat tertentu.

Bermakna, sekiranya pelajar memulakan pengajian dari Level 1, masa yang diambil untuk menghabiskan pengajian ini adalah 9 bulan. Kelas pula hanya diadakan pada hujung minggu.

Umur minimum untuk memasuki akademi ini berbeza mengikut setiap game tersebut, di mana FIFA 17 adalah 10 tahun dan ke atas, LoL (13 tahun), DotA 2 (13 tahun) dan CSGO (17 tahun).

Semestinya, kanak-kanak di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.

Anda boleh mengunjungi laman web rasmi APU eSports Malaysia Academy untuk mengetahui kemaskini terbaharu dan maklumat tentang yuran untuk kursus-kursus ini.

Secara kasarnya, terdapat 4 jenis yuran yang perlu dilangsaikan bagi menamatkan salah satu daripada 4 kursus video game yang disediakan, iaitu:
Yuran Pendaftaran – RM90 (untuk pelajar umum)/ RM50 (untuk pelajar sekolah menengah).Yuran Kursus “Beginner Level” – RM780.Yuran Kursus “Intermediate Level” – RM870.Yuran Kursus “Advanced Level” – RM990.
Maka, apabila dicampurkan kesemuanya, yuran yang perlu dibayar oleh para pelajar adalah RM2730 bagi pelajar umum, dan RM2690 bagi pelajar sekolah menengah.

Berminat untuk menyertai akademi ini? Inginkan maklumat lanjut? Anda boleh terus layari laman web rasmi APU eSports Malaysia Academy.

Akademi ini dijangka akan menjadi sebuah institusi melatih dan menyediakan bakat-bakat eSports bukan sahaja dalam menyertai acara kompetitif, malah mengembangkan bilangan tenaga kerja yang akan memajukan industri eSports tanah air.

6 PEMAIN E-SPORT PALING KAYA DI MALAYSIA SEHINGGA TAHUN 2019

1. Yap “xNova” Jian Wei
Jumlah wang terkumpul: $USD1,813,469.54
Memulakan karier Dota 2 secara profesional dalam usia muda 16 tahun, Yap “xNova” Jian Wei mengorak langkah kanan dalam arena esports Dota 2 dengan menyertai Lowyat.Net Esports pada tahun 2015.

Sejak dari itu, dia sudah berganding bahu bersama ramai atlet Dota 2 popular untuk pelbagai pasukan profesional seperti Who2Bet, Mineski, WarriorsGaming.Unity dan bermain seketika dengan Clutch Gaming.

Tambahan pula, dia meluaskan lagi karier esports ke China untuk sertai LGD Gaming iaitu pasukan pertama dari negara China memenangi EPICENTER XL.

Pasukan LGD Gaming adalah pasukan dijemput untuk pertandingan Dota 2 terbesar The International 2018. xNova bermain sebagai role Support untuk pasukan LGD Gaming.

2. Zheng “MidOne” Yeik Nai
Jumlah wang terkumpul: $USD1,715,335.07
Meskipun Zheng “MidOne” Yeik Nai hanya memulakan karier profesional Dota 2 tiga tahun lalu, MidOne sudah digelar sebagai pemain Dota 2 utama di dunia selepas dia pernah mendapat kedudukan teratas berdasarkan match-making rating (MMR) iaitu sebanyak 9,155 dalam leaderboard Dota 2 untuk benua Eropah pada tahun lepas.

Ketika Fnatic membawa pulang tempat keempat di The International 2016, itu merupakan kemuncak utama dalam kariernya.

Prestasinya yang mengagumkan berjaya meletakkan dia bersama pasukan dari Eropah, Team Secret.

Penyertaan dia ke Team Secret menjadikannya sebagai atlet esports Malaysia pertama berpindah ke Eropah untuk bermain Dota 2 secara profesional.

Penglibatan MidOne sebagai role solo middle bersama Team Secret terbukti cemerlang. Team Secret meraih hadiah kemenangan tempat pertama USD$125,000 (RM30,641) untuk DreamLeague Season 9 dan juga dapat USD$120,000 (RM29,415) untuk tempat keempat bagi China Dota2 Supermajor.

Lebih-lebih lagi, Team Secret dijemput untuk bertanding di The International 2018 dan akan bertempur dengan 7 pasukan lain termasuk pasukan dari Asia Tenggara, Mineski.

3. Chai “Mushi” Yee Fung
Jumlah wang terkumpul: $USD1,022,901.97
Berusia 28 tahun, Chai Yee Fung atau nama lain “Mushi” yang cukup terkenal dalam kalangan komuniti Dota 2 di Malaysia. Mushi ialah atlet esports paling berjaya di Malaysia setakat ini.

Berasal dari Rawang, karier profesional Dota 2 bermula ketika dia menyertai pasukan Orange Esports pada tahun 2011.

Sepanjang penglibatannya dalam arena kompetitif Dota 2, penglibatan ke The International selalu berada dalam jangkauan Mushi apabila dia sudah bertanding dalam liga berprestij itu sebanyak tiga kali.

Pengalaman pertama The International bagi Mushi adalah memenangi tempat ketiga bersama Orange Esports pada tahun 2013. Setahun kemudian, dia memenangi tempat keempat bersama Team DK pada tahun 2014.

Mushi mengulang kembali kejayaan The International bersama Fnatic, membawa pulang hadiah USD$1.4 million (RM5.6 million) selepas mendapat tempat keempat di The International 2016.

4. Tue “Ah-fu” Soon Chuan
Jumlah wang terkumpul: $USD781,296.55
Dari seorang amateur ke atlet esports bertaraf dunia, peralihannya daripada pasukan WarriorsGaming.Unity ke pasukan negara China LGD.Forever Young benar membuahkan hasil apabila pasukan LGD.Forever Young berjaya menang tempat ketiga di The International 2017.

Dia bertukar menjadi jutawan segera bersama wang hadiah sebanyak USD$2.6 million (RM11.2 million) yang dikongsikan bersama ahli-ahli lain.

Selepas menyambut kemenangan gempak di The International 2017, Ah-fu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berehat dari arena Dota 2 dan mahu terus berusaha untuk The International 2018 tetapi pasukannya kalah kepada Invictus Gaming semasa peringkat kelayakan China.

Walau bagaimanapun, dia masih lagi mengasah kebolehannya bersama LGD.Forever sebagai role Support di China.

5. Wong “ChuaN” Hock Chuan
Jumlah wang terkumpul: $USD740,982.93
Semuanya bermula pada tahun 2009 apabila Wong “ChuaN” Hock Chuan cuba bermain Dota dek kerana kecederaan yang mengakibatkan dia berhenti bermain bola keranjang.

ChuaN ialah salah satu ikon atlet Dota dan Dota 2 yang sudah lama berkecimpung dalam arena pertandingan.

Dengan karier esports yang sudah mencecah hampir satu dekad, dia pernah bermain Dota bersama dengan pasukan seperti Kingsurf dan Aeon.

Kemudian, dia terbang ke China untuk menjadi atlet esports bagi pasukan Nirvana dan LGD serta pernah diserap ke Invictus Gaming bersama-sama ahli pasukan lain dari LGD.

Semasa dia menyertai Invictus Gaming, pasukannya menjadi salah satu pasukan paling digeruni di liga besar dan berprestij Dota 2.

Ini terbukti apabila Invictus Gaming pernah menjuarai liga The International 2012. Oleh sebab itu, dia merupakan satu-satunya orang Malaysia ketika ini membawa pulang trofi kemenangan pada tahun 2012 bersama Invictus Gaming.

Pada tahun 2015, ChuaN pernah menyertai Newbee tetapi akhirnya mengambil masa berehat selepas Newbie berkongsi tempat nombor 9 ke nombor 12 di The International 2016.

6. Chong “Ohaiyo” Xin Khoo
Jumlah wang terkumpul: $USD582,626.49
Chong “Ohaiyo” Xin Khoo merupakan antara pemain Dota 2 profesional disegani ramai dan dia memulakan kariernya di MUFC pada tahun 2012.

Pada tahun 2013, dia tergolong dalam satu program akademi Orange Esports Dota 2 sebelum diserap masuk ke dalam pasukan Orange bagi menggantikan Mushi buat sementara waktu.

Meskipun prestasi Orange tidak begitu memberangsangkan dalam liga-liga Dota 2 ketika itu, Orange berjaya memecah dari kemelesetan berkenaan dengan memenangi tempat ketiga di The International 2013.

