Ayam Masak Kicap Daun Kari



Alhamdulillah daya ingatan saya yang membolehkan saya sangat mengingati  apa apa yang dikatakan atau apa yang didengar walaupun berpuluh tahun lamanya. Malahan apa yang didengar sejak kecil pun, saya boleh mengulangi dailognya.
Tapi kebelakangan ini, saya mula susah untuk mengingati. Mungkin faktor umur agaknya. Ada perkara yang saya ingat dan ada perkara yang sukar diingati. Memori yang terpilih pilih yang kadang kadang kita guna tanpa sedar seolah kita tidak fokus pada situation itu. 
Tapi yang pasti, apa yang kita lupa adalah sesuatu yang bukan signifikan dalam hidup kita. Jadi kita raikan memori kita untuk mengingati benda yang signifikan dalam hidup kita seperti famili atau sesuatu yang kita sayangi seperti momen bersama cucu cucu. Ada sebab kenapa kita lupa. Dikuatiri kita akan terus bersedih jika masih mengingati semua perkara yang pernah kita tempuhi sepanjang hidup.  
Ada juga benda menyakitkan yang saya pilih untuk tidak mengingatinya. Perbuatan khianat dan komplot penipuan yang dilakukan kepada saya yang tidak mungkin saya lupakan sehingga ke akhir hayat. 

Diri saya dihina dan maruah saya dipijak pijak. Ada ketika ianya datang menjelma. Namun saya cepat cepat menepis dan membuangnya jauh jauh setiap kali bayangan peristiwa itu muncul di ingatan. Saya tidak mahu melihat 2 orang manusia ini kalau boleh sampai bila bila.

Resepi yang saya kongsikan hari ini adalah resepi yang saya ubahsuai dari resepi ayam 3 perempuan gemuk. Hahaha sebab saya tak suka nama itu, jadi saya namakan resepi ini sebagai ayam kicap daun kari sahaja. Memang ini pun cara saya memasak kicap masak saya baru baru belajar memasak dulu. Cuma tidak diletakkan daun kari sahaja. 
Menyediakannya sangat mudah, bahan bahan pun ringkas dan yang penting, rasanya sedap. Jadi apa tunggu lagi, masa perintah kawalan pergerakan ini, bolehlah cuba. Jika ngam dengan citarasa, boleh masak masa berbuka puasa tidak lama lagi.
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Ayam Masak Kicap Daun KariOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ayam 3 pelepah daun kari2 batang serai - ketuk5 tangkai cili padi - ketuk1 tangkai cili merah - belah 24-5 sudu besar kicap lemak manisGaramGula
Bahan kisar:2 ½ biji bawang besar4 ulas bawang putih
Cara cara;Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng sekadar masak. Angkat dan ketepikan. 

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, daun kari dan serai sehingga naik bau. 

Masukkan kicap lemak manis dan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan ayam dan biarkan merenih supaya rasanya sebati. Masukkan cili merah dan cili padi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/04/ayam-masak-kicap-daun-kari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masak Kari Ayam Dengan Bahan Yang Minima Pun Sedap

Cara Masak Kari Ayam Dengan Bahan Yang Minima Pun Sedap

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 467 hits
Cara Masak Kari Ayam Dengan Bahan Yang Minima Pun Sedap Hari ni masak kari ayam guys Sedap hingga menjilat jari bukan saya tetapi anak bongsu saya ya Dia kata dah lama tak makan ibu masak kari iya lah sebab dia kan duduk asrama Mestilah mak...
Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedap

Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 676 hits
Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedappungkoq ayam masak sambal
Resepi Sotong Masak Kicap Lemon

Resepi Sotong Masak Kicap Lemon

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 679 hits
AssalamualaikumResepi Sotong Masak Kicap Lemon Sekarang aku masih dalam misigantipuasaeyqahasnan Maklum laa aku nie suka sangat ganti puasa last minutes Taktahu apa masalah aku Padahal boleh je nak ganti awal awal tapi malas Kalau last minu...
Resepi Nasi Goreng Ayam Bersama Daun Kucai

Resepi Nasi Goreng Ayam Bersama Daun Kucai

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 893 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBAHAN BAHANBawang merahIsi ayamNasi putihMinyakDaun kucaiDaun limau purutPes cili bohSos ciliKicap kicap soyaGula garamCARA MEMBUAT 1 Panaskan minyak masukkan bawang bersama isi ayam dan masukkan sedikit p...
Resepi Leher Ayam Masak Butter Creamy

Resepi Leher Ayam Masak Butter Creamy

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 395 hits
Resepi Leher Ayam Masak Butter Creamy Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai reader semua Cik Fatin memang suka makan leher ayam sebab bahagian ini tak banyak isi Anda semua jangan heran This is a content summary only Visit my website for fu...
Ikan Kembung Masak Kicap Hidangan Mudah Waktu Bersahur

Ikan Kembung Masak Kicap Hidangan Mudah Waktu Bersahur

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 627 hits
Ikan Kembung Masak Kicap Hidangan Mudah Bersahur Sengaja saya tulis tajuk macam tu walau pun menu ni tadi saya masak waktu lunch Sebab ikan masak kicap lah yang paling laku untuk menu sahur anak anak kami Ada kuah kicap sikit lepas tu ikan ...
Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 2929 hits
Musim Covid 19 yang sedang melanda seluruh dunia memaksa hampir setiap negara mengambil langkah langkah berjaga dan mengawal pergerakan rakyat supaya rantaian jangkitan virus tersebut dapat diputuskan Sehingga hari ke 18 jumlah jangkitan di...
Ayam Masak Lemak Kuning

Ayam Masak Lemak Kuning

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 469 hits
Hari ini hari ke7 negara melaksanakan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara Bagi mereka yang kaya atau yang makan gaji mungkin tidak begitu tertekan Tapi bagi mereka yang bekerja sendiri mempunyai syarikat sendiri akan terkesan deng...
Aktiviti Semasa Pkp Ajar Anak Cara Masak Ayam Masak Merah

Aktiviti Semasa Pkp Ajar Anak Cara Masak Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 493 hits
Resepi Ayam Masak Merah Pasti Sedap Rasanya sejak PKP ni dah banyak jugak anak saya belajar masak Setiap kali nak masak memang saya suruh dia masuk dapur sekali Samada dia tolong sikit sikit atau dia masak terus tapi dengan arahan saya The ...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bendi Goreng Bersambal

Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar