Dilarang Mengiklankan Produk Rukyah Sunnah Atau Apa Apa Berunsurkan Keagamaan


DILARANG MENGIKLANKAN PRODUK RUKYAH, SUNNAH ATAU APA APA BERUNSURKAN KEAGAMAAN. Walaupun kita dah hampir ke pertengahan tahun 2022 namun masih ramai yang tertipu dengan produk produk overclaim walau yang dah ramai pihak tampil memberi kesedaran pada masyarakat. Tapi tu la..majoriti masih percaya pada penjual produk dari individu yang berautoriti. Itulah keistimewaan penjual produk sebenarnya. Tak payah belajar tinggi tinggi, tak payah jadi orang berilmu cuma mantapkan skill untuk memanipulasi atau menipu je memang boleh hidup senang di dunia. Sebab manusia ni banyak yang lebih suka dengar harapan indah yang kosong dari kebenaran yang pahit. Sebab tu ramai pilih telan produk overclaim yang tinggi kandungan gula dari ikut saranan pakar kesihatan dan mengambil ubat yang di bekalkan hospital sebab kebanyakan pahit.
Isu produk yang menggunakan tuntutan keagamaan ni bukan baru malah dah lama cuma saja la nak tulis balik kat blog ni untuk bagi kesedaran pada pembaca blog lekatlekit.com yang nak terima la. Yang tak nak terima mampuih pi kat hang la bak kata orang kedah. Itu pilihan masing masing. Kita sendiri pilih untuk jadi bijak atau di perbodohkan. 
Semalam tertengok la satu konten tiktok dari seorang founder produk yang di kenali dengan kontroversi promot produk garam konon boleh merawat gangguan makhluk halus ni. Urut dada & mengucap je la. Dengan harga garam dia jual tu rasa Ya Allah.. sesungguhnya orang jahat ni memang di dunia syurga buat mereka. Padahal kalau beli garam kasar lepas tu pergi darussyifa tak sampai suku pun harga produk garam tu. Kenapalah menipu sesama bangsa & agama demi memenuhi tembolok sendiri


Sebenarnya produk macam tu dah ada kat pasaran dengan tuntutan macam macam la. Rukyah la.. sunnah la.. untuk memanipulasi. Yelah.. kalau jual garam je sapa nak beli kalau harga macam tu. Kena la overclaim konon dah di rukyah.. di bacakan 30 juzuk bagai. Lepas tu claim la merawat gangguan makhluk halus, sihir apa apa je la penyakit mistik atau penyakit lain. Tuntutan kena 1001 penyelesaian baru boleh jual dengan harga maha nirrojim

Ramai yang tak tahu sebenarnya majlis Agama Islam melarang penjualan produk yang membuat tuntutan keagamaan seperti rukyah, sunnah dan sebagainya

Perbuatan menjual produk-produk ruqyah atau jampi meskipun menggunakan ayat suci al-Quran dan doa-doa yang baik maksudnya, boleh membuka kepada pintu fitnah. Justeru, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Malaysia Kali Ke-108 yang bersidang pada 2-3 November 2015 telah membincangkan mengenai Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial

Muzakarah berkenaan telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak menafikan penggunaan ruqyah dan Rasulullah S.A.W. menyebutkan bahawa sebaik-baik ubat ialah ayat-ayat Al-Quran dan Baginda membolehkan untuk meruqyah selama mana tidak berlaku syirik

Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa isu produk yang dilabelkan sebagai ‘makanan sunnah’ dan makanan/minuman yang diruqyahkan dengan ayat Al- Quran serta zikir semakin berleluasa dan menjadi pelan pemasaran pengusaha produk-produk makanan dan barangan di Negara ini. Ia telah menjadi kaedah untuk melariskan produk bersandarkan perkataan ‘makanan sunnah’ dan ruqyah

Sehubungan itu, sebagai Sadd az-Zarai’ kepada unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan komersial, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan ruqyah dan istilah ‘makanan sunnah’ secara tidak bertanggungjawab untuk tujuan mengaut keuntungan dan melariskan produk perlu dihentikan kerana dibimbangi ia termasuk dalam perbuatan memperdagangkan ayat-ayat Al-Quran yang ditegah oleh ajaran Islam.
Oleh hal yang demikian, Muzakarah menggesa supaya perbuatan tersebut ditangani segera supaya istilah ‘makanan sunnah’ ini tidak difahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat, dan penggunaan ruqyah tidak disalahgunakan sehingga menggugat akidah sekiranya masyarakat meyakini keberkesanan ruqyah pada sesuatu produk tersebut mengatasi usaha dan ikhtiar serta kekuasaan Allah S.W.T

Muzakarah juga bersetuju memutuskan supaya penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial tidak dibenarkan sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi

Sumber : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1351-al-kafi-397-hukum-menjual-produk-yang-diruqyah-dengan-alatan-elektronik
Produk macam ni juga di kategori sebagai produk overclaim. Overclaim juga salah di sisi undang undang. Boleh di saman dan di dakwa di mahkamah

Di bawah Peraturan 18(6), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa label makanan tidak boleh mengandungi akuan kesihatan seperti mencegah, mengurang, merawat dan menyembuhkan sesuatu penyakit dan kegagalan mematuhinya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak lebih dua tahun.

Jadi pada pengeluar, pengasas dan penjual produk jadilah manusia bertanggungjawab dan jujur dalam perniagaan anda kerana ia berkaitan dengan sumber rezeki yang anda perolehi. Risau berlaku Istidraj


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lekatlekit.com/2022/05/dilarang-mengiklankan-produk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Elok Mengaku Atau Buat Penafian Elak Terpalit Fitnah

Najib Elok Mengaku Atau Buat Penafian Elak Terpalit Fitnah

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 148 hits
SHAHBUDIN HUSINSejak kelmarin heboh di media sosial tentang penularan sekeping gambar melibatkan Najib Razak yang dilihat tersenyum riang sambil diapit dua lelaki dan tiga orang wanita Seorang wanita yang berdiri di sebelah Najib didapati m...
Rombongan Pakistan Melawat Israel Nasihat Kepada Bakal Jemaah Suicide Bomber Atau Pejuang Berani Mati

Rombongan Pakistan Melawat Israel Nasihat Kepada Bakal Jemaah Suicide Bomber Atau Pejuang Berani Mati

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 114 hits
Setelah perjanjian damai 2020 Abrahamic Accords antara Israel Dubai Abu Dhabi Bahrain dan melibatkan juga Arab Saudi Jordan Morocco Sudan dan Oman sebuah NGO Pakistan bernama Sharaka telah mulakan usaha perdamaian antara Pakistan dan Israel...
Penebusan Kegagalan Pada Tahun 2022 Permainan Berisiko Atau Peluang

Penebusan Kegagalan Pada Tahun 2022 Permainan Berisiko Atau Peluang

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 173 hits
Adalah penting bagi kenaikan harga untuk membeli semasa penurunan untuk membuat wang yang semakin meningkat Memandangkan pasaran dibiasakan untuk menjadi yakin strategi mereka biasanya dibenarkan walaupun dalam tahun tahun Covid yang sukar ...
Saya Bukan Iron Man Atau Hulk Awal Ashaari Nafi Khianat Langgar Palang Rumah Video

Saya Bukan Iron Man Atau Hulk Awal Ashaari Nafi Khianat Langgar Palang Rumah Video

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 122 hits
Saya Bukan Iron Man Atau Hulk Awal Ashaari Nafi Khianat Langgar Palang Rumah VIDEO PENGACARA Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kender...
Sistem Baru Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah Tanpa Melalui Tabung Haji Atau Travel Agent

Sistem Baru Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah Tanpa Melalui Tabung Haji Atau Travel Agent

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 202 hits
MASA DEPAN SISTEM MENUNAIKAN IBADAH HAJIDunia teknologi semakin laju dan sukar untuk ditahan Semalam dah tular dokumen dokumen berkaitan kuota haji 1443H hari ini baru YB Menteri umumkan secara rasmi Pelaksanaan pelbagai projek berteknologi...
Wujud Atau Belum

Wujud Atau Belum

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 104 hits
MOHD SHAH RIMProjek Batu Asas PAS Kelantan Jambatan Paklebang Tumpat
Cara Ampuh Memperbaiki Layar Laptop Yang Terbalik Atau Miring

Cara Ampuh Memperbaiki Layar Laptop Yang Terbalik Atau Miring

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 148 hits
Sobat saat ini pasti sedang galau ya Galau karena tampilan layar laptop yang sobat miliki saat ini posisinya sedang gak normal alias terbalik gak usah kelamaan galau lagi ya sobat karena disini adhea berusaha bantu sobat semua yang sedang k...
Lebih Hemat Mana Gofood Atau Grabfood

Lebih Hemat Mana Gofood Atau Grabfood

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 993 hits
Gofood dan Grabfood merupakan salah satu layanan yang disediakan oleh aplikator taksi Online seperti Go Jek dan Grab yang tentunya sudah dikenal banyak orang dengan menggunakan layanan Gofood dan Grabfood pada aplikasi taksi online anda sud...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar

Rancangan Televisyen Itali Menjemput Bayi Kembar Sembilan