Dakwa Polis Askar Tak Solat Pdrm Buka Kertas Siasatan Buat Asri


Polis membuka kertas siasatan ke atas peniaga burger yang tular baru-baru ini, Asri Janggut, selepas dia mendakwa kebanyakan anggota keselamatan tidak menjaga solat.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid menjelaskan bahawa kertas siasatan itu dibuka susulan laporan yang dibuat ke atas Asri hari ini.
Katanya ada dua laporan polis dikemukakan masing-masing satu di Balai Polis Jalan Travers dan Balai Polis Jalan Tun Razak.
“Polis akan panggil dia dalam minggu ini,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Semalam, satu klip video sepanjang kira-kira 31 saat memaparkan Asri – semasa mengadakan sidang media – mendakwa kebanyakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menjaga solat masing-masing.
Dakwaan tersebut mula tular dan mencetuskan perdebatan hangat di media sosial serta menerima kecaman netizen.
Peniaga burger yang bernama penuh Mohd Asri Hamid sebelum ini menarik perhatian ramai apabila membuat pendedahan mengenai kegiatan perjudian tanpa lesen dan penjualan rokok seludup yang tidak dikenakan tindakan di sekita Bandar Baru Sungai Buloh.
 
Mengaku bodoh, celupar
Dia yang muncul dengan pakaian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertindak demikian selepas pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas perniagaannya.
Majlis Bandaraya Shah Alam pula memberitahu tindakan berkenaan diambil kerana gerai terbabit tidak berlesen. MBSA juga mendedahkan mereka pernah menawarkan tapak gerai sementara kepada Asri namun ditolak.
Mior Faridalathrash polis menyiasat kes laporan ke atas Asri itu mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan iaitu membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam, dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Sementara itu hari ini Asri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang dibuatnya mengenai anggota polis dan tentera.
Menerusi video yang dimuat naik PPIM, Asri berkata dia tidak berniat membuat kenyataan yang mengguris perasaan dan berjanji tidak akan menyentuh atau mengulas sebarang perkara yang berkaitan dengan dua pihak berkuasa itu lagi.
“Saya, Mohd Asri Hamid dengan ini sepenuh hati, rendah diri dan sehina-hinanya memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM dan ATM atas kesilapan, kejahilan dan kebodohan saya kerana celuparnya mulut saya yang membuat satu kenyataan mengatakan kebanyakan polis malas solat.
“Saya memohon jutaan maaf kerana saya tidak jangka boleh cakap macam itu… mereka adalah pembantu negara, saya sekali lagi memohon maaf kerana Allah, maafkan atas segala kesilapan saya.
“Saya mengakui kebodohan, kesilapan saya dan reda atas apa yang berlaku, sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya PDRM dan ATM,” katanya.
The post Dakwa polis, askar tak solat: PDRM buka kertas siasatan buat Asri appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/12/dakwa-polis-askar-tak-solat-pdrm-buka-kertas-siasatan-buat-asri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Polis Atm Bukit Aman Buka Dua Kertas Siasatan Wawancara Asri Janggut

Hina Polis Atm Bukit Aman Buka Dua Kertas Siasatan Wawancara Asri Janggut

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Polis membuka dua kertas siasatan berkenaan video wawancara pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut yang terdapat unsur penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tenter...
Polis Buka Kertas Siasatan Video Tular Pengawal Keselamatan Dipukul

Polis Buka Kertas Siasatan Video Tular Pengawal Keselamatan Dipukul

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 1028 hits
KUALA LUMPUR 31 JULAI Polis telah membuka kertas siasatan berhubung video tular memaparkan insiden seorang pengawal keselamatan warga Nepal dipukul dengan sebatang kayu di tempat letak kereta dekat sini Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superi...
Polis Tak Tolak Panggil Saksi Lain Atas Kenyataan Tidak Jaga Solat Oleh Asri Janggut

Polis Tak Tolak Panggil Saksi Lain Atas Kenyataan Tidak Jaga Solat Oleh Asri Janggut

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 314 hits
Berhubung dengan isu Asri Janggut yang mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa anggota polis dan tentera tidak menjaga solat pihak polis menyatakan bahawa mereka tidak menolak untuk memanggil saksi lain untuk membantu siasatan atas kenyataan...
Asri Janggut Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Kata Polis Dan Tentera Tak Jaga Solat

Asri Janggut Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Kata Polis Dan Tentera Tak Jaga Solat

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 662 hits
NAMA Asri Janggut hangat diperkatakan selepas dia membuat dakwaan pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh Selangor Malah isu itu turut mendapat perhatian Ketu...
Tohmah Polis Tentera Tak Jaga Solat Asri Janggut Mohon Maaf Secara Terbuka

Tohmah Polis Tentera Tak Jaga Solat Asri Janggut Mohon Maaf Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 483 hits
KUALA LUMPUR Selepas membuat tohmahan kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat semalam pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka Mohd Asri 42 yang lebih dikenali seba...
Kebanyakan Yang Masuk Jadi Polis Tentera Tak Jaga Solat Kenyataan Asri Janggut Undang Reaksi Negatif

Kebanyakan Yang Masuk Jadi Polis Tentera Tak Jaga Solat Kenyataan Asri Janggut Undang Reaksi Negatif

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 267 hits
Tindakan Asri Janggut atau nama sebenar Mohd Asri Hamid 42 mendedahkan lokasi pusat perjudian di kawasannya beberapa hari lalu mendapat banyak perhatian pelbagai pihak termasuk polis dan kerajaan Ramai yang menganggap pengasas perniagaan Ho...
Dakwaan Asri Janggut Kata Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan Kpn Abdul Hamid

Dakwaan Asri Janggut Kata Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan Kpn Abdul Hamid

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 475 hits
Walaupun sebelum ini mereka telah melakukan perjumpaan empat mata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador turut memberikan pandangan mengenai kenyataan Asri Janggut yang menyifatkan ia sebagai dakwaan anggota tidak menjaga solat sebaga...
Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan Ketua Polis Negara

Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 402 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh pemilik portal Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut bahawa anggota Polis Diraja Malaysia tidak menjaga solat sebagai keterlaluan Beliau juga ...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap