Kenapa Guru Nekad Bersara Awal




Sisi Gelap Sistem Pendidikan – Guru Nekad Bersara Awal Dedah Tertekan Hingga Terpaksa Menipu


Sistem pendidikan sekarang yang tiada hala tuju membuatkan ramai guru seolah-olah sudah tidak ada jiwa untuk mengajar dan ramai yang mengambil keputusan untuk bersara awal.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh seorang bekas guru bahasa Inggeris kepada portal Majoriti, Wan Maizura Kamaruddin yang nekad untuk bersara awal ketika umurnya hanya 53 tahun.


Menipu demi ‘data cantik’


Walaupun masih lagi berbaki 7 tahun, Wan Maizura yang tidak pernah terbayang untuk bersara awal berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas merasakan dirinya tidak lagi mampu mengikuti sistem pendidikan sedia ada.


“Contohnya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan pemansuhan peperiksaan. Kadang-kadang saya terpaksa menipu dalam memberi markah tahap penguasaan murid walaupun budak itu tidak tahu membaca,” dedah Wan Maizura

“Kerana ada pihak yang takut jika kena minta surat tunjuk sebab. Majoritinya menipu demi nak mendapatkan data yang cantik,” jelasnya lagi yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Presint 16(1), Putrajaya

Tiada kebebasan bersuara


Lebih teruk, kebebasan bersuara dalam kalangan guru juga seolah-olah disekat kerana perlu selari dengan pendapat pihak tertentu seperti guru besar dan jika tidak, akan ditukar atau diambil tindakan.

Menceritakan pengalamannya sendiri, Wan Maizura berkata dia pernah bersuara mengenai pihak atasan dan salah laku guru besar tetapi tidak diendahkan malah dia sendiri yang terpaksa menanggung akibat hingga ditukar mengajar ke kelas bawah.

“Bila guru besar dah tak suka saya, apa lagi boleh dibuat. Lebih baik saya berhenti. Bagi saya ketiadaan hak bersuara ini sesuatu yang sangat tidak profesional,” luahnya lagi.


Keluar duit sendiri



Karenah birokrasi apabila terlalu banyak aktiviti yang ingin dilakukan di sekolah juga menjadi punca tekanan yang dihadapi oleh para guru ketika ini

“Bertahun-tahun kami (guru-guru) terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk aktiviti-aktiviti yang tidak relevan sebaliknya hanya mahu ditunjuk kepada Nazir Sekolah dan pihak jabatan yang datang melawat

“Bila kita tanya, kita diminta untuk buat sahaja dan dimomokkan dengan alasan bersedekah dan keberkatan kerja,” tambah Wan Maizura


Arahan berubah-ubah

Menurut Wan Maizura lagi, arahan dari Kementerian Pendidikan (KPM), turun ke Jabatan Pendidikan Negara (JPN) dan beberapa lagi pihak sehinggalah ke sekolah semuanya berubah-ubah dan berbeza.

“Setiap arahan dari atas bila turun ke bawah semakin bertambah. Saya sifatkan ini dengan istilah ‘little napoleon’ di mana Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diubah untuk mengikut KPI yang diperlukan pihak tertentu.
“Mereka pula yang tentukan KPI untuk kepentingan diri sendiri dan akhirnya guru terpaksa ikut. Jadi keseronokan untuk mengajar itu telah tiada dan ditarik oleh sistem pendidikan sebegini,” jelas Wan Maizura yang memilih untuk bersara pada 1 September tahun lalu.


Peranan Pegawai Tadbir Daerah (PTD)


Wan Maizura turut mempersoalkan peranan PTD yang tidak mempunyai asas perguruan tetapi menggalas tugas untuk menetapkan KPI guru.

PTD juga akan meminta untuk melakukan bermacam-macam program semata-mata untuk mencapai KPI mereka di kementerian.

“Saya boleh mengajar dari pagi sampai ke petang tetapi saya tidak akan kembali berkhidmat jika sistem pendidikan tidak diubah”.
“Saya ini seorang yang ‘gila’ mengajar. Tetapi bila ada arahan bertindih sampaikan kena kerja pada pukul 10 malam, awal pagi kena masukkan data, ini yang kita tak mampu ikut,” tegasnya lagi.

Sebagai seorang guru yang telah lama mengajar, Wan Maizura juga mendedahkan bahawa dia mempunyai modul pengajaran yang boleh meningkatkan kualiti murid tetapi sayangnya ia tidak diiktiraf sebaliknya perlu mengikut arahan yang lebih menjurus kepada kepentingan pihak tertentu.

“Kita nak mengajar untuk memanusiakan budak-budak. Kenapa kita nak mengajar mengikut KPI orang tertentu? Mereka hanya mahukan data yang cantik,” keluhnya yang kecewa dan nekad untuk bersara.
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2022/06/kenapa-guru-nekad-bersara-awal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Jumaat 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah

Salam Jumaat 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 206 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Salam Jumaat 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah Dah lama tak buat posting Salam Jumaat sajalah nak share 10 amalan yang boleh diamalkan pada awal bulan Zulhijjah yang Mrs A baca da...
Awal Zulhijjah 2022

Awal Zulhijjah 2022

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 222 hits
1 Julai 2022 bersamaan dengan 1 Zulhijjah 1443H Sama pula tarikhnya permulaan bulan baru Bulan Zulhijjah merupakan bulan istimewa yang disambut umat Islam dengan ibadah sunnah menambah pahala Bagi yang tidak berpeluang menunaikan ibadah haj...
Daddy Dah On Duty Isteri Fizo Bersalin Bayi Perempuan 2 Minggu Lebih Awal

Daddy Dah On Duty Isteri Fizo Bersalin Bayi Perempuan 2 Minggu Lebih Awal

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 174 hits
Jangkaan bersalin sepatutnya Julai namun pelakon dan usahawan Fizo Omar memaklumkan isterinya Fazeera Nazri Azrai telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 12 39 minit tengah malam di sebuah hospital swasta di Seri Kemban...
Cara Menghitung Modal Usaha Pada Saat Awal Memulai Atau Ketika Sudah Berjalan

Cara Menghitung Modal Usaha Pada Saat Awal Memulai Atau Ketika Sudah Berjalan

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 181 hits
Abang dan Kakak tahu berapa modal usaha yang dimiliki sekarang pertanyaan ini Blogger Borneo lontarkan ketika pertemuan baru saja dimulai Waktu mulai usaha sekitar 50 juta Pak demikian jawab dari salah seorang peserta pelatihan Cara Menghit...
16 Aktor Dan Aktris Korea Yang Berani Beradegan Polos Di Awal Kariernya

16 Aktor Dan Aktris Korea Yang Berani Beradegan Polos Di Awal Kariernya

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 149 hits
Mulai dari Song Ji Hyo Running Man Kang Han Na Kim Go Eun Jo In Sung hingga Kim Tae Ri
Puteri Sarah Nekad Saman Ira Kazar Selepas Dicabar Sampai Bila Nak Dipijak Pijak

Puteri Sarah Nekad Saman Ira Kazar Selepas Dicabar Sampai Bila Nak Dipijak Pijak

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 454 hits
Pelakon cantik Puteri Sarah Liyana memberitahu dirinya akan mengambil tindakan undang undang terhadap orang ketiga yang telah menganggu rumah tangganya selama ini Menurut siaran langsung Harian Metro selebriti berusia 36 tahun nekad untuk m...
Kenapa Awal Sangat Hantar Anak Masuk Sekolah Ini Jawapan Adam Corrie

Kenapa Awal Sangat Hantar Anak Masuk Sekolah Ini Jawapan Adam Corrie

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 141 hits
Pelakon Adam Corrie menjelaskan tentang sebab kenapa dia menghantar anak lelakinya Adam Fateh Lee 4 tahun masuk ke sekolah di usia yang masih kecil Fateh dia tak mau pergi sekolah Dah 2 minggu tak pergi Dia kata dia nak school yang ada play...
Bacaan Doa Akhir Dan Awal Tahun Islam Hijriah Arab Latin Dan Artinya

Bacaan Doa Akhir Dan Awal Tahun Islam Hijriah Arab Latin Dan Artinya

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 198 hits
Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Hijriyah Islam 1444 H Arab Latin dan Artinya Tidak terasa kita akan sudah berada di akhir tahun 1444 H Sehingga kita akan memasuki tahun 1444 H Pada kesempatan kali ini saya posting bacaan doa akhir dan awal ...
Rafizi Ramli Amaran Awal Wang Masuk Akaun Bosscow Machai Cakap Fitnah

Rafizi Ramli Amaran Awal Wang Masuk Akaun Bosscow Machai Cakap Fitnah

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 178 hits
RAMAI YANG TIDAK PERCAYA DENGAN PENDEDAHAN RAFIZI ADA YANG MENGATAKAN SEMUANYA ITU HANYA FITNAH SEMATA BENAR ATAU RAMAI SENGAJA MENUTUP MATA
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma

Pelbagai Cara Memakai Samping

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau