Dettol Perkenalkan Semula Produk Perlindungan Diri Daripada 100 Kuman Berbahaya Buat Isi Rumah Tersayang


Dettol Perkenalkan Semula Produk Perlindungan Diri Daripada 100 Kuman Berbahaya Buat Kegunaan Isi Rumah Tersayang | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Kesegaran sepanjang hari adalah sangat penting untuk keselesaan dalam menjalani aktiviti harian kita sekeluarga. Pemilihan gel mandian keluarga selalunya Sha yang memilih dan pastinya Sha akan memilih produk yang wangi tentunya dan dapat memberi perlindungan lebih lama terutamanya untuk anak-anak yang sentiasa aktif bergerak. Setiap ibu pastinya gembira melihat anak-anak membesar dengan sihat. Namun semakin anak-anak meningkat umur,ibu-ibu pasti akan bertambah risau kerana anak-anak mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko terdedah kepada pelbagai jenis kuman. Masalah kesihatan anak-anak kini kebanyakannya disebabkan oleh kuman yang berada di kawasan yang terdedah dan mudah mengjangkiti kanak-kanak. Sepanjang pengalaman Sha sendiri, Dettol adalah produk yang dipercayai dapat membantu dari segi perlindungan daripada pelbagai jenis kuman. Kali ini Sha nak kongsikan keluaran terbaru daripada Dettol iaitu Dettol Profresh yang dirumuskan untuk memberi perlindungan daripada bau badan selama 12 jam bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun cuaca di Malaysia yang panas dan lembap


Sejak dilancarkan lebih 80 tahun lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi teman setia para ibu seperti Sha yang mahu melindungi keluarga tersayang. Jenama yang komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini. Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah kenapa Sha dan ibu-ibu lain di seluruh dunia membantu mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan kita tambah pula Dettol telah mengenalpasti dua keperluan utama dalam penjagaan diri iaitu "perlindungan bau" dan "perlindungan kulit"




“Kita mandi untuk membersihkan badan.Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulitdan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yangmenyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit. Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Dr. Steven Chow,Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga.

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekatpada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah.Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga.Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman padapermukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa.Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi.

Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare

Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga yang sangat mampu milik dan berbaloi untuk kita dapatkan sebagai kegunaan harian keluarga tersayang

RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml


Tentang Dettol
Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shalimaryusof.com/2018/11/dettol-perkenalkan-semula-produk-perlindungan-diri-daripada-100-kuman-berbahaya-buat-isi-rumah-tersayang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dari Dettol Untuk Melindungi Keluarga Daripada 100 Jenis Kuman Berbahaya

Pelancaran Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dari Dettol Untuk Melindungi Keluarga Daripada 100 Jenis Kuman Berbahaya

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 467 hits
Pelancaran Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dari Dettol Untuk Melindungi Keluarga Daripada 100 Jenis Kuman Berbahaya Salam semua siapa pengguna setia Dettol angkat tangan terus tanya siap hii Seingat dulu tak suka bau dari Dettol kuat sang...
Dettol Profresh Perlindungan Daripada 100 Kuman Berbahaya

Dettol Profresh Perlindungan Daripada 100 Kuman Berbahaya

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 875 hits
Dettol Profresh Perlindungan Daripada 100 Kuman Berbahaya Persekitaran kita nampak sahaja bersih Namun ianya mengandungi 100 kuman berbahaya Oleh yang demikian kita pastinya memerlukan produk antibakteria yang membantu serta memberi perlind...
Dettol Malaysia Melancarkan Semula Dettol Proskin Dan Dettol Profresh Pakar Perlindungan Kuman No 1 Dunia

Dettol Malaysia Melancarkan Semula Dettol Proskin Dan Dettol Profresh Pakar Perlindungan Kuman No 1 Dunia

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 456 hits
Dettol Malaysia Melancarkan Semula Dettol Proskin Dan Dettol Profresh Pakar Perlindungan Kuman No 1 Dunia Assalamualaikum semua Dettol Malaysia jenama perlindungan kuman No 1 Dunia yang memang dipercayai oleh semua terutama para ibu kini me...
Dettol Baru Kenapa Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri

Dettol Baru Kenapa Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 460 hits
Dettol Baru Kenapa Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua Entri kali ini mummy nak cerita tentang Dettol Apa tu Dettol Baru Kenapa Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Dir...
Dettol Profresh Rangkaian Perlindungan Diri Dari Bau Badan Selama 12 Jam

Dettol Profresh Rangkaian Perlindungan Diri Dari Bau Badan Selama 12 Jam

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 619 hits
Deltol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dettol ProFresh Melihat anak anak buah bergelak ketawa dan riang bermain sesama sendiri memang menyeronokkan Sesekali membawa mereka bermain diluar memang jelas terpancar sinar keceriaan ...
Pbb Rumah Menjadi Tempat Paling Berbahaya Bagi Kaum Perempuan

Pbb Rumah Menjadi Tempat Paling Berbahaya Bagi Kaum Perempuan

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 255 hits
Lebih dari separuh perempuan yang meninggal di seluruh dunia pada tahun lalu tewas dibunuh oleh pasangan mereka atau anggota keluarganya sendiri
Perlindungan Bau Dan Kulit Dengan Rangkaian Pembersihan Dettol Profresh Dan Dettol Proskin

Perlindungan Bau Dan Kulit Dengan Rangkaian Pembersihan Dettol Profresh Dan Dettol Proskin

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 517 hits
Jadual hidup yang padat ditambah dengan cuaca panas menjelang tengahari merupakan perkara yang perlu dipandang serius bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif Seharian di luar rumah bermula jam 7 pagi dan berakhir hingga lewat petang a...
Tmj Cadang Wujudkan Rumah Perlindungan Untuk Gelandangan Di Johor

Tmj Cadang Wujudkan Rumah Perlindungan Untuk Gelandangan Di Johor

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 168 hits
JOHOR BARU Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan kerajaan negeri Johor mewujudkan rumah perlindungan sementara untuk para gelandangan Menerusi catatan yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda HRH Crown Prince of ...
Apa Itu Perlindungan Kemalangan Diri Personal Accident

Apa Itu Perlindungan Kemalangan Diri Personal Accident

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 269 hits
copy paste untuk rujukan bersama Assalamualaikum pelanggan yang dihormati Diharap sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera Dalam artikel kali ini pihak kami fiqriezack ingin berkongsi mengenai apa itu perlindungan kemalangan diri atau ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


From Christopher Wray

Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000