Kerang Goreng Dengan Kacang Panjang



Masih ingat lagi ketika saya baru mula bekerja selepas menamatkan pengajian di universiti. Setiap pagi, saya selalu membeli nasi lemak yang dijual di depan pintu pagar keluar pejabat saya. Nasi lemak yang dijual di atas van oleh sepasang suami isteri tersebut sangat sedap. 
Saya akan memilih lauk yang sama setiap kali membelinya. Kalau tidak silap saya lauk gulai ayam yang sangat sedap. Dan yang pasti sayur kacang panjang goreng dengan isi kerang yang terasa sangat sedap pada tekak saya. Walaupun sayur kacang panjang tersebut nampak sangat simple tapi sungguh sedap. 

Ketika itu, saya menyewa bilik di Kg Baru dan pergi kerja dengan menaiki bas mini. Jika terlewat, ianya pasti kehabisan. Lagi pulak, mereka juga kerap tidak berniaga yang tidak dipastikan sebabnya. 

Saya cuba secara trial and error bagi memasak sendiri kacang panjang goreng seperti yang pernah saya makan satu ketika dulu. Saya mengubahsuai resepi di SINI yang mana kacang panjang digoreng dengan hati dan mempedal. Ala ala sambal Jawa. 

Hasilnya sangat sedap dan kena dengan selera saya yang selama ini mencari cari lauk yang pernah saya gemari berpuluh tahun yang lalu. Lagi pulak, saya memang suka masakan dan lauk pauk yang simple sahaja.

Sedikit berkenaan harga barang. Aduhaai terlalu mahal. Macam mana lah anak anak hendak hidup di masa depan. Pastinya Allah menjanjikan rezeki untuk setiap makhluk tapi akan struggle lah juga. Bayangkan harga seekor ikan selar saiz sederhana RM4. Untuk kerang hari ini, sekilo kerang berharga RM13. Hubby beli 2 kilo, dapatlah isi kerang yang telah siap dikopek dalam satu bekas plastik. Itu pun tak penuh. Boleh tengok gambar di bawah. 
Jom layan resepi di bawah ini dan video cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. 


Kerang Goreng Dengan Kacang PanjangOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:12 batang kacang panjang - hiris serong1/2 mangkuk kecil isi kerang 
1-2 sudu besar sos tiram
Garam - jika perlu

Bahan hiris:4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 - 3 inci halia muda - hiris nipis1 tangkai cili merah 
Cara-cara:Kerang dibasuh bersih dan dimasukkan ke dalam kuali tanpa air. Nyalakan api dan tutup kuali dengan penutup. Selepas beberapa minit, buka penutup kuali dan kacau rata. 
Setelah kerang mula terbuka, bolehlah ditutup api. Tuang air ais ke dalam kuali untuk menghentikan kerang dari terus masak. Kopek isi kerang dan ketepikan. Isi kerang akan kelihatan cantik dan tidak kecut.



Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan akhir sekali halia muda sehingga wangi. Lagi banyak halia muda, lagi sedap rasanya. 


Masukkan kacang panjang dan sos tiram secukup rasa. Kacau rata. 

Masukkan isi kerang, garam dan cili merah yang dihiris. Kacau rata. Bolehlah ditutup api kerana kacang jangan dimasak terlalu lama untuk mengekalkan kerangupannya.


Nota:Jika terdapat lebihan isi kerang, masukkan ke dalam bekas bertutup dan disimpan di dalam freezer.  

Jika kerang, tidak mahu direbus terlebih dahulu dan mahu simpan kerang hidup, pastikan kerang tidak kena dengan air paip. Insya Allah selagi tidak kena dengan air paip, boleh hidup selama 2-3 hari.  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/11/kerang-goreng-dengan-kacang-panjang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sotong Goreng Tepung Mudah Dan Cepat Seperti Di Kedai Ikan Bakar

Resepi Sotong Goreng Tepung Mudah Dan Cepat Seperti Di Kedai Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 645 hits
Assalamualaikum suka makan sotong goreng tepung Yes Daku satu keluarga pun suka Kalau ke kedai ikan bakar tu wajib order walaupun boleh buat sendiri sebab tahap suka tu tersangatlah tinggi hehe makin best jika sotong yang telah di order tu ...
Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir

Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 2951 hits
Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir Assalamualaikum Hai semua harap semuanya berada dalam keadaan sihat ya Hari ini Cik Ash berkongsi resepi daripada dapurcikash iaitu Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir Pucuk Paku Goreng Telur Dan ...
Pokok Kacang Kelisa

Pokok Kacang Kelisa

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 1814 hits
Pokok kacang kelisa atau kacang botol atau kacang belimbing di batas menegak Menunggu bunga pertamaSudah menjalar ke bawah mencari sokongan
Festival Ayam Lejen 2 Himpun 10 Gerai Ayam Goreng Terbaik Dari Serata Malaysia

Festival Ayam Lejen 2 Himpun 10 Gerai Ayam Goreng Terbaik Dari Serata Malaysia

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 358 hits
Kami tahu ramai yang cintakan ayam goreng dan hanya untuk hari ini dan esok berlangsungnya festival Ayam Lejen 2 di perkarangan LRT Ara Damansara 10 gerai ayam goreng ternama dari serata Malaysia antaranya Wak Kentut JB ya memang nama kedai...
Kangkung Kampung Goreng Belacan

Kangkung Kampung Goreng Belacan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 592 hits
Alhamdulillah kerana saya telah selamat menjalani pembedahan kecil di kaki bagi membetulkan tulang yang serpih dan juga urat yang terkoyak selepas terjatuh dan jatuh terjelepuk di laman depan rumah Pada mulanya saya agak berbelah bahagi sam...
Nasi Goreng Gila Memang Gila Terangkat Di Cheese Banjir

Nasi Goreng Gila Memang Gila Terangkat Di Cheese Banjir

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 736 hits
Restoran Cheese Banjir di Desa Pandan sekali lagi jadi tumpuan Cikza entah ke berapa kali repeat mai singgah sini Khabarnya ada menu baru yang menarik hati Bukan apa selalu duk scroll Cheese Banjir Facebook Page ni buat rasa terliur bila ad...
Ketupat Lontong Goreng Pertama Kali

Ketupat Lontong Goreng Pertama Kali

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 356 hits
KETUPAT LONTONG GORENG PERTAMA KALI Lama dah nak buat lontong atau ketupat goreng ni tapi kerajinan tu tak pernah lah nak datang betul betul Pagi ni sebab lapar maka kerajinan tu datang dengan sendiri uolsss Disebabkan aku suka bawang putih...
Ewindo Target Jual 60 Ton Bibit Kacang Hijau Unggul Di 2019

Ewindo Target Jual 60 Ton Bibit Kacang Hijau Unggul Di 2019

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 226 hits
Diharapkan dalam 5 tahun ke depan Ewindo bisa memproduksi dan menjual benih kacang hijau sebanyak 1 800 ton di 2023 yang merupakan 30 persen dari kebutuhan benih nasional
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord