Hamil 28 Minggu Ke Atas Apa Posisi Tidur Paling Disarankan Untuk Ibu Hamil
Semakin perut membesar, semakin sukar ibu hamil untuk tidur. Namun pastikan sama sekali ibu hamil tidur dalam keadaan terlentang pada tempoh yang lama.
Menurut Dr. Muhammad Izzat, berbaring terlentang semasa hamil boleh memberi tekanan besar pada salur darah inferior vena cava akibat rahim yang semakin besar.
Ia mengganggu aliran darah ke jantung dan plasenta yang boleh menyumbang kepada risiko kematian janin secara tiba-tiba (stillbirth).
Malah menurut beliau lagi, sebaiknya ibu tidur mengiring ke kiri (left lateral) kerana kedudukan ini:
* Meningkatkan kelancaran pam jantung dan aliran darah ≈ 8% pada usia kehamilan >20 minggu, dan ≈ 11% pada 32 minggu
* Mengurangkan tekanan pada salur vena besar belakang ibu (IVC), memudahkan aliran darah kembali ke jantung.
Risiko untuk bayi berkurang
Tidur terlentang juga dikaitkan dengan peningkatan risiko bayi meninggal dalam kandungan sebanyak 3.7 kali ganda berbanding tidur mengiring
Sokongan dari badan perubatan antarabangsa
Kajian menunjukkan tidur terlentang semasa trimester ketiga meningkatkan risiko stillbirth sebanyak 2–2.6 kali ganda, manakala tidur mengiring sama ada kiri atau kanan tidak menunjukkan perbezaan risiko yang signifikan.
Tidur terlentang selepas usia kandungan mencecah 28 minggu harus dielakkan kerana ia dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian bayi dalam kandungan.
Posisi ini boleh menyebabkan tekanan pada salur darah utama, sekali gus mengganggu aliran darah ke jantung dan plasenta.
Sebaliknya, tidur mengiring terutamanya ke sebelah kiri kerana terbukti secara klinikal membantu meningkatkan pengaliran darah ke plasenta dan jantung, memberi lebih oksigen serta nutrien kepada bayi dalam rahim.
Kajian dari dalam dan luar negara menyokong kepentingan posisi tidur mengiring ini, menjadikannya saranan yang amat digalakkan untuk semua ibu hamil, khususnya dalam trimester ketiga kehamilan.
The post Hamil 28 Minggu Ke Atas, Apa Posisi Tidur Paling Disarankan Untuk Ibu Hamil? appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/hamil-28-minggu-ke-atas-apa-posisi-tidur-paling-disarankan-untuk-ibu-hamil/