Tahun 2016 adalah tahun paling bermakna bagi Ohaiyo apabila dia mengaut sebanyak USD$392,328 (RM1,596,127), hasil dari kemenangan tempat keeempat di The International 2016 bersama Fnatic.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apa Sebenarnya e-Sukan?Berapa Juta Gaji Pemain e-Sukan Dengan Hanya Bermain Game Online?
sumber: 1 | 2 | 3



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/12/kerjaya-e-sports-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Ikhsan Sports Meterai Perjanjian Bersama Kesatuan Ragbi Malaysia

Al Ikhsan Sports Meterai Perjanjian Bersama Kesatuan Ragbi Malaysia

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 237 hits
Peneraju barangan sukan nombor satu di Malaysia Al Ikhsan Sports secara rasminya menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Kesatuan Ragbi Malaysia Acara menandatangani MoU dan serahan jersi daripada Al Ikhsan Sports kepada MRU telah di...
Viral Aksi Tak Sporting Pemain Filipina Selepas Tamat Perlawanan Bikin Pemain Malaysia Tak Puas Hati

Viral Aksi Tak Sporting Pemain Filipina Selepas Tamat Perlawanan Bikin Pemain Malaysia Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 476 hits
Perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Filipina yang berlangsung di Stadium Rizal Memorial Manila dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2019 berakhir dengan kekalahan tipis sebanyak 1 0 di tangan tuan rumah Sungguhpun perlawanan terse...
God Of War 2018 Gameplay Malaysia The Best Game Of The Year

God Of War 2018 Gameplay Malaysia The Best Game Of The Year

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 395 hits
God Of War 2018 Gameplay Malaysia The Best Game of The Year Aku merupakan die hard fan siri permainan God of War Namun terhenti masa God of War keluar dalam console PS3 dan PS Vita So masa tu mampu tengok gameplay yang orang main di youtube...
Lelaki Hitam Manis Menjadi Pilihan Utama Gadis Malaysia

Lelaki Hitam Manis Menjadi Pilihan Utama Gadis Malaysia

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 355 hits
Siapa kata wanita lebih suka gaya lelaki Korea atau Jepun Dikatakan lelaki memiliki kulit hitam manis atau sawo matang adalah pilihan wanita di Malaysia Orang biasa yang memilih lelaki kulit hitam manis ini menyatakan bahawa lelaki ini memp...
Dermaga Animaionic Mengubah Mac Mini Menjadi Komputer Desktop Profesional

Dermaga Animaionic Mengubah Mac Mini Menjadi Komputer Desktop Profesional

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 181 hits
Mac Mini ialah komputer desktop paling mampu milik ditawarkan oleh Apple Saiznya yang amat padat juga mengakibatkan ia hanya ditawarkan dengan kad grafik terbina serta pilihan menaiktaraf yang amatlah terhad Kepada pemilik Mac Mini yang mun...
Biodata Kisona Selvaduray Pemain Badminton Malaysia

Biodata Kisona Selvaduray Pemain Badminton Malaysia

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 1943 hits
Biodata Kisona Selvaduray Pemain Badminton Malaysia SIAPAKAH sebenarnya pemain muda Badminton ini yang dikenali sebagai Kisona Selvaduray Nama Kisona Selvaduray yang masih berusia 21 tahun mula disebut orang ramai apabila muncul sebagai pem...
Lima Pemain Bola Sepak Berbakat Tapi 039 Tidak Menjadi 039 Di Luar Negara

Lima Pemain Bola Sepak Berbakat Tapi 039 Tidak Menjadi 039 Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 333 hits
Akmal Rizal Rakhli menarik minat Bayern Munich dan mengajaknya menjalani latihan bersama mereka pada September 1997 Foto ihsan Facebook HbZcErIa GrApHiCKUALA LUMPUR 28 Nov Malaysia tidak pernah ketandusan bakat dalam bola sepak bahkan sebah...
Malaysia S Reserves At Us 103 22 Bln End Oct 2019 Bnm

Malaysia S Reserves At Us 103 22 Bln End Oct 2019 Bnm

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 186 hits
In a statement today Bank Negara Malaysia said other foreign currency assets amounted to US 160 3 million Bernama Photo KUALA LUMPUR Malaysia s reserves remained usable as at end October 2019 with official reserve assets at US 103 22 billio...
Mcdonald S Malaysia Mengumumkan Sumbangan Sebanyak Rm545 000 Di Kelantan

Mcdonald S Malaysia Mengumumkan Sumbangan Sebanyak Rm545 000 Di Kelantan

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 956 hits
Program Komuniti McDonald memperkenalkan perlbagai inisiatif dengan matlamat memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dan McDonald s Malaysia juga mengumumkan sumbangan sebanyak RM545 000 bagi manfaat golongan ku...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma

Pelbagai Cara Memakai Samping

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Prove Existence Of Addendum Decree For Najib S House Arrest Experts Say