Buat Kerepek Bayam Brazil Dengan Resepi Sedap Yang Tak Makan Sayur Pun Layan Krup Krap


Salah satu tanaman yang aku tanam di laman kebun adalah bayam brazil. Jangan tak tau, sedap sangat bayam brazil ini pada yang suka dengan sayuran. Sejak aku menanam bayam brazil ini, dah macam-macam cara aku masak sayuran ini. Semua rasanya sedap-sedap belaka. Antara yang paling aku suka adalah kerepek bayam brazil. Kerepek bayam brazil ini sangat berbeza. Yang tak makan sayur pun layan kru krap makan depan tv. Itulah yang sangat menakjubkan tu... hahaha!


Buat Kerepek Bayam Brazil Dengan Resepi Sedap

Sebelum aku meneruskan dengan resepi sedap kerepek bayam brazil ini, mari kita ambil tahu informasi berkenaan bayam brazil  dan apakah khasiatnya untuk kesihatan kita : Bayam Brazil atau nama saintifiknya Alternanthera sissoo merupakan spesies tanaman yang tergolong dalam family Amaranthaceae. Bayam Brazil adalah antara tumbuhan yang cepat membesar dan senang ditanam. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daun sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar. Sayur ini selain di kenali  sebagai Brazillian Spinca Poor juga  di panggil Man Spinach, Sambu dan juga Sambu lettuce.


Berbeza dengan bayam yang lain, bayam Brazil mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan secara mentah seperti salad. Masyarakat Brazil gemar mengambil sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun. Selain itu, ia sesuai juga untuk ditumis, direbus atau dikukus.


Pokok bayam brazil merupakan tanaman yang senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit. Pokok bayam brazil juga mudah membiak dengan cepat dan hasilnya dapat dituai hanya selepas beberapa minggu selepas ditanam. Bayam brazil adalah pokok herba renek yang berbatang lembut dan berdaun kerinting

Bayam Brazil kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang memberi manfaat kepada kesihatan iaitu: - Vitamin A: Penting untuk kesihatan mata, mengatur system imunisasi dan berkembangan embrio. - Vitamin C: Antioksidan yang meningkatkan kesihatan kulit dan system ketahanan badan Vitamin K: Penting bagi proses pembekuan darah. - Asid folik: Sangat penting bagi wanita mengandung bagi pertumbuhan sel dan tisu. - Zat besi: Menghasilkan hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh badan - Kalsium: Mineral penting bagi kesihatan tulang dan juga memberi signal kepada sistem saraf, jantung dan otot.
Jom kita belek resepi kerepek bayam  brazil pula. Nanti boleh buat sendiri kerepek bayam brazil dengan resepi sedap ini. Nescaya yang tak makan sayur pun boleh layan krup krap sama-sama:
Buat Kerepek Bayam Brazil Dengan Resepi Sedap, Yang  Tak Makan Sayur Pun Layan Krup Krap... Bahan- bahan buat kerepek bayam brazil: Bayam Brazil  (anggaran dalam lebih kurang 1.5 ke 2 kg) 1 paket tepung beras (500gm) 1 kotak santan (200ml) 1 biji telur 2 sudu besar air kapur  (air + 1/4  sudu teh kapur makan) Air secukupnya (anggaran sukat air dengan kotak santan iaitu dalam 2 kotak) Garam secukup rasa Jika suka boleh letak sedikit serbuk perasa Minyak masak secukupnya
Bahan kisar: 1 cawan ikan bilis 1 sudu makan ketumbar 1 sudu  makan jintan manis 1 sudu makan jintan putih Cara membuat kerepek bayam brazil: Bayam brazil di pisahkan dari batangnya yang keras dan basuh bersih. Setelah itu di toskan. Kisar bahan-bahan kisar sehingga halus. 
Setelah itu masukkan tepung dalam sebuah bekas yang besar dan masukkan telur, bahan kisar santan dan air. Jangan lupa masukkan juga garam dan serbuk perasa jika suka.
Seterusnya gaul adunan sehingga sebati dan bergaul rata. pastikan tiada tepung yang bergentel lagi. Kepekatan adunan adalah seperti adunan rempeyek ataupun kuih ros. Biarkan seketika dalam lebih kurang 10 - 20 minit. 
Selepas itu bolehlah mula menggoreng di dalam kuali dengan minyak yang banyak. Caranya, celup-celupkan bayam brazil sehingga meliputi keseluruhan daun bayam brazil  dan goreng. 
Apabila adunan menunjukkan tanda garing bolehlah diangkat dan di toskan.Simpan ke dalam bekas kedap udara agar kerepek tidak lemau./ Sebelum itu pastikan kerepek telah sejuk terlebih dahulu. 


Selepas ini bolehlah di hidangkan  dan di kunyah bersama keluarga sewaktu menonton tv dan bila-bila masa saja. Sedap dan krup ktap bunyinya... hehe

Oh ya, sebelum buat kerepek kena tanam dulu kalau yang masih belum ada pokok bayam barzil.  Ini di sertakan sedikit informasi tentang cara tanam bayam brazil:  Keratan batang bayam brazil boleh di tanam sama ada di dalam pasu, botol plastik, bahan-bahan recycle, ataupun terus ditanah. Ini boleh mengikut kreativiti masing-masing kerana pokok bayam brazil merupakan pokok tanaman yang bukan sahaja tanaman untuk makanan tetapi juga cantik untuk tanaman lanskap

Pokok bayam brazil boleh juga direndam dahulu di dalam air iaitu proses “propagation” iaitu proses pengeluaran akar di dalam air. Namun, boleh juga di tanam terus ke dalam tanah. Tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah tanah yang kaya dengan bahan organik. Pastikan juga pokok bayam brazil tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus pada awal penanaman, boleh diletakkan di bawah pelindung. Sekitar 4-7 hari akan mula nampak bayam brazil mula mengeluarkan pucuk dan daun baharu. Itu tanda bayam brazil tumbuh dengan baik.


Aku dah tanam pokok bayam brazil ini. Anda bila lagi. Tanaman bayam brazil ini aku  tanam jadikan penghias utama laman hadapan rumah tau. Cantik dan rimbun saja pokok ni. Ramai jiran tetangga dan saudara mara yang ingat ia hanya pokok hiasan. Pokok sayur ini ada aku tengok jual di pasar. Korang beli buat sayur, batang yang keras tu bolehlah di tanam. 
Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s:  Benih pokok bayam brazil aku jauh asal tempatnya iaitu dari Air Hitam Johor. Sanggup aku dengan muka tak malu minta teman alam maya poskan batangnya dari sana. Masa tu tak meluas lagi bayam brazil ni.... hah!
#sumber info: rootofscience.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2021/03/resepi-kerepek-bayam-brazil-tak-makan-sayur-resepi-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Resepi Makanan Bayi Untuk Menaikkan Selera Makan Bagi 8 9 Bulan Ke Atas

15 Resepi Makanan Bayi Untuk Menaikkan Selera Makan Bagi 8 9 Bulan Ke Atas

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 803 hits
Assalamualaikum Hi Semua Sejak jadi ibu ni Nadhie akui Nadhie suka sangat kongsikan tentang resepi makanan bayi Bukan apa senang untuk rujukan sendiri juga jadi Nadhie tempel sahaja satu tempat dekat blog Nadhie ni Senang je nak cari menggu...
Resepi Masak Bening Sayur Sawi

Resepi Masak Bening Sayur Sawi

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 518 hits
Hi korang Best betul tido petang lepas dendam betul dapat tido petang hujan lebat plak tu sampai nak type resepi nak share kat blog pun tergendala hahahaha hari ni SA masak simple je Ikan kembung berlada masak bening sayur sawi campur carro...
Cherry Tomatoes Comel Dan Manis Sedap Di Makan Buat Pencuci Muka Pun Boleh

Cherry Tomatoes Comel Dan Manis Sedap Di Makan Buat Pencuci Muka Pun Boleh

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 479 hits
Suka makan tomato Saya suka je makan tomato tapi tak de lah sampai tahap makan tomato macam makan buah Maksudnya makan macam tu je Tak boleh masuk ke tekak Nak makan tomato kena makan dengan makanan lain Tapikan kalau dapat cherry tomatoes ...
Sekali Makan Mesti Teringat Resipi Tart Portugis Super Sedap Ringkas

Sekali Makan Mesti Teringat Resipi Tart Portugis Super Sedap Ringkas

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 230 hits
Bagi yang pernah merasai keenakkan Tart Portugis ini pasti tidak cukup makan hanya satu Pasti teringat ingat kelembutan inti dalamnya dan kerangupan kulit tart yang cukup sedap Apa kata hujung minggu ini kita sediakan sendiri untuk anak ana...
Layan Popcorn Karemel Buatan Sendiri Memang Senang Super Sedap

Layan Popcorn Karemel Buatan Sendiri Memang Senang Super Sedap

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 290 hits
Popcorn karamel yang sedap dan berlemak sememangnya cukup disukai oleh anak anak kita Mana tidaknya rasa karemel yang manis pekat dan padu buat popcorn terasa cukup sedap Namun tidak usah membelinya di kedai sebaliknya hasilkan sahaja sendi...
Resepi Air Cincau Susu Letak Selasih Yang Sedap Confirm Ketagih

Resepi Air Cincau Susu Letak Selasih Yang Sedap Confirm Ketagih

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 479 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi Bila dah nak dekat puasa mulalah mencari resepi lagi lagi resepi yang melibatkan air Betul tak Pelik Bila puasa je mesti tercari cari koleksi resepi air yang sedap Tapi kalau tak bulan puasa takde pulak beria na...
Sedap Weh First Time Makan Oden Dengan Odeen Viral Cekyana Pula Tu

Sedap Weh First Time Makan Oden Dengan Odeen Viral Cekyana Pula Tu

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 520 hits
Ini sebenarnya pertama kali aku makan oden Lepas tu pula makan dengan Odeen Viral Cekyana katanya antara rempah oden yang paling mendapat sambutan atau viral di Malaysia ketika ini Sebenarnya rempah segera oden ni kakak aku yang bawa yang k...
Cara Membuat Kimbap Ringkas Dan Sedap Dengan Resepi Simple

Cara Membuat Kimbap Ringkas Dan Sedap Dengan Resepi Simple

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 503 hits
Suatu hari tu anak anak sibuk nak membuat kimbap iatu satu jenis makanan Korea Diorang gigih memujuk aku membeli bahan utama membuat kimbap iatu rumpai laut Mana lagi nak membeli kalau bukan di laman shopee Ini semua gara gara penangan raji...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Ultimate Guide To Ghibli Park

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya

Menikahi Ibu Kandung Humor Kampung By Dr Hm Rakib S H M Ag Pekanbaru