Apa Patut Kita Jawab Bila Orang Tanya Kamu Kerja Apa


Bila ada orang yang tanya kita soalan,
“Kamu kerja apa?”
Sebenarnya dia betul-betul serius nak tau kita kerja apa, atau adakah itu sebenarnya sekadar pembuka bicara untuk dia sembang hal-hal lain dengan kita.
 
Soalan yang sama kerap kali ditanyakan kepada saya. Pada mulanya saya anggap soalan ini bukanlah satu soalan yang sangat penting. Tapi lama kelamaan apabila kerap sangat ditanya soalan macam ini, saya mula rasa pasti ada sesuatu yang penting disebalik pertanyaan “kamu kerja apa?” ini.
 
Sudah tentu orang yang bertanya tu adalah orang yang berbeza. Bila saya dapat soalan macam tu, selalunya saya akan beri jawapan yang berbeza-beza, bergantung kepada siapa yang bertanya. Saya ni sebenarnya ada buat beberapa kerja dalam satu-satu masa, jadi saya akan pilih untuk beritahu, apakah kerja yang mudah untuk si penanya faham.
 
Kemudian saya dapati, respon setiap orang yang mendengar jawapan saya juga agak berbeza, of course. Boleh jadi jawapan balas yang saya terima adalah berbeza disebabkan oleh latar belakang si penanya juga adalah berbeza.
 
Apa nak jawab? Ini antara jawapan yang saya pernah berikan, untuk soalan “kamu kerja apa?”
Saya pernah jawab, yang saya kerja sebagai seorang copywriter.
Terkebil-kebil orang tu bila saya kata saya kerja sebagai copywriter.

Mungkin pada waktu tu, istilah copywriter ini agak asing. Atau boleh jadi juga, dia sebenarnya bukannya ambil tahu sangat tentang kerja dan kerjaya yang ada di dunia ini. Sebab tu bila saya sebut istilah copywriter, terus dia menunjukkan reaksi yang agak pelik.
 
Agaknya dalam keadaan dengar tak dengar tu, mungkin dia dengar saya kata, saya kerja sebagai auditor. Sebab pernah satu masa tu jawapan saya tu disambut dengan ayat “wah macam tu besarlah gaji kamu!”
(Eh sure ke gaji seorang copywriter ni besar?)

 
Saya cepat-cepat perbetulkan misconception yang berlaku disitu.
Eh bukan auditor la.
Copywriter!
Kerja saya adalah tulis ayat iklan (atau artikel iklan) untuk pemilik bisnes yang berminat untuk dapatkan khidmat penulisan dari saya dan pada masa sama saya juga promosikan produk-produk yang saya kira sesuai untuk sasaran audience saya.
 
Harapnya dia faham la selepas saya berikan penjelasan ringkas tersebut. Agaknya kalau saya kata saya kerja sebagai seorang ghostwriter, mungkin lagi pening orang tu.
 
Pernah juga saya bagi jawapan yang saya ni seorang blogger. Dengan harapan, istilah blogger itu lebih dikenali dan saya percaya perkataan blogger itu sendiri kerap kali muncul sama ada di media massa dan juga media sosial.

Kemudian saya rasa macam tak berapa kena pula istilah blogger tu dengan diri saya. Walaupun saya menulis di blog, tapi sebenarnya saya tak pernah anggap diri saya sebagai seorang blogger. Kalau nak kata saya ni seorang penulis, ya, yang itu betul. Saya adalah seorang penulis yang memilih blog sebagai medium penulisan.
 
Namun begitu saya sendiri tidak menganggap diri saya ini sebagai seorang blogger.
 
Tak lama lepas tu, saya tukar pula jawapan saya kepada “saya buat bisnes online”. Saya rasa jawapan ini merupakan satu jawapan yang selamat. Maklumlah, saya ni banyak terlibat dengan kerja-kerja mempromosikan barang melalui program affiliate yang saya pernah sertai.
 
Sebenarnya istilah program affiliate pun masih ramai yang belum tahu apa maksudnya dan bagaimana cara buat duit dengan program affiliate. But its okay, sebabnya saya dah pernah tulis satu artikel yang membincangkan tentang cara buat duit dengan program affiliate sebelum ini.
 
Jadi sekiranya adalah antara mereka yang masih belum faham, apa itu program affiliate dan bagaimana cara nak buat duit dengan program ini, silakanlah baca artikel saya yang bertajuk apa itu affiliate marketing.
 
Untuk program affiliate ini, saya nak rekemen anda untuk sertai program yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat berikut. Saya berpendapat, syarikat-syarikat yang saya senaraikan dibawah ini mempunyai senarai produk yang bagus dan mudah untuk dapat jualan.
 
(1) Access Trade Ini sebenarnya merupakan sebuah syarikat affiliate network. Kita daftar akaun (sebagai ejen affiliate) dengan pihak mereka, kemudian kita akan diberi akses untuk mempromosikan pelbagai jenama terkenal, seperti Lazada, Shopee, dan banyak lagi.

Anda boleh ke halaman berikut untuk mula mendaftarkan akaun affiliate Access Trade anda secara percuma sahaja.
 
(2) Involve Asia Ini juga merupakan sebuah laman web affiliate network. Dari segi konsep, ianya tak jauh beza dengan Access Trade. Kalau anda boleh faham bagaimana laman web accesstrade berfungsi, bermakna anda tak ada masalah untuk fahami cara kerja di Involve Asia juga.

Anda boleh ke halaman ini untuk mula mendapatkan akaun keahlian anda. Pendaftaran sebagai ejen affiliate bersama dengan Involve Asia ini juga adalah percuma.
 
(3) Lazada Malaysia Selain menyertai program affiliate bersama syarikat affiliate network, kita juga sebenarnya boleh daftar secara terus dengan pihak syarikat yang menjalankan program affiliate mereka sendiri.

Anda juga sebenarnya boleh daftar program affiliate Lazada secara terus bersama dengan syarikat mereka. Kelebihan mendaftar terus dengan syarikat pemilik produk tanpa melalui affiliate network adalah anda boleh nikmati peratus komisen yang lebih tinggi.
 
Untuk daftar program affiliate Lazada, boleh ke halaman ini. Bila dah berada dihalaman tersebut, scroll down sampai jumpa menu “affiliate marketing”.
 
(4) Shopee Malaysia Shopee adalah satu jenama laman web online Shopping yang tak perlu diperkenalkan lagi.

Terdapat beberapa cara untuk anda mula buat duit sebagai seorang affiliate Shopee. Anda boleh pilih sama ada
i. Jalankan program affiliate Shopee melalui Affiliate Network
Boleh daftar sama ada melalui Access trade, Involve Asia ataupun IndoLeads.
 
ii. Sertai program in-house
Daftar terus di laman web Shopee disini.
 
Saya pernah tulis artikel mengenai cara buat duit dengan Shopee disini. Kalau anda ada masa, silakanlah baca artikel tersebut ya. Mungkin ada beberapa perkara yang berguna untuk anda dalam artikel tersebut.
 
(5)PG Mall PG Mall juga ada menawarkan sebuah program affiliate yang agak menarik.

Program PG Mall ini menggunakan konsep cash back. Kalau program affiliate lain, kita akan dibayar komisen, tapi di PG Mall kita akan dapat cash back.
 
Contohnya ini adalah cash back yang saya telah pun perolehi.

Kalau rajin buat marketing In Shaa Allah boleh dapat pulangan yang lebih lumayan berbanding yang saya perolehi. Saya juga ada menulis mengenai PG Mall sebelum ini. Boleh baca menerusi pautan dibawah ya
(1) Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
(2) Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall
 
Kalau anda minat nak daftar akaun dengan PG Mall, boleh buat pendaftaran percuma sahaja menerusi pautan berikut ya.
(6) Klikjer Klikjer ini pula adalah sebuah laman web yang menjual pelbagai panduan dalam bentuk ebook.

Panduan yang dijual adalah panduan yang membantu pembaca untuk menambahkan pendapatan sama ada melalui bisnes, pelaburan ataupun program internet yang sah.
 
Anda boleh ke halaman ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai program Klikjer ini. Saya nak tinggalkan dulu perkongsian pasal affiliate marketing ini dan nak kembali kepada topik asal pula ya.
 
Saya juga pernah tawarkan khidmat penulisan artikel advertorial kepada pemilik bisnes yang minat untuk dapatkan khidmat tersebut dari saya.
 
Kiranya macam buat bisnes lah kan. Instead of saya jual barang, saya memilih untuk menjual perkhidmatan (servis).
 
Tapi rupanya ada juga yang salah anggap. Bila saya kata saya buat bisnes online, orang yang bertanya tu tanya balik kat saya, “oh jual barang bundle ye?”
Kenapa ya dia terus tanya macam tu.
Boleh jadi jugak, pada waktu tu terlalu ramai orang yang jual barang bundle secara online. Buat live dekat Facebook, Insta, Tiktok semua tu untuk jual barang, sama ada jual pakaian bundle, kasut, jam tangan G-Shock copy-ori dan sebagainya.
 
Pernah juga saya rasa nak cakap yang saya ni seorang trader. Saya ada terlibat dengan beli dan jual saham dan juga matawang kripto. Biasalah, beli ketika harga masih murah dan jual apabila dah ada keuntungan.
 
Tapi bila difikir-fikirkan balik… Erm… tak jadilah nak cakap pasal benda tu. Saya cepat-cepat tarik handbrake.

Sebab saya pun baru cuba-cuba dalam bidang ini, and masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari. Lagipun, bukannya setiap trade yang saya buat tu, saya dapat untung. Saya pun kerap kali rugi. Cuma biasalah, dalam spot trading saham dan juga matawang kripto ini, kita masih belum betul-betul rugi, selagi mana kita masih belum jual pegangan kita tu.
 
Saya rasa baik saya diamkan sahaja dan tak perlulah nak cerita dekat orang lain yang saya ada melakukan perdagangan saham dan juga cryptocurrency. Tapi kalau selepas ini ada yang tahu sebab terbaca blog saya, itu lain cerita.
 
Apa kata kalau kita tak payah jawab Pada satu hari, terlintas difikiran saya.
Bagaimana kalau bila orang tanya, “awak kerja apa?” kita tak payah jawab soalan tu.
Sebaliknya, kita cuma ketawa dengan agak kuat, atau buat-buat bersin, (atau buat-buat batuk), buat-buat macam tak dengar, kemudian kita terus tanya balik soalan yang berbeza kepada si penanya. Dalam keadaan ini kita sebenarnya cuba untuk tukar topik perbualan.
 
Contohnya,
“Ko kerja apa bro?”
“Ahahaha…. wehh ko dah ambik booster ke?”
Ataupun
“Aaa cimmm… (bersin)… ko dah ambik booster ke belum?”
 
Kita perlu sedar satu perkara. Kadang-kadang, orang yang bertanya sesuatu soalan ini, dia bertanyakan soalan tersebut, bukanlah sebab dia betul-betul nak tahu apa jawapannya. Sebaliknya, itu sekadar untuk membuka bicara sahaja. Lebih-lebih lagi kalau jawapan bagi persoalan tersebut, sebenarnya tak memberi sebarang nilai tambah kepada diri si penanya tu sendiri.
 
Si penanya: “Kamu kerja apa?”
Saya: “Copywriter”.
Si penanya: “Emak sihat?”
 
Soalan kedua langsung tak ada kaitan dengan soalan yang pertama. In fact dia tak cuba untuk panjangkan lagi perbualan tersebut dengan bertanya soalan lanjutan yang berkait rapat dengan soalan pertama tu tadi. Apa yang saya boleh katakan, sebenarnya apa pun jawapan yang kita berikan, langsung tak penting kepada si penanya.
 
Kita pun tak perlu nak terlalu bersungguh-sungguh nak buatkan si penanya itu faham dengan jawapan kita. Tak perlu nak terlalu beriya sangat nak terangkan, sampai dia faham apa sebenarnya kerja yang kita buat.
 
Lagipun jawapan kepada soalan tersebut langsung tak relevan kepada yang bertanya dan dia bukan betul-betul nak tahu pun jawapan untuk soalan tersebut.
 
Ini berbeza kalau jawapan tersebut memang diperlukan oleh si penanya itu tadi. Misalnya orang yang bertanya arah atau jalan.
“Bang, kat mana mesin ATM?”

 
Ataupun orang yang memang sedang berada dalam satu masalah dan sedang mencari jawapan serta penyelesaian bagi masalah yang dihadapi.
 
Dalam keadaan ini, si penanya itu tadi akan betul-betul tumpukan perhatian kepada jawapan bagi soalan yang ditanya, sebabnya jawapan tersebut memang diperlukan.
 
“Awak kerja apa” adakah ianya soalan yang sensitif? Pernah tak anda terfikir yang sebenarnya soalan macam ni agak sensitif. Tak semua orang rasa selesa bila ditanya soalan yang macam tu.
 
Ya memang betul, adakalanya soalan ini memang wajib dijawab. Tapi itupun sebab ada tujuan yang jelas, misalnya untuk buat pinjaman wang atau nak menyewa rumah. Biasanya pihak bank atau bakal tuan rumah memang akan tanya apa kerja kita, berapa pendapatan kita sebab mereka nak tahu sama ada kita ni memang betul-betul mampu bayar atau sebaliknya.
 
Perasan tak, yang sebenarnya persoalan mengenai kerja apa ini berkait rapat dengan banyak perkara. Dari soalan yang nampak simple itu, ada macam-macam andaian yang boleh terhasil. Biar saya bagi contoh supaya anda boleh faham apa yang saya cuba nak sampaikan.
 
Apa kerja yang kita lakukan, ia berkait rapat dengan cara kita mencari rezeki atas muka bumi ini.
Kemudian, bila kita tahu apa pekerjaan seseorang itu, kita boleh buat anggaran, berapakah tangga gaji dan saiz income individu tersebut.
Gaji besar biasanya dikaitkan dengan kejayaan seseorang individu tersebut dalam kehidupan. Formula mudahnya ialah, gaji besar maka dia seorang yang berjaya. Kalau gaji kecil, dia kurang berjaya. Ini pemikiran tipikal dan simplistik yang biasa dimiliki oleh kebanyakkan orang.
Dari situ juga, kita boleh bayangkan, dengan pendapatan sebanyak itu, gaya hidup yang bagaimana yang dia mampu lalui. Berapa banyak harta yang dia ada, kemana dia boleh pergi bercuti dan banyak lagi.
Sesetengah orang suka berkawan rapat dengan mereka yang memiliki income yang besar, sebabnya mereka ini dilihat ada kemampuan dari segi kewangan kalau satu masa nanti kita dilanda masalah kewangan. Logiknya ialah, orang gaji besar ada duit yang banyak dan mampu untuk beri bantuan kewangan. Orang gaji kecil, mungkin untuk kegunaan sendiri pun tak cukup, apatah lagi nak bantu orang lain.
 
Sebenarnya saya tak ada masalah pun dengan soalan ini. Saya boleh jawab, tak ada masalah. Lagipun, apa kerja yang saya buat bukanlah satu rahsia yang sangat besar.
 
Cuma saya kurang suka dengan sesetengah individu yang ada mindset suka membanding-bandingkan. Alaa jenis yang suka buat comparison.
 
Benda ni nampak ketara kalau yang tanya adalah seseorang yang level makcik-makcik atau pakcik-pakcik. Actually golongan yang kurang berpelajaran dan yang kurang dari segi common sense juga cenderung mempunyai mentaliti suka membanding-bandingkan. Bila kita dah bagitahu apa kerja kita, nanti dengan tak semena-mena akan ada jawapan balas seperti
“Oh anak pakcik pun ada seorang yang kerja dari rumah jugak. Dulu dia kerja dekat luar negara, sekarang dia dah balik Malaysia, company dia bagi dia gaji yang besar juga…”  
 
Arghhh… too much information and annoying! So what kalau anak pakcik lebih berjaya dari saya dan ada gaji yang lagi besar?
Kenapa mesti nak banding-bandingkan apa kerja yang saya buat dengan anak dia, or dengan sesiapa yang dia kenal? Adakah dia tanya saya kerja apa, semata-mata sebab dia nak buat comparison ke?
 
Cuba elakkan bertanya soalan “kerja kat mana…” Saya memang kurang berkenan dengan soalan jenis ini. Saya harap, orang tak menyibuk dengan hal peribadi saya. Justeru, saya pun ambil pendekatan untuk tak terlalu menyibuk hal orang lain.
 
Andai ditakdirkan saya terjumpa dengan kawan-kawan lama, saya juga akan elakkan bertanya soalan seperti ini. Entahlah… pada saya, saya pernah melalui fasa dimana saya ada kerja yang biasa-biasa, kemudian pernah lalui pengalaman bekerja dengan syarikat ternama, kerja dengan syarikat Multi National Company, pernah berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, lepas tu kerja sendiri… saya rasa pada waktu ini saya mempunyai persepsi dan pendapat yang berbeza (berbanding saya yang dahulu) mengenai kerja dan kerjaya.
 
Ya, satu ketika dulu, saya juga pernah merasa diri ini hebat berbanding kawan-kawan lain yang sebaya saya, sebabnya saya pernah bekerja di syarikat yang agak bagus juga. Dari segi luaran, memang nampak hebat, tapi hakikatnya, kita yang lalui kehidupan dan pekerjaan tersebut sahaja yang tahu. (actually saya tak gembira bekerja disyarikat tersebut)
 
Pada saya la kan, soalan ini adalah antara soalan yang kalau boleh, kita elakkan untuk bertanya, especially kalau kita memang tak ada keperluan dan kepentingan untuk tahu pun.
 
Samalah macam soalan,
i. Dah kahwin ke belum? Bila nak kahwin?
ii. Dah ada anak ke belum? Kenapa masih belum ada anak? Dah berapa lama kahwin
 
Serius… annoying betul soalan macam tu. Kalaulah ramai orang sedar, betapa soalan-soalan tersebut sangatlah tak perlu dan mengganggu peribadi, pasti mereka juga akan elak bertanya soalan macam tu. Melainkan kalau mereka memang ada niat lain.
 
Apa salahnya kalau selepas ini kita cipta suasana harmoni, yang mana kita tak perlu nak tanya hal-hal yang agak personal. Kita sembang je benda-benda lain, mungkin tentang hobi yang dulu kita pernah kongsi bersama, pengalaman manis masa dulu-dulu dan sebagainya.
 
Setidak-tidaknya, situasi pada masa tu akan jadi lebih santai. Kita sembang hal-hal yang semua orang selesa nak bersembang. Mana tahu, lepas ni kita akan jumpa lagi and boleh lepak sama-sama lagi.
 
Tapi kalau jenis yang suka tanya hal-hal personal ni, selalunya memang setakat tu je la. Lepas ni dah tak ada nak jumpa lagi dah. Bye bye je la… kita lepak dengan orang lain je. Tak sakit kepala dan tak ada terasa hati.
 
Alright, saya rasa itu je kot yang saya nak share, and terima kasih la yang sudi baca tu ya. Harap-harap adalah manfaatnya.
 
 
The post Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa? appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/bila-orang-tanya-kamu-kerja-apa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
56 Anggota Pegawai Polis N Sembilan Dibuang Kerja Dalam Tempoh 5 Tahun

56 Anggota Pegawai Polis N Sembilan Dibuang Kerja Dalam Tempoh 5 Tahun

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 182 hits
Terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah SEREMBAN Seramai 56 anggota dan pegawai polis di Negeri Sembilan telah dikenakan tindakan tatatertib dibuang kerja berikutan terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah dalam tempoh lima tahun sejak...
Indonesia Dan Belarusia Akan Kerja Sama Industri Komponen Otomotif

Indonesia Dan Belarusia Akan Kerja Sama Industri Komponen Otomotif

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 129 hits
Pemerintah Indonesia dan Belarusia terus berupaya bekerja sama di sektor industri guna meningkatkan perekonomian nasional keduanya Langkah sinergi ini akan diwujudkan melalui penandatanganan Letter of Intent antara Kementerian Perindustrian...
Janda Lawa Dua Anak Kerja Guard Jadi Perdebatan Netizen

Janda Lawa Dua Anak Kerja Guard Jadi Perdebatan Netizen

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 161 hits
January 20 2022 Apabila memikirkan ada tanggungan yang perlu dijaga soal memilih kerja perlu ditolak tepi asalkan dapat meneruskan kelangsungan hidup meskipun terdapat segelintir individu memandang rendah kononnya tidak sesuai dengan kelaya...
Isteri Minta Dibunuh Akhirnya Saya Bunuh Dia Suami Tikam Isteri Sebanyak 14 Kali Kerana Berang Disuruh Mencari Kerja

Isteri Minta Dibunuh Akhirnya Saya Bunuh Dia Suami Tikam Isteri Sebanyak 14 Kali Kerana Berang Disuruh Mencari Kerja

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 225 hits
The ReporterSeorang lelaki tergamak menghabiskan nyawa isterinya kerana berang disuruh mencari pekerjaan Suspek Khanifah Andre membunuh mangsa Indah Safitri di rumah sewa mereka di Jawa Tengah pada Sabtu 15 Januari 2022 Dalam keterangan awa...
Memang Kena Usaha Sesuatu Tapi Bukan Buat Kerja Tuhan

Memang Kena Usaha Sesuatu Tapi Bukan Buat Kerja Tuhan

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 137 hits
MEMANG KENA USAHA SESUATU TAPI BUKAN BUAT KERJA TUHAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt USAHA MESTI Dan pastikan ada usaha daripada kita hambaNYA Walau kadang ada rasa malas untuk berusaha sesekali ...
Gender Shaming Salah Satu Penghambat Perempuan Di Dunia Kerja

Gender Shaming Salah Satu Penghambat Perempuan Di Dunia Kerja

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 126 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah mengatakan masih banyak hambatan dihadapi perempuan untuk mampu berdaya di dunia kerja Mulai dari beban ganda yang dihadapi perempuan hingga kekerasan dan pelecehan di tempat kerja
Mahu Fokus Kerja Itu Lebih Penting Kata Azam Baki

Mahu Fokus Kerja Itu Lebih Penting Kata Azam Baki

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 156 hits
Azam Baki mahu meletakkan keutamaan dan fokus pada kerja dalam usaha SPRM membanteras rasuah PETALING JAYA Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki mahu meletakkan fokus kepada kerjanya yang dilihat sebagai perkara...
Bi Dan Bank Sentral Singapura Kerja Sama Dalam Inovasi Sistem Pembayaran

Bi Dan Bank Sentral Singapura Kerja Sama Dalam Inovasi Sistem Pembayaran

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 163 hits
Bank Indonesia dan Bank Sentral Singapura Monetary Authority of Singapore menyepakati kerja sama untuk memperkuat dan mempererat hubungan kedua pihak di area bank sentral dan inovasi sistem pembayaran Termasuk Anti Pencucian Uang dan Penceg...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia

Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas