Apakah Bersifat Lenient Itu Menjadikan Korang Bapa Yang Baik


Assalamualaikum, salam Jumaat buat semua. Hari Jumaat yang mulia ini bukanlah waktu yang sesuai untuk throwback kisah yang pahit lagi memilukan. Tapi cuma sekadar perkongsian kepada rakan pembaca bahawa untuk menjadi seorang ayah (yang terbaik) adalah tersangat tidak mudah

So abam-abam yang berhasrat membina mahligai rumah tangga tu, harap bersedia ok?

Abah, seorang yang tegas dan kurang bercakap. Tapi keberadaannya di rumah boleh menjadikan kami semua 6 beradik jadi tertib dan berjurus* tanpa perlu beliau bersuara sedikit pun. Zaman Xu kecil dulu, kehidupan kami lebih kepada Mama. Apa-apa keperluan, kami akan rujuk Ma. Nak beli apa-apa, kami cari Ma. Seingat Xu, sehingga darjah 6, tak pernah sekali pun Xu meminta yuran sekolah or apa-apa lah direct kepada abah. Mesti akan melalui orang tengah, iaitu Ma

Zaman sekolah dulu pun, kalau cikgu bagi surat jemputan untuk sign report card, tak pernah abah yang datang. Semua Ma yang sign. Bila naik ke sekolah menengah, sekali je abah hantar aku ke asrama, iaitu ketika nak daftar masuk kali pertama. Baru nak masuk asrama kan banyak barang kena bawak. Haruslah hantar dengan kereta. Cuti akhir tahun, nak balik rumah kena balik sendiri. Barang-barang angkut sikit-sikit setiap kali ada minggu boleh balik bermalam di rumah

Itu di zaman remaja. Kemudian melangkah ke fasa antara remaja dan alam dewasa. Masa tu Xu belajar kat universiti. Sehingga lah nak grad, macam-macam bisnes part time yang Xu buat untuk survive kehidupan kat U. Memang ada bantuan sara hidup dari MARA, tapi memang tak berapa nak cukup sebab dengan kos asrama, kemudian masuk semester ke-4, aku menyewa rumah pulak, dengan tujuan nak dekat sikit pergi kelas

Bila Xu dapat result exam, aku dapat dekan pun tiada pujian dari abah. Kalau dapat result so-so pun, seingat aku abah takde pulak marah. Hmm..bila tiba hari konvokesyen, pun abah tak menghadirkan diri. Disuruhnya Ma dan kakak sulung pergi tengok aku konvo

Tapi, adakah semua tu menunjukkan bahawa abah seorang bapa yang teruk, tak ambil peduli dan dingin

No. Absolutely no


Abah sebenarnya sangat cakna dan tegas dalam perihal agama dan ilmu akhirat

- Dulu abah merupakan guru pertama aku dalam mengaji al-quran. Dan aku antara yang terawal khatam quran antara adik beradik lain iaitu hujung tahun nak masuk darjah 2
- Masa darjah 3, abah pernah gunting rambut aku compang-camping sebab keluar rumah tak pakai tudung
- Aku pernah di rotan hanya disebabkan aku keluar bermain dengan baju berlengan pendek. - Bagi aku abah terlampau garang dalam bab bacaan bertajwid, terutamanya surah Al-Fatihah
- Setiap kali waktu solat, abah akan tanya dah solat ke belum. Kalau aku jawab sudah, dia akan sentuh ubun-ubun aku nak memastikan ianya basah atau tak. (kesan dari berwuduk)- Bila ada tetamu datang, cukup dengan satu 'jelingan tajam' dari abah, kami semua anak dara faham-faham sendiri, lari masuk ke bilik

Paling aku ingat ADALAH HARI JUMAAT

Kenapa hari Jumaat aku teringat nak buat throwback pasal abah? Sebab ini lah. Sebab memori inilah yang menggamit aku untuk bercerita

Abah seorang penjawat awam, dan seperti biasa setiap hari Jumaat, mereka akan balik awal iaitu pada jam 12 tengahari. Dalam sejam sebelum nak ke masjid untuk solat Jumaat tu, abah akan memanggil aku mencabut rambut putih / ubannya sehinggalah beliau tertidur

Aku pula seorang yang taat dan lurus. Aku takkan berganjak ke mana-mana selagi abah tak cakap 'berhenti'.hahaha. So biarpun abah dah jauh 'berlayar' ke alam mimpi, aku masih lagi di sisi nya mencabut rambut hitam, sebab pada ketika tu, rambut putih dah tak lagi aku jumpa. haha
Begitulah aku di zaman kanak-kanak. Nakal, tapi adakalanya boleh jadi seorang yang teramat lurus. 
Sebenarnya kalau nak diceritakan, terlampau banyak! Namun, secara ringkas boleh Xu ulas di sini adalah, apa saja yang kurang dari abah atau apa yang tak diberikan kepada aku selama beliau membesarkan aku, langsung tak menjadi nanah di hati aku

Sungguh. Aku tak berdendam pada abah

Bagi aku, hidup sebagai suami isteri ini memang resminya adalah saling melnegkapi kekurangan satu sama lain. Aku tahu, bahkan sangat faham situasi abah pada masa itu. Aku sendiri pun kan dah berumah tangga. Jadi aku faham sangat

Ma merupakan anugerah paling istimewa buat abah, dan juga buat kami. Ma lah yang menjaga sudut batin kami, menceriakan kami, tempat kami mengadu dan menumpang bahu

Manakala abah mengambil peranan yang lebih penting, iaitu memastikan kami anak-anak hidup betul-betul ikut landasan menuju akhirat, dan berusaha menyelamatkan kami dari di sentuh api neraka. *iskk..menitis air mata*


Ya Allah, kau redhailah kedua ibu bapa ku, dan jangan Kau benarkan api neraka menyentuh walau seinci dari tubuh mereka ya Allah.

Orang lain boleh berkata apa yang mereka mahu. Menghukum, melabel dan memberikan gelaran-gelaran yang tak cantik pada kita. Tapi bagi aku, selagi kita tahu tanggungjawab utama kita dalam mendidik anak, dan jelas dengan tujuan dan maksud kita hidup di atas muka bumi Allah ini, insyaAllah anda pasti akan menjadi BAPA YANG ABIK biarpun pada mata anak-anak, anda dilihat sebagai monter, raksasa atau sebagainya

Usah risau kerana itu hanya sementara. Kelak mereka dah dewasa dan ammpu menilai (macam aku sekarang ni), mereka akan sendiri sedar "Allhu! beruntungnya aku mempunya ayah begini. Kalau tidak, mungkin aku bukan aku yang sekarang.."
Betu. Itulah yang aku rasa sekarang. Kalau aku ber abahkan orang lain, mungkin aku tak jadi Syuhadah yang sekarang. Mungkin aku sekarang seorang penyanyi. Atau pelakon?  who knows? 
Aku yakin abah sebenarnya dah mencongak, anaknya yang ini, cenderung minatnya ke bidang nyanyian dan lakonan. Jadi beliau sudah merancang nak detour kecenderungan aku tu ke arah agama. Dulu aku darjah 3 hingga 5 merupakan wakil sekolah dalam tilawah. Dan abah guru aku. Begitu juga nasyid. Sehingga darjah 6, ustazah sentiasa memilih aku menjadi tekong (vocalist) kumpulan nasyid

Bagi aku, abah sebenarnya dah pun memberikan semua yang aku sepatutnya dapat. Dan banyak juga benda yang sebenarnya abah mampu bagi tapi sengaja beliau taknak bagi. Banyak hikmah yang aku dapat di sebaliknya

Dan overall aku rumuskan, kini abah dah nak masuk umur 66 tahun dah, baru aku rasa 'kasih' dan 'chemistry' nya dengan abah. Mungkin sebab sifat abah yang tegas dan garang dulu menjadikan aku emotionally detached dengan abah. Dan kini aku pun dah berkeluarga, dan abah pun dah bercucu, baru aku dapat berbual tanpa awkward dengan abah

Boleh bergurau, mengusik dan acah-acah memerli gitu. Bagi aku, ini merupakan sesuatu yang sangat baru dan detik ini sangat aku hargai dan pasti akan aku nikmatinya selagi masih ada masa



Kakcik sayang Abah
Kakcik sayang Ma



Sekali lagi, kenapa aku nak cerita semua ni
Sebab hari ni hari Jumaat, dua orang anak teruna aku Naufal (5) dan Nufael(3), kedua-duanya mengulit rambut aku sehingga aku tertidur. Bila terjaga jam 2.30 petang, aku rasa sangat 'dejavu' dengan situasi ini, lalu terus aku menulisnya di sini, di blog Annur Syuhadah


*(Jurus : loghat ganu yang membawa erti bertingkah laku baik)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2019/11/apakah-bersifat-lenient-itu-menjadikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Yang Cepat Takut Atau Risau Akan Pindahkan Ketakutan Itu Pada Anak

Ibu Bapa Yang Cepat Takut Atau Risau Akan Pindahkan Ketakutan Itu Pada Anak

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 342 hits
Apabila anda menjerit melompat berpeluh dan cemas apabila terlihat LIPAS kemungkinan besar anda akan memindahkan ketakutan itu kepada anak juga Perkongsian dari Perunding Keibubapaan Parent Connect Puan Noor Afidah Abu Bakar ini menjelaskan...
Berdiam Itu Adalah Lebih Baik Dari Berkata Kata

Berdiam Itu Adalah Lebih Baik Dari Berkata Kata

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 1735 hits
Ramai di antara kita cenderung untuk meluahkan apa sahaja yang kita terfikir dan rasakan Tetapi sebenarnya dalam kebanyakan masa ia sepatotnya tidak perlu Berdiam Itu Adalah Lebih Baik Dari Berkata KataKata kata yang kita ucapkan mempunyai ...
Bapa Yang Rajin Melayan Anak Akan Menjadikan Anak Hebat Kurang Bermasalah Jadilah Involved Father

Bapa Yang Rajin Melayan Anak Akan Menjadikan Anak Hebat Kurang Bermasalah Jadilah Involved Father

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 370 hits
Anak anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki Masa anak anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah Kadang kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang ...
Taklimat Bersama Ibu Bapa Prasekolah Sk Seri Makmur Sesi 2020

Taklimat Bersama Ibu Bapa Prasekolah Sk Seri Makmur Sesi 2020

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 539 hits
Pada 2 November 2019 yang lepas Prasekolah SK Seri Makmur telah mengadakan satu Taklimat Bersama Ibu Bapa Penjaga Prasekolah SK Seri Makmur bagi Sesi 2020 Taklimat ini telah diadakan di Dewan Za ba SK Seri Makmur yang bermula pada jama 9 pa...
Wtf Ibu Bapa Ini Biarkan Anaknya Kencing Di Atas Kerusi Ktm Tanpa Rasa Bersalah

Wtf Ibu Bapa Ini Biarkan Anaknya Kencing Di Atas Kerusi Ktm Tanpa Rasa Bersalah

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 387 hits
Tutur kata dan perlakuan ibu bapa adalah cermin peribadi anak Ibu bapa adalah insan yang paling dekat dengan anak anak Maka tidak hairanlah jika mereka memberi pengaruh besar kepada anak anak terutama yang masih kecil sama ada dari segi tin...
5459 Basikal Lajak Ibu Bapa Perlu Tentukan Anak Anak Berada Di Rumah Selepas Maghrib Bernama 06 11 2019

5459 Basikal Lajak Ibu Bapa Perlu Tentukan Anak Anak Berada Di Rumah Selepas Maghrib Bernama 06 11 2019

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 479 hits
MELAKA 6 Nov Ibu bapa harus kembali kepada kaedah tradisi dalam mendidik anak anak terutama di peringkat kanak kanak dan awal remaja dengan membuat peraturan supaya mereka berada di rumah sebelum waktu Maghrib bagi menentukan mereka tidak t...
Berjaya Mengembara 4 Buah Negara Bersama Si Kecil Ini Pesanan Buat Ibu Bapa Yang Ingin Bawa Anak Bercuti

Berjaya Mengembara 4 Buah Negara Bersama Si Kecil Ini Pesanan Buat Ibu Bapa Yang Ingin Bawa Anak Bercuti

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 455 hits
Percutian antarabangsa bersama anak anak memang pendidikan luar sekolah yang unik dan indah Tentu sekali bonding time ini tidak akan dilupakan oleh anak anak dan ibu bapa Ibu kepada dua anak iaitu Puan Azlia Ajid mula membawa anak anaknya b...
Az Zahwari Bapa Pembedahan Moden

Az Zahwari Bapa Pembedahan Moden

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 406 hits
Assalamualaikum dan salam hormat buat pembaca budiman blog redzuan ridz Untuk perkongsian kali ini saya ingin berkongsi satu lagi tokoh islam yang telah dilupai dari tokoh dan ilmuwan islam ulung yang pernah saya kongsikan dalam pelbagai bi...
Sebak Demi Doa Buat Ayah Anak Oku Ini Tekad Mahu Ziarah Kubur Bapa Setiap Hari

Sebak Demi Doa Buat Ayah Anak Oku Ini Tekad Mahu Ziarah Kubur Bapa Setiap Hari

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 309 hits
Dikala kanak kanak lain seronok dibelai manja oleh sang ayah bagi adik Mohd Naufal Rahim berusia 3 tahun pula hanya pusara arwah ayahnya tempat dia meluah rasa rindu Kisah adik Naufal mula mendapat perhatian setelah ibunya berkongsi gelagat...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo