Cabaran Tahun Pertama Perkahwinan


Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Akhirnya genap setahun perkahwinan kami. Banyak suka dan duka telah kami lalui. Aku percaya untuk tahun hadapan lebih banyak cabaran yang kami akan lalui bersama. 
Perkahwinan sesuatu yang sangat indah bagi aku. Allah mengurniakan seseorang yang menemani kala suka dan duka. Yang sentiasa menyokong dan membimbing. Yang sentiasa mengingatkan diri untuk jadi lebih baik lagi


Tahun pertama perkahwinan memang banyak yang indah dan banyak juga cabaran dan dugaan. Lebih manis lagi apapun semua ujian-ujian itu dilalui bersama-sama dengan pasangan. 
Entri kali ini aku bukan nak bagi tips rumahtangga. Aku cuma nak berkongsi cabaran tahun pertama perkahwinan. Mungkin perkongsian ini tidak memberi makna apapun pada kalian. 
Aku cuma ingin merakam moment di blog ini sebagai ingatan kami selama setahun dalam rumahtangga

Cabaran Tahun Pertama Perkahwinan1. Cabaran KewanganTidak dinafikan masalah kewangan merupakan cabaran paling besar pada awal perkahwinan. Pada awal perkahwinan suami isteri kena merancang nak tinggal di mana selepas berkahwin.

Ada pasangan yang tinggal dengan mertua, ada pasangan yang memiliki kediaman sendiri dan ada juga yang memilih untuk menyewa sahaja dulu. Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal buat isteri.

Selepas kami berkahwin, aku dan suami bahagikan masa untuk tinggal di rumah keluarga aku dan keluarga sebelah suami. Kami tidak menetap lama pun di Sabah sebab suami bekerja di Pontian.

Selepas sebulan, kami merantau dan memulakan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri di Pontian. Alhamdulillah, rezeki kami dapat sewa rumah yang murah.
Kos kediaman & Barang Keperluan RumahUntuk menyediakan keperluan rumah pun memerlukan kos yang sangat besar. Itupun sekiranya korang bermula dengan ZERO.
Korang kena fikir deposit rumah dan barang-barang keperluan rumah yang asas. Anggaran kos :Sewa + Deposit - RM1500 - RM2000 ( bergantung dengan sewa)Barang keperluan dalam rumah - RM2500 - RM3000 (Barangan elektrik / Peralatan memasak)
Kos Perbelanjaan DapurPada awal perkahwinan memang tak boleh elak untuk beli barang perbelanjaan dapur lebih banyak. Korang baru mendirikan rumahtangga. Apapun tiada. Jadi kena sediakan bahan-bahan asas memasak memerlukan kos perbelanjaan dapur yang banyak. 
Kalau tinggal kat rumah mak kita ataupun mertua tak perlu fikir pun nak beli kicap, sos, garam dan bahan memasak yang lain sebab memang dah lengkap. Biasanya kita beli bahan belanja memasak untuk bulanan sahaja. 
Berbeza apabila dah tinggal sendiri. Beras pun tiada. Ada yang kata beli sikit-sikit. Terpulang dari pasangan sendiri. Ikut kemampuan dan poket masing-masing. 

Kenderaan Bagi aku kenderaan sangat penting. Ikut pekerjaan korang samada memerlukan kenderaan atau tidak. Pada awal perkahwinan kami sangat memerlukan kenderaan untuk memudahkan suami pergi ke tempat kerja. 
Hal ini demikian kerana tempat kerja suami jauh dari rumah. Zaman sekarang kenderaan sudah menjadi keperluan. Bergantung dengan korang nak beli kereta baru, kereta terpakai, basikal mahupun motorsikal. 
Nak lagi jimat guna motorsikal. Kalau mampu boleh beli kereta terpakai atau kereta baru. 
Jangan berhutangJangan sesekali berhutang tidak kira susah macam mana pun. Boleh berhutang tetapi pastikan langsaikan hutang secepat yang mungkin. 
Jangan berhutang dengan orang lain. Sebaik-baiknya jangan minta suami berhutang dengan sesiapa. Mula-mula berkahwin memang semua kehendak kita tidak dapat dipenuhi. 
Hidup berumahtangga tidak semuanya indah-indah belaka seperti dalam drama. Apa kita mahu suami dapat tunaikan. 
Sebagai seorang isteri kena faham suami semakin banyak tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap keluarga dan isteri. Oleh itu, jangan bebankan lagi dengan hutang. 
SimpananPerancangan kewangan yang baik sangat penting. Apa yang penting pada awal perkahwinan ialah simpanan. Tidak kiralah nak simpan di ASB, Tabung Haji ke, tabung di rumah ke. Sangat penting suami isteri ada simpanan untuk kecemasan

Kami sentiasa asingkan duit untuk simpanan kerana memang tidak tahu apa masalah yang akan jadi pada masa akan datang. 
Alhamdulillah, syukur kalau ada simpanan tidak perlu berhutang dengan orang. At least for us, tidak mahu menyusahkan orang lain dan keluarga dengan masalah-masalah seperti kewangan. 
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang sangat tinggi memerlukan simpanan pada saat-saat terdesak. 
2. Cabaran Dalam Kenali PasanganCabaran yang kedua ialah dalam mengenali pasangan. Orang kata bercintalah berapa tahun pun, belum tentu akan kenal dengan pasangan kita sampailah kita sebumbung dan tidur sebantal dengannya. 
That is true! Aku dan suami kenal dalam tempoh yang sangat singkat. Dan boleh dikatakan tidak mengenali sangat pun kerana suami bekerja di Pontian dan aku pula tinggal di Sabah. Jumpa hanya sekali. Hanya contact melalui whatsapp sahaja. 
Tempoh pertunangan kami pun hanya 2 minggu sahaja. Alhamdulillah ijab kabul dipemudahkan, sekarang dah bergelar isteri. 
Selepas kahwin banyak benda yang kena adapt dengan pasangan. Bayangkan tinggal dengan parents 26 tahun kemudian tak sampai setahun tinggal dengan pasangan terus nak expect suami atau isteri faham kita? Memang tidaklah

Pada masa inilah suami isteri kenal perangai masing-masing. Apa yang suami atau isteri kita suka. Apa makanan favourite dia, hobi dan macam-macam lagi tabiat yang baik dan buruk pasangan kita nampak

Adakah kita terima atau tidak kekurangan pasangan kita

Dan cabaran paling besar bagi aku ialah mengurus emosi. Perempuan kalau emosi boleh buat lelaki pening kepala layan karenah kita kan? Bukan itu sahaja, emosi lelaki pun isteri kena faham juga. 
3. Kesefahaman dan Tolak AnsurDalam perkahwinan perlukan persefahaman dan banyak bertolak ansur antara pasangan. Bukan mudah nak faham antara pasangan. Suami dengan penat dia, isteri dengan penat dia juga. 
Sorang nak perhatian, sorang pun perlu perhatian. Kalau semua pun nak menangkan ego memang sentiasa akan ada salah faham. 
Tidak boleh samakan cara kita masa bujang dengan sudah berkahwin. Awal perkahwinan rasa susah nak bertolak ansur dan punya persefahaman mungkin disebabkan belum betul-betul mengenali pasangan. 
Memang kena banyak bersabar. 
4. Perselisihan PendapatTidak dinafikan banyak sangat perselisihan pendapat dengan pasangan. Hal ini demikian kerana cara didikan dan dibesarkan dengan cara yang berbeza. Apatah lagi kalau ada perkara yang kita tak suka pasangan kita buat. 
Memang kalau boleh antara suami isteri tidak mahu ada perselisihan pendapat. Tetapi percayalah kita memang tidak boleh elak. Sekecil-kecil perkara pun boleh buat suami isteri berselisih. 

5. KomunikasiApapun masalah, komunikasi antara pasangan sangat penting. Dan apabila tiada komunikasi memang buat apapun tak senang. 
Bayangkan hari-hari hadap pasangan masing-masing boleh tahan ke tak bercakap? Tidur sebantal, makan bersama. How can you not comnunicate?
Selepas dah berkahwin, bagi aku yang paling penting jangan sesekali pendam dengan suami. Kalau ada nak sesuatu cakap. Kalau penat bagitau. Kalau tak nak masak kena bagitau. 
Hal ini demikian kerana aku tidak boleh expect suami faham apa yang aku fikir. Kadang orang perempuan memang suka cakap berlapis. End up merajuk sebab suami tak faham. Padahal kita tak bagitau pun apa yang kita mahu. 
Orang perempuan memang complicated, orang lelaki lagi complicated. Haha
6. Ujian ZuriatTidak dinafikan setiap pasangan menginginkan zuriat selepas kahwin. Sebulan dua berkahwin kami tak kisah pun kalau ada rezeki cahaya mata, kami bersyukur sangat. Kalau belum ada lagi, tak apa berdoa dan bersabar

Tetapi selepas beberapa bulan, sentiasa ternanti-nanti bilalah ada anak. Kadang rasa sedih, tetapi kami yakin Allah lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami. 
Ujian dikurniakan cahaya mata pun ujian juga. Hal ini demikian bukan senang nak jadi ibu bapa. Bertambah besar amanah dan tanggungjawab dalam membesarkan anak. 
Tiada anak ataupun tidak semuanya ujian. 
KesimpulannyaBanyak sangat cabaran dalam tahun petama perkahwinan. Ada yang kata, ala baru tahun pertama itupun nak heboh. Orang yang kahwin 5 tahun, 10 tahun chill je. 
Tak apalah ujian kita memang tak sama pun. Lain orang lain ujian yang dilalui dalam perkahwinan. 
Apa yang aku nak kongsi hanya sekadar pengalaman dan journey yang aku nak simpan dalam blog ini untuk tatapan pada masa akan datang. Maybe 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun nanti aku akan baca dan ingat balik betapa banyaknya aku dan suami telah lalui bersama

Tidak kira apapun dugaan yang akan dilalui kami hanya ingin mencari keredaan Allah SWT dalam perkahwinan dibina. Semoga Allah sentiasa merahmati hubungan perkahwinan ini hingga ke syurga-Nya. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/12/cabaran-tahun-pertama-perkahwinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Molfix Malaysia Jenama Lampin Pakai Buang Sambut Ulang Tahun Pertama Bersama Duta Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari

Molfix Malaysia Jenama Lampin Pakai Buang Sambut Ulang Tahun Pertama Bersama Duta Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 281 hits
Penulis bersama Duta Molfix Scha Al Yahya dan Awal Ashaari tika mengunjungi booth Molfix di Baby Expo Mid Vally 24 hingga 27 Nov 2022 Tahniah Molfix Malaysia selamat ulang tahun pertama Molfix jenama ini buat pertama kalinya julia tahu dipe...
Ajaib Kerana Kami Tidak Berpisah Haha Byul Sambut Ulang Tahun Ke 10 Perkahwinan

Ajaib Kerana Kami Tidak Berpisah Haha Byul Sambut Ulang Tahun Ke 10 Perkahwinan

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 100 hits
Pejam celik pejam celik sudah 10 tahun pasangan Haha dan Byul mendirikan rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Byul telah memuat naik satu video baru di saluran YouTubenya yang berjudul Raikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10 ...
Inflasi Zon Euro Perlahan Buat Kali Pertama Dalam Tempoh 1 5 Tahun

Inflasi Zon Euro Perlahan Buat Kali Pertama Dalam Tempoh 1 5 Tahun

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 127 hits
Inflasi zon Euro perlahan buat kali pertama dalam tempoh 1 5 tahun memberikan sinar harapan kepada Bank Pusat Eropah ketika ia bergelut untuk meredakan kejutan harga pengguna terburuk dalam inflasi zon Euro yang perlahan untuk kali pertama ...
Sambutan Ulang Tahun Pertama Molfix Di Malaysia

Sambutan Ulang Tahun Pertama Molfix Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 398 hits
Baru baru ini mama kesempatan menghadiri satu Majlis Ulang Tahun Pertama Molfix di Malaysia Majlis berlangsung di TCE Baby Fair Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur Molfix adalah satu jenama lampin pakai buang oleh Hayat Kimya yang mer...
Fattah Amin Fazura Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Kelima Netizen Usik Ready Untuk Baby Kedua

Fattah Amin Fazura Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Kelima Netizen Usik Ready Untuk Baby Kedua

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 128 hits
Sungguh cepat masa yang berlalu sudah 5 tahun usia perkahwinan pelakon sama cantik sama padan iaitu Fazura dan suami Fattah Amin Siapa tidak menyangka yang cinta lokasi pasangan ini berakhir ke jinjang pelamin dan kini bahagia dengan puteri...
Hari Pertama Kembali Di Pejabat Perdana Menteri Selepas 24 Tahun Reformasi

Hari Pertama Kembali Di Pejabat Perdana Menteri Selepas 24 Tahun Reformasi

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 112 hits
Hari pertama Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan memulakan kerja di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sungguh bermakna selepas 24 tahun tidak berada puncak kuasa Selepas dua dekad hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Bangunan Putr...
Ikon Power Rangers Jason David Frank Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun

Ikon Power Rangers Jason David Frank Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 107 hits
Peminat Power Rangers bersedih hari ini selepas ikon Power Rangers Jason David Frank telah disahkan meninggal dunia pada hari ini Frank terkenal kerana memainkan watak Green dan White Rangers dalam siri awal Power Rangers Berita sedih itu T...
Untuk Mampu Bangkit Semula Lima Tahun Akan Datang Umno Wajib Tolak Bersama Pn Dan Mahiaddin

Untuk Mampu Bangkit Semula Lima Tahun Akan Datang Umno Wajib Tolak Bersama Pn Dan Mahiaddin

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 107 hits
Dalam keadaan kritikal sebelum jam 2 petang esok sebagaimana yang dikehendaki Istana Negara bagi urusan pembentukan sebuah kerajaan baharu pendirian dan sokongan BN adalah penentu segala galanya Jika BN yang mempunyai jumlah 30 Ahli Parlime...
Video Profil Anwar Ibrahim Mantan Napi 15 Tahun Hingga Jadi Pm Malaysia

Video Profil Anwar Ibrahim Mantan Napi 15 Tahun Hingga Jadi Pm Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 113 hits
Pemimpin oposisi Malaysia Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi perdana menteri baru negeri jiran Anwar telah menantikan jabatan ini selama tiga dasawarsa Anwar Ibrahim memulai karier politiknya sejak tiga dekade lalu sebagai anak didik pemi...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Iced Butterscotch Latte Zus Coffee



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Swiss Butter Strawberry Azlina Ina

Boarding Pass Tak Mention Am Pm Pelajar Kolej Terlepas Flight Kerana Salah Waktu

Leadership Skills For Owners

Konsert Aku Muzik Kamu 2 0

Tomislav Steinbruckner Enggan Melatah

Kalendar 2025 Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah