Kalau Mahu Hidup Bahagia Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri



Sekarang aku mahu ceritakan kisah aku sedikit. Selepas berkawan dengan teman lelaki aku selama setahun, dia ajak aku kahwin. Perkara pertama yang aku tanya adalah mahu tinggal di mana nanti selepas berkahwin? Aku tidak ada masa untuk bermanja-manja merancang jumlah anak nanti dan kusutkan kepala fikirkan nama anak apa kerana bagi aku, untuk membina keluarga baru, perkara asasnya tentulah sebuah kediaman untuk tinggal bersama-sama sebagai pasangan suami isteri

Bukan mahu menjadi mata duitan perlu beli rumah dulu atau apa, bagi aku, kalau tidak dapat beli, menyewa dulu pun tidak mengapalah. Tidak kisahlah tidur bertilam toto atau makan nasi dengan kicap sekali pun. Mahu bina keluarga mahu kahwin dan keluar dari rumah milik keluarga

Aku sangat bertegas di dalam hal ini sebab adik beradik aku ramai, aku pun berkongsi bilik dengan adik perempuan aku. Mak aku memang tegas kalau anak-anak sudah berkahwin, sila pindah keluar supaya dapat memberikan ruang kepada adik-adik lain. Aku faham maksud mak aku yang bukanlah niat dia untuk menghalau. Tetapi mahu kita suami isteri ada tanggungjawab

Jadi suami aku, dua bulan sebelum majlis kahwin sudah bayar deposit rumah sewa siap-siap. Pindahkan sikit-sikit barang-barang aku dari rumah ibu bapa aku, yang tinggal di sana hanya sedikit baju untuk aku pakai nanti


Ada juga masa beraya ke rumah bakal mentua, bapa dia cakap dengan aku tidak payah membazir menyewa, duduk saja di rumah dia, ada banyak bilik kosong. Memanglah banyak bilik kosong sebab abang dan kakak dia sudah berkahwin dan tinggal di negari yang berbeza. Dua lagi adik dia kini berada di asrama. Jadi yang tinggal di rumah itu cuma seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki

Aku senyum saja, tetapi dengan suami aku cakap terus terang yang aku tidak mahu tinggal di rumah mentua selepas berkahwin nanti. Sebab apa, nanti bila masa cuti sekolah ke, sah-sah rumah itu jadi penuh dengan yang sudah berkahwin itu pun balik untuk menjenguk mak dia. Habis kau rasa, kau boleh selesa ke? Terus terang kalau kena menetap di rumah mentua selepas berkahwin, baik tidak payah berkahwin dulu

Baik tinggal di rumah ibu bapa aku saja, lebih selesa. Tolong jangan jadikan gaji kecil sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal untuk isteri ya

Suami aku pun gaji pokok dia hanya tiga angka semasa berkahwin. Maka selepas bertunang, kami tidak selepas keluar. 3 bulan seklai baru berjumpa. Dia pulut OT banyak-banyak sebab tahu mahu ambil anak orang. Pandai-pandailah dia cari jalan. Aku pun tidak minta rumah itu mesti tersedia semua. Awal-awal kahwin mesin basuh pun tidak ada

Maka, menyentallah aku basuh baju dengan tangan. Tapi tidak mengapa, asalkan bukan serumah dengan mentua. Jangan salah faham ye, bukan aku tidak suka dengan keluarga mentua aku. Aku rapat saja dengan mak mentua dan ipar duai semua dan disebabkan mahu menjaga hubungan yang rapat itulah aku tidak mahu tinggal sebumbung dengan mereka sebab cara kita dibesarkan memang tidak serupa. Sudah kalau kau membesar seperti angsa yang serba cantik serba sempurna, lepas itu kau masuk dalam keluarga jenis seperti ayam yang berak merata, mahu atau tidak, kau haruslah jadi ayam sama. Inilah yang terjadi pada Liza tu

Jadi, ada hikmahlah jugak si Liza itu tidak ada anak. Sebab apa? Kalau setakat hidup berdua pun sudah tidak mampu untuk sediakan rumah, nanti kalau sudah ada 3 raong anak pun, belum tentu tinggal di rumah sendiri. Maka, setiap malamlah tinggal berhimpit-himpit 5 beranak di dalam bilik yang sama. Di situlah baju kau, baju anak-anak kau, tidak rimas ke

Melainkan kalau rumah rumah mentua kau sebesar rumah Yusof Haslam tu ok lah. Rumah besar, banyak tingkat. Ini tidak tidak, sudah tahu jumlah bilik ada berapa pun ada hati mahu menyempit lagi di dalaam rumah itu, Itu bukan kata susah senang bersama, tetapi sengaji mencari penyakit

Maaflah wanita semua sebab aku sangat menyampah baca kisah menantu yang menderita hidup serumah dengan mentua sebab bagi aku, kau yang pilih jalan itu pada awalnya, jadi buat apa mahu mengeluh? Buat apa disalahkan keluarga mentua sebab yang salah adalah kau dan suami yang bimbang untuk bina keluarga di dalam rumah yang mana awak sendiri boleh jadi surinya

Kononnya mahu tinggal di rumah keluarga sementara. Tetapi sementara itu sampai bila? Tunggu apa? Hujan emas dari langitkah? Akhirnya, kau yang mereput di rumah itu meratapi nasib sedangkan kau sendiri yang menempah maut

Aku ada saja kawan yang senasib dengan Liza ini. Orang jauh pantai timur. Teman lelaki orang Selangor. Puas aku nasihatkan tetapi mahu juga berkahwin juga dan lepas itu tinggal sebumbung dengan mentua. Ha sekarang sudah 5 tahun kurus kering dibuatnya. Hidup semakin makan hati. Makan tengahari jangan cakaplah. Hari-hari bawa bekal. Kadang-kadang nasi goreng dengan telur saja. Kadang-kadang, sayur kubis semata-mata

Dari raut wajah dia pun aku boleh tahu yang kehidupan dia tidak segembira sewaktu bujang dahulu semasa masih tinggal menyewa dengan rakan-rakan yang lebih gembira. Paling aku kasihankan kita ini ada mak, kadang-kadang bila mak itu teringin untuk berjalan dan menjenguk menantu dan cucu. Jadi bila mak dia datang sini, bukannya datang ke rumah anak, tetapi ke rumah besan dia

Sekian nasihat daripada aku, akak yang sudah 11 tahun hidup berumahtangga. Alhamdullilah bahagia dan dah berjaya beli rumah sendiri

Sumber: https://ift.tt/2UZqC8i

from Sehinggit Media https://ift.tt/2IzzdXS
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/03/kalau-mahu-hidup-bahagia-janganlah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Film Untuk Rayakan Hari Perempuan Internasional Ibu Rumah Tangga Pun Punya Perjuangan Sendiri Lo

5 Film Untuk Rayakan Hari Perempuan Internasional Ibu Rumah Tangga Pun Punya Perjuangan Sendiri Lo

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 282 hits
Pengalaman tokoh Kim Ji Young sebagai ibu rumah tangga ini nyesek banget Bukan mau bilang semua ibu rumah tangga nggak happy lo cuma ternyata banyak yang mengalami pergelutan batin seperti dalam film ini
Tak Tahan Ibu Bapa Selalu Bertengkar Anak 11 Tahun Maut Terjun Dari Bangunan Rumah

Tak Tahan Ibu Bapa Selalu Bertengkar Anak 11 Tahun Maut Terjun Dari Bangunan Rumah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 274 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun terjun dari tingkat 39 bangunan kediamannya pada 26 November lalu kerana tidak tahan dengan ibu bapanya yang selalu bertengkar Keluarga berkenaan tinggal di sebuah pangsapuri di barat Hanoi Pas...
Demi Anak Kehendak Sendiri Diketepikan Ini Kos Sebenar Ibu Bapa Tanggung Setiap Bulan

Demi Anak Kehendak Sendiri Diketepikan Ini Kos Sebenar Ibu Bapa Tanggung Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 297 hits
Kos hidup di Malaysia pada masa ini memang meningkat saban tahun tetapi jika nafsu kita juga meningkat maka muncullah masalah Jika kita pandai menguruskan kehidupan kita hidup dalam keadaan ekonomi yang bobrok macam mana sekalipun Terbaru s...
Nak Sangat Masuk Syurga Usahalah Sendiri Anak Alami Depression Akibat Terlalu Ditekan Ibu Bapa

Nak Sangat Masuk Syurga Usahalah Sendiri Anak Alami Depression Akibat Terlalu Ditekan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 468 hits
Nak sangat masuk syurga usahalah sendiri Anak alami depression akibat terlalu ditekan ibu bapaKehidupan setiap individu berbeza beza Ada kelebihan dan kekurangan masing masing Ada juga yang berasa sedih dan duka dengan kehidupan tetapi ada ...
Buru Buronan Kpk Geledah Rumah Ibu Mertua Nurhadi

Buru Buronan Kpk Geledah Rumah Ibu Mertua Nurhadi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 221 hits
Tim penyidik Komisi Pemberantasan Korupsi menggeledah kediaman ibu dari Tin Zuraida di Tulungagung Jawa Timur Tin merupakan istri dari mantan Sekretaris MA Nurhadi Dia juga diketahui bekerja sebagai Staf Ahli Bidang Politik dan Hukum Kemenp...
Kisah Ibu Mertua Disihir Mertua Sendiri

Kisah Ibu Mertua Disihir Mertua Sendiri

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 208 hits
Kisah seram kali ini admin berkongsi daripada salah seorang wanita yang dia tidak mahu disebutkan nama sebenar kisah benar ini terjadi seorang wanita bernama Noraishah dikatakan dia sekarang sudah berpisah dengan suami Walaupun dia berasa b...
Suruh Bini Cantik Dlm Rumah Tapi Dia Sendiri Pakai Kain Pelikat Tak Pakai Baju Ustaz Syamsul Debat

Suruh Bini Cantik Dlm Rumah Tapi Dia Sendiri Pakai Kain Pelikat Tak Pakai Baju Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 738 hits
Suruh Bini Cantik Dalam Rumah Tapi Dia Sendiri Pakai Kain Pelikat Tak Pakai Baju Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Sekolah Sikap Ibu Bapa Dulu Sekarang

Sekolah Sikap Ibu Bapa Dulu Sekarang

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 615 hits
Master bercerita kepada Tedi Sikap ibu bapa terhadap guru amat berbeza jika dibandingkan dulu dan sekarang Apa yang bezanya master Dulu ibu bapa ajar anak hormati guru Jika guru menghukum anak mereka siaplah pelajar itu jika ibu bapa mereka...
Ibu Bapa Meninggal Selang Beberapa Jam Enam Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Ibu Bapa Meninggal Selang Beberapa Jam Enam Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 662 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Begitulah nasib yang menimpa enam beradik di Balikpapan Indonesia yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dunia semalam Difahamkan kedua ibu dan bapa enam kan...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Always Evolving Explore The Latest Offerings At Bandarbetvip

Menang Dipuji Kalah Dicaci Begitulah Nasib Salah Di Liverpool

Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus Ini Tanda Tandanya

Rm1 500 Pay And No Retirement Plan Why Teachers In Pas Linked Kindergarten Pasti Are Disgruntled

A Tale Of Two Leaders

Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord