Kerajaan Darurat Tiada Kepimpinan Pasti Anwar



Rakyat sedang menderita. Perkara yang paling menyayat hati adalah untuk mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa-apa mengenainya. Inilah yang cuba disampaikan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini melalui langkah dan rencana yang cukup terdesak.
Sekatan baharu yang diumumkan adalah sangat mengelirukan, dan masing-masing kita akan menderita dengan cara yang tersendiri. Ada sebahagian kita dirundung dengan ketidaktentuan akibat dampak pandemik, namun tidak diberi perhatian secukupnya oleh kerajaan. Situasi pengangguran, masalah kemiskinan dan kelangsungan hidup cukup memprihatinkan, dan ini adalah antara beban yang akan terus menghantui setiap rakyat.
Ada pula yang terpaksa bertarung dengan persoalan jiwa dan mental. Kegelisahan, kesunyian dan ketakutan membuatkan kita terdedah pada kesan sikap xenofobik dan kemarahan yang menggila.
Kita merindukan untuk berada di samping teman-teman dan ahli keluarga masing-masing. Namun, ada segelintir kita yang terperangkap melebihi dari sekadar terperangkap dari sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), samada penderaan di rumah, pengasingan akibat gejala pembulian siber atau masalah kemiskinan yang semakin memburuk.
Namun, kita tidak harus melupakan mereka yang telah pergi sepanjang tempoh wabak ini. 600 kematian bukan angka yang kecil dan boleh dipandang ringan. Kehidupan kita terganggu selama hampir setahun, dan semestinya ia memberi kesan. Ramai kita tidak pasti apakah kehidupan kita akan kembali seperti biasa, atau mungkin tidak. Apa akan berlaku sekiranya semua ancaman ini berakhir? Apakah kareer kita akan terkesan? Apakah anak-anak siswa kita mampu bangkit semula dan menyambung pelajaran mereka? Apakah akan ada sinar di hujung terowong? Kerajaan hari ini seolah tidak mampu memberi sebarang keyakinan, apatah lagi untuk menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk semua.
Mesej kesatuan yang dilaung-laungkan melalui perkongsian penderitaan ini tidak akan mampu memulihkan bangsa, tambahan pula dengan kemelut sedahsyat ini. Kesatuan yang baru harus dipaculkan dan diwujudkan melalui kepimpinan yang kukuh, tatakelola yang baik serta berkesan, dan juga rakyat yang punya keyakinan baru terhadap kerajaan, terhadap ruang dan semangat demokrasi serta keyakinan antara satu dengan yang lain. Dalam saat kemelut hari ini, apa yang rakyat dambakan adalah sikap ketelusan dan kepastian, bukan apa yang disuap kerajaan minoriti ini.
Pengumuman demi pengumuman yang dibuat seolah tidak ada perancangan awal yang sering tidak jelas, langsung menginjak perasaan rakyat. Sebaliknya, dampak dari semua ini adalah panik dan ketidaktentuan. Muhyiddin telah meletakkan negara ini dalam lembah percanggahan. PKP menjadi acara tahunan yang sia-sia tanpa sebarang makna dan hasil. Apa yang kelihatan seolah bersyarat, namun nampaknya semacam akan kekal. Cakap-cakap tentang pemulihan ternyata omong kosong.
Jadinya, kita sekarang ini kembali ke peringkat asal. Mula balik. Ini mengingatkan saya kepada apa yang pernah diungkap Albert Einstein, “adalah sesuatu yang gila untuk mengulangi perkara yang sama sambil mengharapkan hasil yang berbeda”. Kerajaan pimpinan Muhyiddin hari ini telah meletakkan negara di lembah kegilaan.
Apa yang patut kerajaan buat adalah membantu rakyat untuk kembali percaya kepada kemampuan masing-masing, dan cipta kekuatan baru dalam mengharungi kemelut hari ini sebagai bangsa yang bersatu padu. Malaysia patutnya telah berjaya, apa yang disebut sebagai “flattening the curve” atau melandaikan lekuk dan menjadi antara negara yang berjaya menundukkan COVID-19. Sebaliknya, kerajaan ini terus menyusah dan membodohkan rakyat. Kerajaan hari ini anggap rakyat seperti kanak-kanak. Tidak, rakyat di negara inilah yang memungkinkan sebuah tatanan bernama Malaysia. Sekiranya kerajaan ini tidak mampu percaya pada rakyat dan yakin pada rakyat, bagaimana mungkin mereka harapkan perkara yang sama. Apatah lagi untuk patuh SOP yang sentiasa berubah setiap masa.
