Kedai Kopitiam Sekitar Negeri Selangor Yang Mesti Korang Kunjungi Rugi Kalau Tak Try Menunya





 Jom lihat 5 kedai kopitiam sekitar negeri Selangor yang perlu korang kunjungi. Rugi kalau tak rry beberapa menu asli kopitiam yang tidak mengecewakan seperti Kopi Istimewa dan Roti Bakar di 5 lokasi ini. 
Kalau nak ikutkan ada banyak kedai kopitiam sekitar negeri Selangor nie yang menyajikan pelbagai menu best serta konsep dekorasi  menarik boleh korang terjah. Tapi, nie sis kongsikan 5 kedai kopitiam yang tak kurang hebatnya tau. 

Bagi yang dah biasa menikmati menu-menu yang terdapat di kedai kopitiam ini pasti tahu keenakkannya.Sekali datang, nak datang lagi! Kedai Kopitiam sememangnya digemari oleh rakyat Malaysia. 
Kopitiam yang secara amnya bermaksud "kedai kopi" dalam dialek Hokkien. Ia mula diperkenalkan di Malaysia sejak akhir 1800-an. Kopitiam berasal dari kaum Hainan migrasi di Malaysia yang kebanyakannya terlibat dalam industri hospitaliti untuk menyara hidup pada masa tersebut. 
Berikut 5 kedai kopitiam di Negeri Selangor yang perlu anda kunjungi untuk menikmati rasa kopi asli dan roti bakar klasik yang lazat!
                 Auntie Kopitiam by masz_princesshoneybee @ IG

1) Auntie Kopitiam, Kuala Selangor

Auntie Kopitiam adalah kedai kopi terkenal yang terletak di Daerah Kuala Selangor. Auntie Kopitiam telah dibuka pada tahun 1935. Beberapa selebriti Malaysia juga pernah berkunjung ke sini untuk mendapatkan kopi mereka dan banyak program televisyen juga telah dirakamkan di sini. 
Selain menghirup kopi Hainan tradisional yang enak, ada juga makanan lain yang disediakan seperti Nasi Lemak, kuih-muih, roti bakar dan banyak lagi. Pelanggan juga dapat menikmati salah satu hidangan terbaik mereka, Mi Kari Laksa iaitu makanan yang sempurna untuk memulakan hari korang!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3289 7289



     Thong Kee Cafe by health_eat_fit @ IG

2) Thong Kee Cafe, Petaling

Thong Kee Kopitiam adalah salah satu kedai kopitiam yang terkenal di Daerah Petaling dengan menu kopi unik mereka. Pemilik Kedai Kopitiam Thong Kee yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun telah mencipta menu “1+1 Cham Peng” iaitu satu minuman gabungan dari kopi Hainan dan teh. Menu istimewa ini telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk tempatan.

Selain menu “1+1 Cham Peng” , kedai ini juga menyajikan pelbagai pilihan menu untuk sarapan. Menu tersebut termasuk roti bakar, telur separuh masak dan juga aneka pastri seperti croissant dan donut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://thongkee.com.my/ atau hubungi 03-7496 6847


     Chong Kok Kopitiam by cheejinqshyan_188 @ IG

3) Chong Kok Kopitam, Klang

Dahulu merupakan sebuah hotel namun kini ia merupakan sebuah kedai kopi klasik yang sangat diminati oleh semua bangsa dari penduduk tempatan. Kedai Chong Kok Kopitiam telah mula beroperasi sejak tahun 1940. Di kedai ini, korang boleh saksikan sekumpulan pelanggan terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa menikmati hidangan kopi dan roti bakar mereka bersama-sama. 
Uniknya, kedai ini menyediakan menu telur separuh masak dengan menggunakan mesin khas untuk proses penyediaan. Cara ini menjadikan telur separuh masak mereka lebih sedap dan berkrim berbanding menggunakan cara klasik sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 3371 0996

    Nam Wah Kopitiam by Nam Wah Kopitiam Bt 18 @ FB
4) Nam Wah Kopitiam Bt 18, Hulu Langat

Satu lagi kedai kopitiam klasik di Negeri Selangor terletak di Daerah Hulu Langat. Kedai ini adalah salah satu lokasi persinggahan yang terkenal dalam kalangan penunggang basikal kerana kedai ini terletak berdekatan dengan trek laluan basikal semula jadi yang agak mencabar. 
Jadi, tidak hairanlah jika korang bertemu dengan ramai penunggang basikal ketika korang menjamu selera di kedai ini. Istimewanya kedai kopitiam ini adalah kerana ianya menyajikan menu roti bakar bersama kaya atau kuah kari ayam yang dimasak sendiri oleh pemilik kedai ini.


   Kedai Makan Hailam Sun Sun Nam Cheong by carrine.yap @ IG
5) Kedai Makan Hailam Sun Sun Nam Cheong, Hulu Selangor

Sun Sun Nam Cheong merupakan antara salah satu kedai kopitiam yang telah lama beroperasi dengan resipi asli mereka yang berusia 100 tahun. Selain kopi, menu yang istimewa di kedai ini adalah Chicken Chop Hailam dan juga Mi Hailam. Chicken Chop Hailam merupakan menu yang dicipta oleh kaum Hainan yang telah berhijrah ke Malaysia. 
Mereka kemudian kebanyakannya berkhidmat di bawah kuasa penjajah British. Justeru, menu ini dicipta dengan konsep gabungan citarasa Barat dan Cina. Sebagai kedai yang mempunyai sijil halal, menu makanan di kedai ini disediakan dengan bahan masakan yang halal. Jadi korang  boleh menjamunya tanpa ragu-ragu.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-6064 1168


Baca Juga: 6 Pantai Di Selangor Yang Boleh Korang Terjah!

Menu Kopitiam Cukup Menyelerakan
Wah, menyelerakan sungguh seleksi menu kopi dan roti bakar yang disediakan oleh kedai-kedai Kopitiam yang disenaraikan di atas! Tidak dinafikan, kedai kopitiam digemari oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira kaum, bangsa dan agama. Jangan lepaskan peluang korang untuk merasai sendiri menu kopitiam asli di sekitar Negeri Selangor!

Namun, ketika musim pandemik Covid-19 ini, korang perlulah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Sentiasa pastikan penjarakan sosial, memakai topeng muka di tempat umum serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.

Untuk informasi selanjutnya, korang boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
#ImagineNowExperienceSoon
Jumpa lagi

Lurve,Sis Anie Mohamed

















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2021/10/kedai-kopitiam-sekitar-negeri-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nikmati Masa Menyeronokkan Di 4 Taman Tema Air Di Negeri Selangor

Nikmati Masa Menyeronokkan Di 4 Taman Tema Air Di Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 330 hits
Tempat Pelancongan Riadah Paling Ditunggu tunggu Kini Dibuka untuk Hiburan Seisi Keluarga Taman tema air di Negeri Selangor telah mula beroperasi semula selaras kelonggaran dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara Bersedialah untuk membawa anak ...
Aktiviti Pendakian Dibenar Di Hutan Taman Negeri Selangor

Aktiviti Pendakian Dibenar Di Hutan Taman Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 175 hits
Oleh Gambar hiasan SHAH ALAM Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengumumkan senarai kawasan Hutan Taman Negeri yang dibenarkan untuk aktiviti pendakian bagi tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara Menerusi hantaran di laman Facebook JPNS memak...
Perjalanan Pertama Dari Selangor Ke Utara Naik Feri Ke Langkawi Bila Rentas Negeri Di Benarkan

Perjalanan Pertama Dari Selangor Ke Utara Naik Feri Ke Langkawi Bila Rentas Negeri Di Benarkan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 231 hits
Lega rasanya Dah boleh merentas negeri mulai 11 Oktober 2021 yang lalu Setelah lama menanti tak bergerak pintu perjalanan dibuka semula Rasa macam air tengah naik lalu empangan dibuka Air keluar laju dari tempat tinggi menuju ke tempat rend...
Kes Tapak Pembuangan Sampah Haram Selangor Turun Kata Exco

Kes Tapak Pembuangan Sampah Haram Selangor Turun Kata Exco

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 323 hits
Akta akta sedia ada dan tindakan penguatkuasaan oleh PBT di Selangor didapati memadai buat masa ini untuk menangani isu tempat pembuangan sampah haram menurut Ng Sze Han SHAH ALAM Statistik daripada Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan kes b...
Floods Number Of Evacuees Rises In Melaka Situation Improves In Selangor

Floods Number Of Evacuees Rises In Melaka Situation Improves In Selangor

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 199 hits
KUALA LUMPUR The number of flood victims in Melaka continued to rise on Friday morning while the situation of flash floods that hit several areas in Selangor is improving In MELAKA the number of flood evacuees rose to 1 105 people from 283 ...
Jjcm 5 Jelajah Selangor Part 1

Jjcm 5 Jelajah Selangor Part 1

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 223 hits
Atas permintaan ramai yang minta saya kongsikan tempat makan dan tempat menarik sepanjang Program Jalan Jalan Cari Makan geng ethica iaitu Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya yang ke 5 Jelajah Selangor maka saya k...
Selangor Mulai Vaksin Remaja 24 Oktober

Selangor Mulai Vaksin Remaja 24 Oktober

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 222 hits
Kerajaan Negeri Selangor akan mula memberi vaksin Covid 19 kepada remaja menerusi Program SelVax Remaja bagi yang berumur 12 tahun ke atas bermula 24 Oktober ini Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari program pertama kali ...
Dun Melaka Dibubar Pilihan Raya Negeri Jadi Pilihan Atasi Kemelut Politik

Dun Melaka Dibubar Pilihan Raya Negeri Jadi Pilihan Atasi Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 213 hits
Malaysiakini Akhirnya kemelut politik di Melaka akan diselesaikan dengan mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan negeri kepada pengundi Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Ab Rauf Yusoh sebentar tadi mengumumkan cadangan agar diadakan ...
Exco Selangor Maki Penjawat Awam Mb Kata Akan Beri Nasihat Video

Exco Selangor Maki Penjawat Awam Mb Kata Akan Beri Nasihat Video

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 189 hits
KLANG Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan memberi nasihat kepada semua pihak yang terlibat dalam video dikatakan membabitkan seorang exco kerajaan negeri dan kumpulan penjawat awam yang tular di media sosial Amirudin menga...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Haniz Zalikha Pernah Makan Kat Ee Ji Ban Ya

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan