Kangkung Goreng Belacan Resepi Simple Namun Sedap


Assalamualaikum,Selamat pagi semua

Sambil layan episod 33 Jangan Menangis Cinta, sambil tu update blog. Lama betul Fiza tak update blog yea. Sepanjang bulan puasa, sepatutnya ada je masa untuk update blog. Cuma tula, Fiza je tak nak ambik peluang. 
Tak pela, yang penting nak update blog pun kena ada mood jugak. Betul tak? Ni mood dah datang, apalagi... Kita layan kan jelah

Jadi, Post kali ni Fiza saja nak share satu menu berasaskan kangkung. Lagipun, bila check labels resepi di blog Fiza ni. Fiza tak pernah lagi share resepi yang berasaskan kangkung. Padahal selalu je masak. Fiza suka makan kangkung, sebabnya bila makan kangkung lawas pulak 'membuang'. Huhu..

Walaupun resepinya tersangatlah mudah... Tapi, Fiza nak jugak share di sini sebagai tambahan koleksi resepi. 

Resepi Kangkung Goreng Belacan Udang KeringNak masak kangkung belacan ni mudah sangat sebenarnya. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Antaranya :-
1. Seikat kangkung yang telah dipotong2. Sedikit udang kering3. 3 ulas bawang putih4. 2 ulas bawang merah5. Sedikit belacan6. Cili ikut kepedasan masing-masing7. Minyak untuk menumis 8. Perencah secukup rasa Maggie dan9. Sedikit air
Cara masak pulak. Pertama, tumbuk kesemua bahan (2) hingga (6) sampai halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau. Bila dah naik bau, masukkan kangkung dan sedikit air. Tak perlu banyak yea airnya. Buat macam tumis kering gitu. Hehe..

Perasakan dengan secukup rasa Maggie dan gaul sampai masak. Lebih kurang 10 minit macam tu, dah boleh dihidangkan. Fiza kalau sayur, bila time nak makan baru masak... Sebab sayur tak lama untuk dimasak. Lagi satu, lebih sedap masak terus makan. Fresh gitu. 
Mudah sangat. Kan

Resepi ni lebih kurang sama dengan resepi kangkung belacan ala Thai. Tapi guna udang segar. Bukan udang kering. Then, ada jugak yang letak sos tiram untuk kelainan rasa. Tak cukup itu, ada jugak yang lansung tak letak udang mahupun belacan macam mak Fiza. Just tumis kering je. Pun sedap. Pendek kata, kangkung adalah antara menu paling simple untuk dimasak

Pendek kata, bahan lebih kurang sama. Just ubah sikit-sikit je. Next time Fiza letak udang segar pulak. Selain letak udang, kangkung masak kicap letak sotong pun sedap. Korang pernah try? Serius sedap

Nanti Fiza share cara nak masak kangkung kicap dengan sotong, bila ada kelapangan. Okeh

Alang-alang dah bercerita tentang kangkung. Nak jugak share tentang kebaikannya

6 Khasiat Utama KangkungActually, kangkung mempunyai banyak khasiat. Antaranya :-
1. Mengurangkan Risiko Sakit JantungKandungan nutrien berkhasiat di dalam kangkung seperti vitamin A, vitamin C dan Beta karotena yang tinggi boleh menghalang pengoksidaan kolesterol dengan berfungsi sebagai antioksida. Ini boleh menghalang penyumbatan arteri-arteri dan menurunkan risiko penyakit jantung. Selain itu, folat di dalam kangkung boleh menurunkan kadar homosistein di dalam darah yang mana dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan serangan jantung atau strok

2.  Melancarkan Proses PenghadamanKangkung jugak mempunyai kandungan serat yang tinggi di mana 100-grams kangkung mengandungi 2.1gram serat. Kangkung merupakan serat tidak larut yang bersifat tidak larut dalam air. Ia dapat melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar

3. Mencegah Penyakit Kencing ManisKandungan serat dalam kangkung jugak dapat mengawal paras gula dalam darah secara perlahan supaya gula dalam darah tidak naik secara mendadak

4. Memelihara Kesihatan MataKangkung mengandungi komponen zeaxanthin dan lutein, iaitu komponen yang memberi warna dalam sayur-sayuran. Komponen ini dapat mengurangkan risiko Degenerasi Makula dan katarak yang merupakan penyebab kebutaan. Ia berfungsi untuk menapis sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina. 
5. Menguatkan TulangNutrien seperti kalsium dan magnesium sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Setiap 100g kangkung memenuhi 8% keperluan kalsium dan 18% keperluan magnesium dalam sehari. Pengambilan kangkung yang kerap boleh menghalang daripada osteoporosis atau kerapuhan tulang. Kita yang dah meningkatkan usia ni bolehla selalu makan kangkung. Kan

6. Meningkatkan Sistem Imun Badan Kandungan vitamin A, vitamin C, vitamin E, magnesium dan zink yang tinggi dalam kangkung jugak dapat membantu melawan jangkitan dan menghasilkan sel-sel yang diperlukan bagi menyokong sistem ketahanan badan

Tu antara 6 kelebihan yang terdapat dalam sayur kangkung. Semoga ia bermanfaat buat semua. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca yeah. Selamat hari raya semua. 
#kangkunggorengbelacan#resepimasakankampung


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizacrochet.com/2022/05/kangkung-goreng-belacan-resepi-simple.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Siakap Goreng Garing Sos Thai Simple

Resepi Siakap Goreng Garing Sos Thai Simple

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca Lama tak kongsi resepi di blog ini al maklum lama juga tak masak di dapur sendiri Hujung minggu begini saya akan masak lauk simple for lunch Kebetulan stock lauk dalam fridge tak ba...
Resepi Bihun Sup Utara Simple Sangat Dan Sedap

Resepi Bihun Sup Utara Simple Sangat Dan Sedap

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 195 hits
Resepi Bihun Sup Utara Simple Sangat Dan Sedap Salam semua sis antara peminat bihun sup tak kiralah bihun sup daging ke sup ayam ke sup tulang ke memang feveret Kalau sebut bihun sup setiap negeri ni ada keunikan masing masing Korang yang p...
Bakwan Paling Rangup Simple Bubuh Banyak Sayur Lagi Sedap

Bakwan Paling Rangup Simple Bubuh Banyak Sayur Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 187 hits
Bakwan sejenis snek yang seakan sama seperti cucur udang atau bilis tetapi mengandungi lebih banyak sayuran Sesuai sangat dinikmati untuk sajian minum petang Wajib cuba resipi Bakwan yang sangat mudah ini Lagi sedap kalau dapat makan Bakwan...
Rahsia Nasi Goreng Cili Padi Sedap Rupanya Kena Tambah Isi Ikan Goreng

Rahsia Nasi Goreng Cili Padi Sedap Rupanya Kena Tambah Isi Ikan Goreng

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 143 hits
Nasi Goreng Cili Padi apa kata anda cuba untuk menu sarapan pagi Istimewanya resipi Nasi Goreng Cili Padi yang dikongsikan oleh ini dicampur dengan isi ikan goreng Ramuan inilah yang membuatkan Nasi Goreng Cili Padi jadi bertambah sedap Mes...
Resipi Ayam Goreng Rempah Sempoi Sedap Juicy Memang Best

Resipi Ayam Goreng Rempah Sempoi Sedap Juicy Memang Best

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 160 hits
Ayam Goreng Rempah sememangnya digemari ramai tidak kira yang muda atau tua Kombinasi rasa rempah dan isi ayam yang digoreng rangup memang enak sekali andai dinikmati bersama nasi Bagi anda yang sukakan menu Ayam Goreng ala kedai mamak resi...
Resepi Mee Goreng Ayam Masakan Sabah

Resepi Mee Goreng Ayam Masakan Sabah

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 419 hits
AssalamualaikumBismillahHai hari ini aku mahu kongsikan dengan korang masakan sabah which is masakan aku lah hehe iaitu Mee Goreng Ayam ataupun Mee Goreng Kicap Kenapa aku kata masakan Sabah Sebab ada bahan dalam masakan ini hanya dari saba...
Resepi Mee Kari Simple Untuk Rumah Terbuka Memang Padu

Resepi Mee Kari Simple Untuk Rumah Terbuka Memang Padu

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 252 hits
Mee Kari antara juadah yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang pedas berlemak digabungkan dengan rasa kenyal mi Memang dapat memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya Mee kari ini juga bolehlah menjadi juadah untuk dihidangkan ke...
Resepi Koay Teow Thng Sedap Mudah Minyak Bawang Putih Rahsia Penyedapnya

Resepi Koay Teow Thng Sedap Mudah Minyak Bawang Putih Rahsia Penyedapnya

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 139 hits
Tengah fikir nak buat menu open house raya yang mudah tapi sedap Boleh cuba menu ni serius sedap Selain rendang nasi impit nasi beriani roti jala satay menu koay teow thng chinese style salah satu pilihan resepi yang patut dicuba dan boleh ...
Resepi Onde Onde Atau Buah Melaka Jom Buat Confirm Sedap Dan Menjadi

Resepi Onde Onde Atau Buah Melaka Jom Buat Confirm Sedap Dan Menjadi

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 147 hits
Siapa suka makan kuih onde onde atau buah melaka Kalau suka kita memang boleh jadi geng ya Sejak kecil lagi sis memang suka makan onde onde Dulu dulu mak sis selalu buat dan itulah antara kuih tradisional yang kerap dijadikan salah satu meu...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur