As Sayyid Habib Nuh Al Habsyi Rahimahullah 1788m 1866m


Nasab dan keturunan
Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Nuh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a

Makam Habib Nuh.
Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal Habib Nuh. Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin yang meninggal di Daik, Indonesia

Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang

Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Nuh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai dua anak lelaki dan tiga anak perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah

Dari banyak sumber yang diperolehi, Habib Nuh sampai ke Singapura tidak lama selepas Sir Stamford Raffles tiba di situ. Usia Habib Nuh pada ketika itu mencecah tiga puluhan. Walaupun beliau telah menghabiskan saki-baki usianya di Singapura dan meninggal dunia di sana tetapi beliau banyak berjalan terutamanya ke Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysia untuk berdakwah

Habib Nuh adalah seorang yang amat warak. Waktu malam, beliau habiskan masa untuk solat hingga terbit fajar. Beliau sering datang ke tanah perkuburan untuk mendoakan roh-roh orang beriman. Habib Nuh juga selalu jalan bersama kawan-kawan rapat melainkan beliau mahu bersendirian pada waktu-waktu tertentu. [5]
Karamah
Banyak karamah yang berlaku dan disaksikan sendiri oleh mereka yang hidup sezaman dengan Habib Nuh. Peranan Habib Nuh sebagai Rijalullah atau Rijalulghaib ini amat sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir sedangkan tugasnya amat besar. Antara kurniaan karamah yang diberikan Allah swt kepada beliau seperti berikut:
1. Menghadiri Sidang Wali-wali [6]
Muhammad Abu Bakar berusia 102 tahun merupakan khadam kepada gurunya iaitu Syeikh Haji Muhammad Said Al Linggi pernah menceritakan satu peristiwa yang berlaku ke atas gurunya yang ada kaitan dengan As Sayid Habib Nuh

Pada satu hari seperti biasa Syeikh Muhammad Said masuk ke bilik suluk khas selepas solat Asar secara berjemaah. Seperti biasa juga, beliau menunggu di luar bilik seandainya beliau dipanggil masuk oleh gurunya untuk perkara-perkara tertentu. Namun, pada petang itu beliau tidak dipanggil sehingga gurunya keluar dari bilik suluk itu apabila hampir masuk waktu Maghrib dan terus solat Maghrib secara berjemaah bersama anak-anak muridnya yang lain

Malam itu Syeikh Muhammad Said tidak mengajar. Selesai solat sunat, Syeikh Muhammad Said berkata kepada Muhammad Abu Bakar

“Engkau tahu aku pergi ke mana tadi?” kata Syeikh Muhammad Said

“Saya tidak tahu,” jawab Muhammad Abu Bakar dengan beradab

“Aku pergi bersidang di Bukit Qhauf. Aku dan Habib Nuh sahaja yang mewakili umat sebelah sini. Rasulullah SAW juga hadir, dan engkau jangan cerita berita ini kepada sesiapa sebelum aku mati.”
Muhammad Abu Bakar menyimpan amanat ini sehingga Syeikh Muhammad Said meninggal dunia. Syeikh Muhammad Said Al Linggi meninggal dunia pada tahun 1926. Menurut Muhammad Abu Bakar, Bukit Qhauf itu berada di luar dari alam Syahadah. Wallahua’lam

Menurutnya lagi, walaupun persidangan itu dihadiri oleh Rasulullah SAW tetapi ia dipengerusikan oleh orang yang istimewa tetapi identiti orang istimewa itu tidak diketahui. Pertanyaan Muhammad Abu Bakar kepada Syeikh Muhammad Said berkenaan pengerusi istimewa itu tidak dijawab

Syeikh Muhammad Said beritahu bahawa majlis yang dihadiri oleh beliau dan Habib Nuh ialah persidangan wali-wali yang membincangkan antara lain tentang satu wabak yang akan turun iaitu wabak cacar. Para wali yang bersidang itu mohon bala itu supaya tidak turun

Menurut Muhammad Abu Bakar, “tempiasnya” masih dirasai orang ramai sehingga ramai yang mati terutamanya orang-orang kafir. Wabak cacar pada masa itu merupakan penyakit yang sangat bahaya dan belum ditemui ubatnya

Muhammad Abu Bakar sendiri pernah diserang wabak cacar sehingga pengsan selama tiga hari. Beliau dirawat oleh Syeikh Muhammad Said. Walaupun sudah sembuh dengan izin Allah tetapi parut cacar di atas bahunya tidak hilang

2. Menundukkan Gabenor Yang Angkuh [7]  Sayid Hassan Al Khattib, penjaga makam Habib Nuh r.h. mengatakan bahawa Sayid Habib Nuh tidak menghormati orang-orang yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi. Walaupun ramai orang menghormati atau takut kepada Crawford, Gabenor Singapura ketika itu tetapi Habib Nuh tidak takut kepadanya

Dalam satu peristiwa, Gabenor Crawford marah dan menghina Habib Nuh kerana beliau tidak menghormatinya. Tiba-tiba sahaja kereta kuda yang dinaiki gabenor itu tidak dapat bergerak. Gabenor naik marah dan bertanyakan hal itu kepada pengiringnya. Akan tetapi pengiring itu bertanya kepada tuan gabenornya, 
“Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”
Gabenor menjawab,“Itu orang gila.”
“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya

Gabenor menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk-nepuk kaki kuda itu, barulah kuda itu boleh berjalan seperti biasa. Sejak itu gabenor sedar betapa As Sayid Habib Nuh mempunyai kelebihan luar biasa

Walau bagaimanapun, pada satu ketika gabenor dengan angkuh memerintahkan orang-orangnya untuk menangkap Habib Nuh dan mengurung di dalam penjara dengan kaki dan tangannya dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana As Sayid Habib Nuh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang beragama Kristian itu. Anehnya, para pengawal penjara kemudian melihat Habib Nuh di luar penjara. tangan dan kakinya tidak dirantai

Walaupun ditangkap semula, Habib Nuh tetap dapat keluar dan kelihatan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku padanya. Akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya

3. Kapal Pelayaran, Terbakar Dan Karam. [8]
Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Nuh di perlabuhan. Habib Nuh menahan barang-barang yang berharga daripada dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang-orang yang terlibat tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap bertegas,
“Tidak boleh barang-barang yang berharga itu dibawa.”
Setelah lama berbalah, akhirnya orang ramai terpaksa akur dengan kemahuan Habib Nuh itu dan pemilik barang-barang tersebut tidak jadi mengirim barangnya dengan kapal itu. Beberapa hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahawa kapal yang berlayar itu terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah tuan punya barang-barang tersebut sedar hikmah di sebalik larangan Habib Nuh itu

4. Habib Nuh Meminta Untuk Melaksanakan Nazar dan Niat

Dalam satu peristiwa lain, ada seorang saudagar ingin meneruskan pelayarannya ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh

Setelah sepuluh tahun berlalu, dia pun pulang dari pelayaran itu. Habib Nuh pergi menemuinya dan menuntut kain seperti yang diniatkannya itu. Orang itu terperanjat kerana dia tidak pernah menyatakan niatnya itu kepada sesiapa dan dia sendiri sudah lupa dengan niatnya itu kerana terlalu lama tetapi Habib Nuh datang mengingatkannya akan niat baiknya itu. [9]
Habib Nuh juga dikenali mempunyai kelebihan untuk tahu masa depan dengan izin Allah. Beliau seolah-olah tahu jika seseorang itu sakit, memerlukan beliau atau memaksudkan beliau

Pada satu masa, seorang India Muslim balik ke India mengikut jalan laut untuk melawat keluarganya. Dia telah berniat bahawa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akan menghadiahkan kepada Habib Nuh satu hadiah

Bila dia pulang, dia terkejut melihat Habib Nuh sudah sedia menunggunya di tepi laut

Habib Nuh kata kepadanya,“Saya percaya bahawa awak sudah berjanji untuk memberikan sesuatu kepada saya.”
Terkejut India Muslim itu lalu berkata, “Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajati dan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada tuan.”
Habib Nuh menjawab,“Saya mahukan beberapa gulung kain kuning untuk disedekahkan kepada orang miskin, yang memerlukannya dan kanak-kanak.”
Sambil memeluk Habib Nuh, India Muslim itu berkata,“Demi Allah, saya amat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati Allah kerana baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga hari untuk menghadiahkannya kepada tuan.”
Dia telah menunaikan janjinya dalam masa yang dijanjikan. [10]
5. Bertemu Di Kota Mekah. [11]
Beliau dikurniakan oleh Allah kebolehan untuk ghaib dan dilihat berada di tempat-tempat yang jauh. Ada yang memberitakan bahawa beliau telah dilihat sedang solat di Masjid Besar Makkah tanpa secara fizikalnya pergi ke sana

Pada satu masa Habib Nuh pernah berkata kepada bakal haji bahawa mereka akan berjumpa di Makkah. Bila jemaah itu sampai di sana, dia telah disambut oleh Habib Nuh sendiri. 
Menurut orang-orang yang hidup sezaman dengan Habib Nuh, mereka pernah bertemu atau berada dengannya di beberapa tempat dalam satu masa yang sama. Kejadian seperti ini tidak pelik bagi wali-wali Allah

6. Tabib Yang Berkat Dan Hebat. [12]
Habib Nuh juga terkenal sebagai tabib yang hebat terutamanya ke atas kanak-kanak yang memang disukainya. Pernah beliau merawat seorang kanak-kanak yang cedera di kakinya dengan hanya meletakkan tangan-tangan beliau di atas luka itu dan membaca doa. Dalam masa yang singkat, kanak-kanak itu sudah boleh berlari semula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atasnya

Bapa kepada kanak-kanak itu amat gembira, dia telah memberikan wang kepada Habib Nuh tapi Habib Nuh memberikan wang itu kepada yang memerlukan

Habib Nuh sanggup mengharungi ribut untuk pergi mengubati kanak-kanak yang sakit. Beliau pernah berjalan ke Paya Lebar dari rumah beliau di Telok Blangah ketika hujan lebat untuk mengubati seorang kanak-kanak. Bila beliau sampai di rumah kanak-kanak itu, ibu bapa kanak-kanak itu terkejut melihat pakaian Habib Nuh langsung tidak basah

7. Air Bertukar Menjadi Susu. [13]
Dalam satu insiden lain, Habib Nuh telah dikejutkan oleh tangisan berterusan anak jirannya. Apabila Habib Nuh pergi ke sana, beliau dapati bahawa keluarga itu amat miskin dan tidak mampu membeli makanan untuk anak yang kelaparan itu

Habib Nuh menangis apabila mendengar cerita keluarga miskin itu. Lantas beliau mengambil satu tempurung kelapa untuk menuangkan air ke dalamnya dan membaca doa. Dengan kehendak Allah, air itu bertukar menjadi susu untuk diminum oleh kanak-kanak tersebut

8. Mimpi Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah As-Suhaimi BaSyaiban [14]
Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid junjungan nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya

Pada satu malam, beliau bermimpi dan di dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan junjungan nabi Muhammad s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun kembali ke rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi baginda nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada baginda nabi s.a.w

“Ya RasulAllah, marilah kita ziarahi rumah kawan saya Muhammad Suhaimi.”
Tetapi junjungan nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda,
“Aku tidak mahu menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan aku, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulidku.”
Habib Nuh merayu kepada baginda nabi s.a.w,“Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni.”
Setelah itu barulah junjungan nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung

Inilah kisah mimpi Kiyai Agung. Selepas isyarat mimpi itu maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid sehingga dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut

9. Keberkatan Menyayangi Kanak-kanak [15]
Antara sifat yang menonjol pada diri As Sayid Habib Nuh ialah beliau sangat menyayangi kanak-kanak . Sering orang bertemu Habib Nuh dikelilingi oleh kanak-kanak

Kadang-kadang beliau singgah di kedai-kedai bersama sekumpulan kanak-kanak yang akan mengambil seberapa banyak makanan yang ada tanpa apa-apa bayaran. Anehnya, ke semua tuan kedai tidak melarang perbuatan itu. Mereka yakin kedai mereka akan beroleh keberkatan jika dikunjungi oleh Habib Nuh bersama kumpulan kanak-kanak tersebut

Perkara ini terbukti apabila kedai-kedai orang Islam yang pernah dikunjungi oleh Habib Nuh bersama kanak-kanak, menjadi maju dan tidak putus-putus dikunjungi pelanggan

Sayid Habib Nuh sayang kepada kanak-kanak kerana mereka adalah Ahlul Jannah (ahli Syurga)

10. Tebuan Menghormati Jenazah Beliau [16]
Diceritakan ketika keranda jenazah Habib Nuh diusung ke makam pusaranya, mereka terpaksa membawa keranda tersebut melalui satu lorong kecil. Di kiri dan kanan sepanjang perjalanan lorong kecil tersebut kedapatan penuh dengan pokok buluh Cina serta daun-daunnya yang panjang. 
Semasa melalui lorong itu, keranda tersebut merempuh sarang tebuan sehingga sarang itu pecah. Namun tebuan-tebuan itu tidak menganggu orang ramai yang mengiringi jenazah itu

11. Pusara Terselamat Dari Letupan Bom dan Pemugaran

Karamah beliau tidak habis di situ saja. Semasa Perang dunia kedua, bila Telok Blangah dibom dengan hebatnya oleh Jepun, tiada satu bom pun singgah di pusara Habib Nuh

Apabila kerajaan Singapura mahu membina satu jalanraya di Tanjung Pagar, jambatan telah direka bentuk untuk membengkok melengkarinya, tingginya hampir sama dengan kedudukan Makam Habib Nuh. [17]
Dikatakan, menurut rancangan pemerintah, makam Habib Nuh dan Masjid Haji Mohd Salleh perlu dipindahkan demi membolehkan pembinaan Highway dibina lurus. Tanpa menghiraukan rayuan daripada jawatankuasa makam dan masjid, kontraktor pembangunan telah menempatkan beberapa jentolak untuk memulakan kerja-kerjanya. Dengan kuasa Allah, semua jentolak tidak dapat dihidupkan

Akhirnya, lebuh raya terpaksa dibina membelok di antara sekitar makam dan masjid. [18]
Nasihat dan Wasiat
Beberapa hari sebelum Habib Nuh meninggal dunia, beliau telah memberikan banyak nasihat kepada kawan-kawan setianya. Antara mutiara kata beliau ialah,
“Jangan jadi tamak terhadap harta dunia dan jangan punya perasaan hasad dengki terhadap sesiapa pun sepanjang hidupmu.”
Sebelum meninggal, Habib Nuh telah berpesan kepada kawan-kawannya agar jenazah beliau dikebumikan di Mount Palmer iaitu sebuah bukit kecil di jalan Palmer yang merupakan tanah perkuburan kecil pada masa itu. Walau bagaimanapun pada hari beliau meninggal, semua kawan-kawannya telah lupa akan pesanan itu dan mereka semua bersedia untuk menuju ke tanah perkuburan Bidadari Muslim

Bila sampai masanya untuk mengangkat keranda, ia tidak berganjak dari atas tanah. Tidak ada seorang pun terdaya mengangkatnya. Persekitaran menjadi kelam kabut, dan hampir setiap orang menangis melihat keranda itu tidak berganjak walaupun cuba diangkat oleh lelaki-lelaki yang gagah

Mujurlah ada seorang daripada yang hadir teringat akan pesan Habib Nuh dan tampil menceritakan hal yang sebenarnya kepada setiap orang yang hadir. Setiap orang menyedari bahawa mereka telah lupa tentang pesanan tersebut lalu bersepakat memutuskan untuk bergerak menuju ke Mount Palmer

Dengan kehendak Allah, keranda itu boleh diangkat dengan mudah dan laungan Allahu Akbar bergema mengiringi perjalanan mereka. Dengan izin Allah juga, jenazah Habib Nuh telah selamat dikebumikan di Mount Palmer. [19]
Kembali ke Rahmatullah
Setelah 78 tahun mengabdikan diri beliau kepada Islam, Habib Nuh telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, 27 Julai 1866 bersamaan dengan 14 Rabiul Awal 1283. Habib Nuh menghembuskan nafasnya yang terakhir di Telok Blangah di kediaman Temenggong Abu Bakar, Johor

Apabila berita Habib Nuh meninggal dunia tersebar, ramai orang daripada pelbagai peringkat termasuk orang-orang Inggeris yang telah memeluk Islam melalui beliau dan mereka yang berada di kepulauan-kepulauan berhampiran telah datang untuk menziarahi pusaranya. Pada hari yang sama, semua aktiviti harian kereta kuda yang ada di Singapura dihentikan demi membawa pengunjung-pengunjung ke makamnya tanpa bayaran. [20]
Di belakang makam Habib Nuh, terdapat sebuah makam yang dipercayai adalah makam Qadhi pertama di Singapura pada era pemerintahan British. Beliau dikatakan anak saudara kepada Habib Nuh dari kaum kerabat Alhabsyi, namanya Said Abdul Rahman Bin Salim Al-Habsyi r.a yang wafat pada tahun 1867

Beberapa tahun selepas jenazah Habib Nuh dikebumikan pada tahun 1890, seorang hartawan bernama Sayid Muhammad bin Ahmad Al Sagof telah membuat binaan di atas makam Habib Nuh tersebut. Beberapa tahun lalu makam itu dibaik pulih kerana binaan lama sudah hampir roboh

Pada tahun 1962, kerajaan Singapura menambak laut di sekitar makam itu sehingga menjadi dataran. Dan di situ juga didirikan bangunan-bangunan. Keadaan tempat itu sekarang jauh berbeza jika dibandingkan sebelum ada makam Habib Nuh

Dengan itu makam Sayid Habib Nuh terus selamat dan terjaga. Makam Habib Nuh yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer bersebelahan dengan Masjid Haji Mohd Salleh telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak Majlis Ugama Islam Singapura untuk segala urusan yang berkaitan dengan makam

Menjadi kebiasaan, makam Habib Nuh sering diziarahi oleh orang ramai termasuk orang-orang Arab dari Hadralmaut dan negara-negara Arab lain serta umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat keberkatan daripada kewaliannya. Juga sebagai memenuhi seruan Rasulullah S.A.W supaya menziarahi kubur agar dapat mengingati mati (zikrul maut). [21]
Semoga Allah merahmati roh beliau. ~Al-Fatihah~
Rujukan :[1] Riwayat Imam Bukhari dan Muslim
[2] Sahih Ibnu Hibban
[3] Menziarahi Kekasih Allah di Hadhramaut, Yaman, Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al- Linggi, M/S : 8-9
[4] Menziarahi Kekasih Allah di Hadhramaut, Yaman, M/S : 18
[5] www. suhaimy.org/Habib Noh Ulama yang boleh ghaib
[6] Heliconia [email protected]/As Sayid Habib Nuh – Rahmat ke atas Singapura
[7] Ibid
[8] Ibid
[9] Ibid dan http://www.bahrusshofa.blogspot.com : Habib Nuh al-Habsyi
[10] http://www.bahrusshofa.blogspot.com : Habib Nuh al-Habsyi
[11] www.suhaimy.org/Habib Noh Ulama yang boleh ghaib
[12] Ibid
[13] Iibid
[14] http://www.bahrusshofa.blogspot.com : Habib Nuh al-Habsyi
[15]Heliconia [email protected]/As Sayid Habib Nuh  -  Rahmat ke atas Singapura
[16] Ibid
[17] www.suhaimy.org/Habib Noh Ulama yang boleh ghaib
[18] Forum Melayu Singapore Topic: SEJARAH : Habib Noh: The Saint of Singapore[19] Opcit
[20] www.suhaimy.org/Habib Noh Ulama yang boleh ghaib[21][email protected]/As Sayid Habib Nuh – Rahmat ke atas Singapura
Ada sebahagian url atau link di sebagai rujukan tidak dapat dibuka. Saya tak tahu kenapa. Wallahua'lam


SumberAntara 7 wali Allah di Tanah Melayu
Makam Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bebasperibadimu.blogspot.com/2021/03/as-sayyid-habib-nuh-al-habsyi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saintis Ingin Bahtera Nabi Nuh Di Permukaan Bulan Bagi Menyimpan Flora Dan Fauna Bumi

Saintis Ingin Bahtera Nabi Nuh Di Permukaan Bulan Bagi Menyimpan Flora Dan Fauna Bumi

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 170 hits
Dianggar 150 spesis flora dan fauna di muka bumi pupus setiap hari kerana kehilangan habitat perubahan iklim dan campur tangan manusia Sebelum kepupusan total berlaku saintis telah memulakan projek mengumpul benih dan sampel biologi kesemua...
Dai Syed Iqmal Ya Habib Chord

Dai Syed Iqmal Ya Habib Chord

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 611 hits
Fainnama al usriyusra innama al usriyusraG m G mDiusirnya aku tepat pada masaF mRintihan kejar janji dunia semataC mKu di sini masih diri bagai hambaD mSampai mati pasti digarinyaG mYang dibina lama runtuh dalam saatF mYang lari takut yang ...
Lirik Ya Habib Dai Syed Iqmal

Lirik Ya Habib Dai Syed Iqmal

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 1027 hits
Diusirnya aku tepat pada masaRintihan kejar janji dunia semataKu disini masih diri bagai hambaSampai mati pasti digarinyaYang dibina lama runtuh dalam saatYang lari takut yang tinggal pasti
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim