Jika Di Bawah Berpecah Di Pusat Boleh Juga Berpecah Tegas Hamzah


agendaily.com20/11/2021
Perikatan Nasional (PN) melancarkan gerakan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka, hari ini.Gambar FB Mas Ermieyati Samsudin
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sependapat dengan Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai hubungan kedua-dua parti pada peringkat Kerajaan Pusat yang boleh menjadi asas kepada kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bercakap pada sidang media selepas pelancaran ‘Gempur PN Melaka’ hari ini, beliau yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata, kerjasama politik yang berlaku di peringkat Pusat boleh dipraktikkan pada PRN nanti.

“Kerajaan Pusat telah membuktikan bahawa kita boleh bekerjasama. Jadi bukan (setakat) hanya di Melaka, semua negeri boleh adakan kerjasama itu dan tidak timbul soal perpecahan.

“Bukan bersedia (kerjasama), tetapi matlamat kita adalah tidak ada perpecahan (kerana) apabila ada perpecahan semua boleh berpecah-belah bukan hanya di peringkat atasan tetapi bawahan dan kita tidak lagi mahu lihat rakyat berpecah,” katanya.

Sebelum ini, Shahidan memberi formula mudah dan lebih realistik berhubung PRN Melaka, sekali gus menyanggah pendapat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mahu parti itu dan Barisan Nasional (BN) bertanding sendirian.

Menurut Ahli Parlimen Arau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu, UMNO perlu mengambil kira realiti politik semasa berhubung kerjasama dengan PAS dan Bersatu pada PRN Melaka.

Ini kerana Kerajaan Pusat sekarang ini yang diterajui Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri turut mendapat sokongan PAS dan Bersatu, katanya.

“Kalau kita bergaduh dalam PRN Melaka, tetapi apabila balik ke Putrajaya kita kembali berkawan, ini boleh menyebabkan rakyat tak gembira, silap-silap rakyat makin benci.

“Maka, pandangan UMNO Arau mesti ada kerjasama parti politik Bumiputera terutama dengan PAS dan Bersatu. Jangan ambil prinsip yang merugikan,” kata Shahidan.

Shahidan adalah antara pemimpin kanan UMNO, selain Ismail Sabri, Ahli Parlimen (MP) Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; dan MP Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz, yang menolak tindakan Zahid dan 14 MP UMNO lain menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan PN sebelum ini.

Zahid dalam satu wawancara dalam talian Isnin lalu berkata, UMNO dan BN akan bertanding secara bersendirian pada PRN Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS.

Zahid dengan angkuhnya berkata ‘no way’ terhadap sebarang bentuk kerjasama dengan Bersatu sama ada dalam PRN Melaka mahupun pilihan raya umum (PRU).

Bagaimanapun, hari ini Zahid membuat pusingan-U apabila mengumumkan setakat ini masih tiada keputusan muktamad diputuskan berhubung sebarang bentuk kerjasama dengan parti-parti lain bagi menghadapi PRN Melaka. Berita berkaitan

“Bahawa keputusan muktamad untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan mana-mana pihak belum diputuskan,” kata Zahid pada sidang media sejurus perasmian jentera parti itu di Melaka hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata PN akan mengumumkan bentuk kerjasama bersama rakan politik termasuk UMNO dan BN bagi menghadapi PRN itu dalam masa terdekat.

Katanya, pemimpin parti komponen PN termasuk Bersatu, Gerakan dan PAS akan mengadakan perbincangan dengan rakan politik lain untuk membentuk kerjasama berkenaan.

“Kita akan mula berbincang, yang mana PAS juga akan mengadakan perbincangan… dan wakil-wakil pimpinan PN juga akan berbincang dengan pemimpin BN yang lain,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN Melaka akan diadakan dengan penamaan calon akan dilakukan 8 November, manakala pengundian awal ditetapkan 16 November dan hari mengundi pada 20 November.

Kerajaan Melaka pimpinan UMNO dibawah Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali jatuh selepas tindakan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terdiri daripada dua wakil UMNO, satu Bersatu dan satu Bebas menarik sokongan terhadapnya sehingga hilang majoriti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/jika-di-bawah-berpecah-di-pusat-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Di Bawah 12 Tahun Sudah Boleh Masuk Mal Di Tangerang Taman Belum Dibuka

Anak Di Bawah 12 Tahun Sudah Boleh Masuk Mal Di Tangerang Taman Belum Dibuka

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 217 hits
Pemerintah Kota Tangerang memberi kelonggaran aktivitas masyarakat di masa perpanjangan PPKM Level 3 Sarana olahraga sudah diizinkan beroperasi maksimal 50 persen dari kapasitas dan anak usia di bawah 12 tahun dibolehkan masuk mal dengan pe...
6 Pantai Di Selangor Yang Boleh Kita Terjah Hujung Minggu Ini

6 Pantai Di Selangor Yang Boleh Kita Terjah Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 375 hits
Dah ada plan hujung minggu nie Jom tenangkan diri dengan menikmati suasana laut Ada 6 pantai di Selangor yang boleh kita terjah di hujung minggu nanti Negeri Selangor kini telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara Sis yakin ramai yang me...
Iqbal Tawar Rm500 000 Cari Individu Boleh Buat Lagu

Iqbal Tawar Rm500 000 Cari Individu Boleh Buat Lagu

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 361 hits
PETALING JAYA Nama Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila dia menawarkan sebanyak RM500 000 kepada sesiapa yang boleh menulis lirik dan merakamkan klip muzik video untuk lagunya Menerusi perkongsian Iqbal di dal...
Tak Sampai 24 Jam Kerajaan Umum Boleh Rentas Negeri Norman Hakim Terkejvt Abby Abadi Memey Dah Siap Plan Nak Bercuti

Tak Sampai 24 Jam Kerajaan Umum Boleh Rentas Negeri Norman Hakim Terkejvt Abby Abadi Memey Dah Siap Plan Nak Bercuti

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 305 hits
Pelakon Norman Hakim memuat naik beberapa foto perbualan Whatsapp di antara isterinya Memey Suhaiza dan bekas isterinya iaitu Abby Abadi Menerusi perbualan tersebut Abby dan Memey kelihatan bersungguh sungguh melakukan persiapan mengenai pa...
Satgas Covid 19 Segera Umumkan 18 Negara Boleh Masuk Ri

Satgas Covid 19 Segera Umumkan 18 Negara Boleh Masuk Ri

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 241 hits
Wiku memastikan pembukaan kedatangan pelaku perjalanan internasional ke Indonesia dilakukan secara hati hati Salah satunya dengan pertimbangan penetapan negara asal kedatangan
Orang Malaysia Sudah Boleh Pergi Melancong Ke 15 Negara Luar Ini Dengan Syarat

Orang Malaysia Sudah Boleh Pergi Melancong Ke 15 Negara Luar Ini Dengan Syarat

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 373 hits
Semalam kerajaan dah umum yang kita dah boleh berjalan ke luar negara tanpa MyTravelPass Tapi mungkin korang tertanya tanya kita memang lah dah boleh jalan ke luar negara tapi negara mana yang akan terima pelancong dari negara luar ataupun ...
Jin Syaitan Tidak Boleh Dilihat

Jin Syaitan Tidak Boleh Dilihat

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 236 hits
Oleh Ustaz Idris SulaimanAlam jin berbeza dengan alam manusia Jin dicipta daripada api manakala manusia daripada tanah Mengapa dinamakan jin Kerana jin terlindung dan tertutup daripada pandangan manusia Kata Ibnu Aqil Dinamakan jin sedemiki...
Kek Span Tembikai Moist Lembut Dan Terlajak Gebu Tak Sampai Sehari Boleh Habis Licin

Kek Span Tembikai Moist Lembut Dan Terlajak Gebu Tak Sampai Sehari Boleh Habis Licin

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 206 hits
Kek span antara kek kegemaran anak anak kerana rasanya yang lembut dan berlemak ditambah pula dengan hiasan yang menarik di atas kek tersebut Kali ini kami kongsikan resipi kek span tembikai yang sangat sedap dan moist Jom ikuti resipi ini ...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun

Mb S Son Five Others Remanded In Rm600 000 False Claim Probe Under Macc

Dilema Calun Prk Kkb Melayu Atau Cina

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan