Bersangka Baik Dengan Tuhan Buku Motivasi Dari Syira Lokman




Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira Lokman︱Untuk bulan pertama bagi tahun 2020 , Cik Renex telah berjaya habiskan 3 buah buku iaitu 2 buku motivasi dan satu lagi novel English. Jadi, CR ingin berkongsi satu buku motivasi yang berjaya CR habiskan iaitu buku motivasi keluaran Must Read yang bertajuk Bersangka Baik dengan Tuhan hasil karya Syira Lokman. 

Penulis yang pernah muncul dengan buku yang berjudul  Serenity dan Fragile kini muncul kembali dengan naskah buku motivasi yang mampu memberi  kesedaran dan teguran kepada kita. Sebelum ini, buku motivasi Syira Lokman iaitu Serenity dan Fragile terjual ribuan naskhah dan pernah memasuki carta laku keras serta best seller di POPULAR & MPH. 

Bersangka Baik dengan Tuhan merupakan buku untuk mengimbas kembali segala prasangka buruk yang mengisi ruang hati. Mungkin ada persoalan yang sering memakan diri. Mungkin juga ada jawapan yang belum kita temui hingga hari ini. Buku ini tentang harapan bahawa kita ini hamba yang bertuhan. 


Buku ini mengandungi 23 isi kandungan yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Sedar tak sedar, apa yang diperkatakan di dalam buku ini terlihat lebih kurang sama dengan situasi kita. 
Antara isi kandungan buku ini adalah :Allah swt tidak adilBerikan aku masaDuka anak yatimDimana jodohku?Mandulkah aku?Mereka sahaja yang salahTakutkan masa hadapanBelajar lain, Kerja lainDah solat tetapi Rezeki lambatLebih baik jadi Jahat sahajaJatuh ditimpa tanggaKau khianati akuDimana bahagia ituDusta peminta sedekahAku dikongkongAku Mahu kayaKenapa aku sakit?Itu bukan diaBodohlah dia!KabelAnak aku istimewaZahirku tak sempurnaJom bersangka baik dengan Tuhan.



Dunia ini tidak Adil,
Ada sahaja duka yang menjenguk,
Ada sahaja sakit yang dirasa,
Ada sahaja dugaan yang menimpa,
Mengapa aku sahaja yang kena?
Mengapa hidup mereka sungguh sempurna.
Bersangka baik dengan Tuhan tidak mudah, tetapi mencuba bersangka baik juga tidaklah terlalu susah.
Penulis mengupas isu pertama berkaitan dengan keadilan Allah swt dan sememangnya dalam diri kita akan berfikir sedemikian apabila melihat kejayaan orang lain sedangkan kita masih dalam keadaan yang bermasalah atau diduga dengan pelbagai masalah. Buku ini menyedarkan kita bahawa kita tidak sepatutnya berfikir sedemikian. Kita sebagai hambaNya harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan lihat dalam sudut yang positif. 
"Lihat apa yang kita ada hari ini. Bukankah ini semua apa yang kita minta dahulu? Bukankah ini semua apa yang kita doa dahulu?Layakkah kita sebagai hamba berkata Allah tidak adil?""Lebih baik hidup biasa-biasa tetapi tenang dan rasa nikmat bahagia itu daripada dilihat sempurna tetapi jiwa kosong."




"Jodoh itu rahsia Allah swtKenal bertahun lamanya belum tentu menjadi milik kitaJumpa hanya seketika tiba-tiba menjadi pasangan setia
Apa yang pasti , jodoh itu telah Allah swt tentukan dan Allah swt beri bukan pada masa yang kita mahu, bukan pada saat kau merayu-rayu. Tetapi pada saat dia kata, "Kini sudah tiba masanya""
Bila memperkatakan tentang jodoh ramai yang mempersoalkan; bila dan dimana kita akan berjumpa dengan separuh lagi hati kita sehingga ada yang bersangka buruk dengan takdir Allah dan terus mengatakan Allah tidak menyayangi diri kita. 
Di dalam buku ini, penulis memberi kesedaran kepada kita bahawa Tidak dapat jodoh sekarang bukan bermakna hidup tidak bahagia. Ada orang yang tidak dapat menjaga orang tua kerana keluarga. Ada orang yang tidak diberi jodoh tetapi diberi  rezeki mengumpul pahala menjaga ibu bapa.

Banyak lagi isu dan masalah yang dipersoalkan didalam buku motivasi ini. Jadi jangan lupa dapatkan buku ini sekarang dan CR sangat-sangat-sangat menggalakkan anda semua untuk membaca buku ini. Semoga buku ini membuka mata tentang kebaikan Allah yang Maha Esa. InshaAllah ia akan menjawab sedikit sebanyak persoalan yang bermain di fikiran kita. 
Jika anda ingin membeli buku ini boleh didapati di POPULAR, MPH dan semua rangkaian kedai buku seluruh Malaysia. Belian online melalui laman web rasmi Must Read atau whatsapp je 011-11727476. Harganya juga mampu milik iaitu RM23 (Semenanjung), RM26 (Sabah, Sarawak). 
Anda juga boleh membeli melalui instagram penulis buku ini sendiri iaitu Syira Lokman.
https://www.instagram.com/syira_lokman/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://renex89.blogspot.com/2020/01/bersangka-baik-dengan-tuhan-buku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buku Motivasi Bersangka Baik Dengan Tuhan I Recommend To Everyone

Buku Motivasi Bersangka Baik Dengan Tuhan I Recommend To Everyone

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 399 hits
Buku Motivasi Bersangka Baik Dengan Tuhan I Recommend To Everyone Assalamualaikum dan hi semua Sebenarnya zaza memang pengemar buku motivasi Masih zaza ingat ketika zaman zaza study dulu kerap membeli buku motivasi dari beberapa orang penul...
Life Goes On Buku Motivasi Inspirasi Dari Siti Nordiana

Life Goes On Buku Motivasi Inspirasi Dari Siti Nordiana

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1262 hits
Life Goes On Buku Motivasi Inspirasi Dari Siti Nordiana Saya memang penggemar buku inspirasi motivasi dan juga novel novel cinta pembangun jiwa Berapa harga pun saya akan beli insya Allah Dan yang mudah diperolehi la haha kalau suka tapi bu...
Helmy Yahya Usai Diberhentikan Dari Dirut Tvri Tuhan Punya Rencana Lebih Baik

Helmy Yahya Usai Diberhentikan Dari Dirut Tvri Tuhan Punya Rencana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 163 hits
Helmy Yahya resmi diberhentikan dari jabatan Direktur Utama oleh Dewan Pengawas TVRI Pemberhentian ini berlaku mulai 16 Januari 2020 kemarin
Manfaat Kesehatan Yang Bisa Diperoleh Dari Kebiasaan Membaca Buku Setiap Hari

Manfaat Kesehatan Yang Bisa Diperoleh Dari Kebiasaan Membaca Buku Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 239 hits
Salah satu hobi atau kebiasaan yang bisa sangat bermanfaat adalah membaca Terdapat berbagai tujuan yang bisa dilakukan dari kebiasaan membaca mulai dari sebagai hiburan atau untuk memperoleh informasi
Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Rbt

Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Rbt

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 1835 hits
Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dalam memastikan sistem pengurusan sekolah terutamanberkaitan dengan kurikulum mata pelajaran diurus tadbir dengan cekap dan berkesan Justeru usaha ini juga dapat mend...
Ulasan Buku Komik Aku Kau Games

Ulasan Buku Komik Aku Kau Games

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 335 hits
Zaman sekarang apabila disebut sahaja perkataan games mesti kita akan terfikir tentang permainan video yang dimainkan di konsol komputer ataupun telefon pintar Namun games itu sendiri sebenarnya lebih luas ruang lingkupnya di mana ia membaw...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar

Rancangan Televisyen Itali Menjemput Bayi Kembar Sembilan