Hari Terbuka Dan Pelancaran Kvclean Anjuran Kopetro


Hari Terbuka Dan Pelancaran KVClean Anjuran KOPETRO | Assalamualaikum semua.. Sekali lagi sis dijemput oleh pihak KOPETRO untuk menjadi saksi kepada majlis yang meriah iaitu Hari Terbuka Dan Pelancaran KVClean yang bertempat di ruang legar Megan Avenue II di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Macam biasa la, ramai betholll para tetamu yang hadir


Hari Terbuka KVClean juga telah dihadiri wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga, wartawan media cetak dan media elektronik serta para jemputan yang berada di sekitar kawasan Megan Avenue II. Turut sama hadir memberikan sokongan terhadap program ini ialah wakil-wakil daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa)


Bagi yang belum mengetahui mengenai KOPETRO, atau Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan dan Peruncitan. Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 2 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards. Masa Hari Terbuka ni juga ada jualan promosi pakej produk-produk KOPETRO






Bagi KVClean pula mula beroperasi sejak April 2019, KVClean menawarkan servis penjagaan dan pembersihan lengkap termasuk servis penyelenggaraan penyaman udara, pembersihan kediaman, pejabat dan bangunan komersial serta servis disinfeksi. Kesemua perkhidmatan KVClean dikendalikan oleh mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ini bagi memastikan pelanggan mendapat servis yang terbaik


Pengerusi Bahagian Perdagangan & Servis Peruncitan, Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Abdul Rahman memberitahu dalam ucapan pembukaannya bahawa Hari Terbuka KVClean diadakan bagi memperkenalkan jenama dan produk KVClean secara rasmi kepada masyarakat

“Masyarakat menjadi lebih prihatin tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat kediaman sejak dunia dilanda wabak Covid-19. Persekitaran yang selamat dan bersih amat dititikberatkan orang ramai demi menyambung kelangsungan hidup dan meneruskan produktiviti perniagaan dalam mengharungi kehidupan pasca Covid-19” ujar Wan Ahmad Tarmizi.
Bertemakan ‘Green & Clean’, KVClean beraspirasi untuk menjadi sebuah jenama yang melindungi alam sekitar dan menjadi pemangkin dalam merencanakan kesejahteraan alam sekitar. Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan dan produk penjagaan kebersihan di dalam kediaman dan ruang pejabat, KVClean juga menawarkan pakej pemasangan Panel Tenaga Solar bagi pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar. Penggunaan panel tenaga solar dapat memberi kesan positif kepada Rumah Hijau serta menjimatkan kos elektrik kediaman


Haa, sape yang datang majlis ni siap ada tawaran istimewa tau. KVClean menawarkan ‘Promosi Hari Terbuka KVClean’ yang merupakan pakej penyelenggaraan penyaman udara serendah RM50 satu unit sebulan, manakala bagi pembersihan pejabat, harga serendah RM399 sebulan ditawarkan bagi 8 sesi pembersihan selama 2 jam setiap sesi. Kedua-dua promosi ini sah bagi tempoh kontrak selama setahun khas buat pelanggan yang mendaftar pakej yang ditawarkan sepanjang majlis berlangsung. Uishhh, serius murah tuuu.



Tapi sape-sape yang tak pergi jangan khuatir. Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan bagi servis yang disediakan oleh KVClean boleh berbuat demikian menerusi aplikasi Whatsapp di talian 013-399 6788. Mana tau masih ada lagi promosi-promosi akan datang, haaa boleh mendapat butiran lanjut mengenai promosi dan senarai perkhidmatan daripada KVClean dengan mengikuti akaun media sosial @KVClean di Facebook & Instagram.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2022/09/hari-terbuka-dan-pelancaran-kvclean.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kvclean Kopetro Menawarkan Harga Pakej Pembersihan Yang Cukup Istimewa

Kvclean Kopetro Menawarkan Harga Pakej Pembersihan Yang Cukup Istimewa

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 172 hits
Hi Korang Sangat meriah majlis Hari Terbuka KVClean di ruang legar Megan Avenue II di Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur yang sempat kak lily hadiri baru baru ini yang mana majlis ini dianjurkan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad melalu...
Kopetro Lancar Kvclean Jenama Baharu Yang Mesra Alam Sekitar

Kopetro Lancar Kvclean Jenama Baharu Yang Mesra Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 168 hits
Hujan pagi 22hb September 2022 semalam lebat juga lah tapi Alhamdulillah sempat juga kak ana hadir ke Hari Terbuka KVClean di Megan Avenue 2 di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur Meriah sangat dengan beberapa booth di bawah pengurusan Kop...
Kvclean Mesra Alam Sekitar Jenama Baharu Keluaran Kopetro

Kvclean Mesra Alam Sekitar Jenama Baharu Keluaran Kopetro

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 233 hits
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad melalui anak syarikatnya KOPETRO Ventures Sdn Bhd telah melancarkan produk baharu jenama KVClean baru baru ini di ruang legar Megan Avenue 2 Kuala Lumpur Telah beroperasi sejak April 2019 KVClean menawark...
Hari Malaysia Tonjol Identiti Keunikan Negara Nancy

Hari Malaysia Tonjol Identiti Keunikan Negara Nancy

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 155 hits
Pengunjung yang hadir bergambar kenangan bersama replika pakaian tradisional yang dipamerkan di tapak majlis sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan dekat Banda Hilir hari ini Foto BE...
Emas Hari Malaysia Untuk Johor Sureeya

Emas Hari Malaysia Untuk Johor Sureeya

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 99 hits
Atlet Karate Johor S Sureeya menunjukkan pingat Emas yang dimenanginya dalam acara Kumite 67 Kilogram Kategori Lelaki Akhir pada Sukan Malaysia 2022 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam hari ini Foto BERNAMASHAH ALAM Atlet karate lelaki kebangs...
Hari Malaysia Malam Bersejarah Buat Gandingan Anak Bapa Bawa Beca

Hari Malaysia Malam Bersejarah Buat Gandingan Anak Bapa Bawa Beca

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 148 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri sambutan Hari Malaysia 2022 dengan menaiki beca di Dataran Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan A Famosa Banda Hilir malam ini Foto BERNAMAMELAKA Meskipun berpengalaman membawa pelba...
Mak Kerap Menangis Sejak Hari Pertama Kehilangan Kakak Adik Luah Rasa Kecewa Dengan Kecaman Netizen Terhadap Keluarga

Mak Kerap Menangis Sejak Hari Pertama Kehilangan Kakak Adik Luah Rasa Kecewa Dengan Kecaman Netizen Terhadap Keluarga

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 275 hits
Mak kerap menangis sejak hari pertama kehilangan kakak Adik luah rasa kecewa dengan kecaman netizen terhadap keluargaFoto Zahasnah Rohana Ismail Mak kerap menangis mengenang keadaan kakak yang entah ke mana selain sedih dengan pelbagai beri...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Iced Butterscotch Latte Zus Coffee

Deko Raya Yang Simple Je Alhamdulillah Tahun Pertama Raya Di Rumah Baru Ni

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Pengalaman Pertama Alami Kesesakan Di Lebuhraya Hingga 10 Jam

Bila Ada Ahli Keluarga Dan Kawan Jadi Influencer

Subkontrator Gagal Siapkan

15 Breathtaking Diy Outdoor Furniture Ideas For Your Garden

Innovative Painting Techniques For Modern Homes

Limited Kelana Jaya Lrt Service Due To Lightning Strike