Rencana kerajaan mesti terperinci dan konsisten. Rencana yang mesti menggerakkan, yang punya tonggak dan matlamat. Bila kita sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam mencipta masa depan yang lebih baik, maka kita akan jadi saling bertanggungjawab, dan secara tidak langsung kita akan dapaat menjamin kelangsungan cara hidup yang demokratik. Saat pemerintah hari ini tunggu perubahan untuk muncul, strategi kita mesti ampuh dan bijaksana agar dapat memungkinkan hari esok yang lebih baik. Pemerintah hari ini minta kita untuk berkorban, tapi belum nampak tanda-tanda yang kerajaan hari ini turut sama bergelut dan bersusah dengan rakyat.
Hari demi hari, kerajaan ini semakin hilang wibawa dan keyakinan semakin payah untuk dipulihkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Langkah mengisytiharkan darurat tampak terdesak dan melulu, tanpa sebarang asas yang kukuh, langsung melebarkan jurang antara rakyat dan kerajaan. Muhyiddin minta kita percaya dia tatkala kediktatoran beliau semakin menonjol. Keyakinan terhadap kepimpinan beliau juga semakin merosot tatkala seorang demi seorang Ahli Parlimen menarik sokongan. Apakah kita masih boleh percaya dengan kerajaan hari ini? Pengisytiharan darurat semacam tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya kita untuk melawan dampak wabak, tetapi sebaliknya hanya sebagai wahana untuk terus berpaut pada kuasa dan kedudukan? Rakyat tidak mudah lupa yang kerajaan hari ini adalah kerajaan pintu belakang. Bolehkah kita percaya seorang individu yang mengkhianati Perdana Menteri-nya pada ketika itu, mengkhianati partinya sendiri, mengkhianati kawan-kawan, dan yang paling dahsyat mengkhianati mandat rakyat? Individu begini yang kita diminta untuk percaya?
Kejelasan dan kepastian adalah langkah pertama dalam mengakui kecuaian. Rakyat kena tahu yang kerajaan mendengar suara mereka dan mengambil perhatian terhadap sebarang isu yang berbangkit. Kerajaan seharusnya tingkatkan kesedaran yang berasaskan sains, dan menggalakkan perbincangan umum serta menolak sebarang teori konspirasi yang menjurus kepada pembodohan. Bila komunikasi kita jelas, maka tindakan kita mesti seiring dengan usaha negara dalam melawan ancaman virus, dan seterusnya mengembalikan keyakinan kepada ekonomi kita. Ini bukan kerja mudah, dan tidak ada sesiapa yang boleh melakukannya sendiri. Namun, apa yang penting pengorbanan kita akan bertambah, tapi hanya dengan tatakelola yang baik serta keyakinan yang mengukuh sahaja kita akan dapat tempuhi badai ini bersama.
Telah saya umumkan baru-baru ini tentang usaha kami dalam merayu kepada KDYMM YDPA untuk mempertahankan Perlembagaan serta rakyat dari salahguna kuasa. Dan juga, pasukan peguam telah ditugaskan untuk menyiapkan permohonan untuk mencabar langkah Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh kerajaan Muhyiddin.
Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar jangan putus asa. Negara ini negara yang istimewa, punya pelbagai kaum dan agama, dan saya yakin ini adalah ciri yang terbaik yang kita ada. Teruskan tingkatkan disiplin diri dengan patuhi SOP, pakai pelitup muka dengn betul, jaga jarak masing-masing serta kerap basuh tangan. Jika tidak ada keperluan, jangan keluar rumah.
Jaga kesihatan masing-masing supaya dapat kita redakan sedikit sistem kesihatan kita dan beri sedikit ruang untuk wira-wira kita di barisan hadapan untuk bernafas. Sikap mulia begini adalah yang paling mudah untuk praktikkan, dan ia secara tidak langsung akan menguatkan komitmen kita dalam mencari jalan keluar dari kemelut ini.
Saya menggesa kita semua untuk tingkatkan peranan masing-masing dan kerajaan harus bekerja lebih untuk kembalikan keyakinan. Rakyat sedang menderita. Saya mendoakan kita jangan putus asa dan terus berusaha. Pengajaran dari tahun lalu itu sangat penting, dan jadikan ia sebagai dorongan untuk jadi lebih baik tidak hanya untuk diri sendiri namun untuk semua juga.
ANWAR IBRAHIM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31264

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Berada Dalam Kegilaan Anwar Sedia Cabar Proklamasi Darurat

Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Berada Dalam Kegilaan Anwar Sedia Cabar Proklamasi Darurat

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencabar proklamasi darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan di mahkamah Kenyataan itu menyusul selepas tiga hari Ahli Parlimen Port Dickson itu mencadangkan semua ahli Parlimen me...
Guan Eng Dakwa Darurat Bolehkan Kerajaan Beri Tender Rundingan Terus

Guan Eng Dakwa Darurat Bolehkan Kerajaan Beri Tender Rundingan Terus

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 180 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa perintah darurat membolehkan perdana menteri meluluskan sebarang undang undang tanpa melalui Parlimen bahkan menangkap sesiapa yang tidak disukai Bahkan kontrak perolehan kerajaan yang besar juga d...
Kerajaan Boleh Disaman Jika Langgar Hak Asasi Ketika Darurat Kata Bekas Hakim

Kerajaan Boleh Disaman Jika Langgar Hak Asasi Ketika Darurat Kata Bekas Hakim

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 242 hits
Bekas hakim Gopal Sri Ram berkata kerajaan boleh mengemukakan saman atau disaman bagi tindakan ketika darurat PETALING JAYA Tindakan undang undang boleh diambil terhadap kerajaan ketika darurat jika hak asasi seseorang dilanggar termasuk un...
Darurat Demi Mudahkan Kerajaan Urus Covid 19

Darurat Demi Mudahkan Kerajaan Urus Covid 19

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Pelaksanaan darurat yang dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos ini meletakkan keutamaan untuk mempermudahkan segala tindakan kerajaan menguruskan pandemik Covid 19 yang semakin meningkat di n...
Dah Jadi Doktor Pun Bingung Lagi Kenapa Kerajaan Guna Ordinan Darurat

Dah Jadi Doktor Pun Bingung Lagi Kenapa Kerajaan Guna Ordinan Darurat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 272 hits
Benda simple tapi buat buat bingung Tindakan kerajaan untuk mempercepatkan dan tiada dolak dalih daripada pihak swasta Sebab tu kerajaan darurat supaya semua fasiliti dalam negara dapat diguna secara cepat dan tiada kompromi Ke korang nak d...
Mapim Tak Setuju Kerajaan Isytihar Darurat

Mapim Tak Setuju Kerajaan Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 183 hits
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Mohd Azmi Abdul Hamid ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Replika Cek Bantuan Selimut Untuk Musim Sejuk Kashmir oleh MAPIM di Kedutaan Pakistan Kuala Lumpur Foto AFIQ HAMBA...
Cabar Darurat Di Mahkamah Beri Persepsi Anwar Pentingkan Politik Kata Penganalisis

Cabar Darurat Di Mahkamah Beri Persepsi Anwar Pentingkan Politik Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 244 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata tindakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahu mengambil tindakan undang undang bagi mencabar perisytiharan darurat akan memberi persepsi beliau lebih mementingkan agenda politik berbanding ...
Pakar Kesihatan Bingung Kerajaan Guna Ordinan Darurat Dapatkan Kerjasama Hospital Swasta

Pakar Kesihatan Bingung Kerajaan Guna Ordinan Darurat Dapatkan Kerjasama Hospital Swasta

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 220 hits
Pakar berkata pemegang taruh penjagaan kesihatan swasta terutama hospital berusaha mendapatkan kerangka kerjasama awam swasta sejak awal 2020 PETALING JAYA Keputusan kerajaan untuk menggunakan ordinan darurat bagi memanfaatkan aset kesihata...
Kerajaan Darurat Boleh Abaikan Janji Janji Kerajaan Pn

Kerajaan Darurat Boleh Abaikan Janji Janji Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 208 hits
Darurat yang digambarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini sebagai usaha biasa untuk mengekang merebaknya wabak Covid 19 sebenarnya tidak dijelaskan dengan jujur kesan besarnya kepada pemerintahan negara Menurut Ahli Parlimen Pas...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api