7 Mitos Mengarut Tentang Pepijat Yang Anda Percaya



Mitos merupakan cerita - cerita yang dianggap benar namun belum tentu akan kesahihannya. Dalam kalangan kita, mesti ada yang percaya dengan mitos atau cerita - cerita yang berkaitan dengan aktiviti seharian kita. Namun ada juga yang tidak percaya disebabkan peredaran zaman yang semakin moden ini

Seperti yang kita tahu, pepijat merupakan serangga kecil dan tidak bersayap dan memerlukan darah sebagai sumber makanan. Begitu juga pada pepijat, terdapat beberapa mitos yang sering diperkatakan namun belum tentu akan kebenarannya. 
Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk membezakan diantara mitos dan fakta. Hal ini untuk memberikan anda info yang tepat terhadap sesuatu fakta yang selama ini anda anggap benar tetapi sebenarnya salah. 
Berikut merupakan antara contoh mitos yang sering kita dengar atau percaya tentang pepijat:
1) Pepijat menyebarkan penyakit
Gigitan pepijat memang menyebabkan kegatalan, membuatkan sukar tidur dan alergi kepada mangsa. Tetapi anda harus tahu, sebenarnya kesan yang dihadapi oleh mangsa lebih kepada psikologi. Menurut kajian, mereka yang tinggal dan mengalami gigitan pepijat sering mengalami keresahan, kemurungan dan paranoia

Jika dibandingkan dengan nyamuk, pepijat sebenarnya tidak berbahaya kerana mereka tidak menyebarkan penyakit kepada manusia. Oleh itu, mitos bahawa pepijat menyebarkan penyakit adalah tidak benar. Tetapi kehadiran pepijat di kediaman anda perlu lah dibendung agar tidak memberi kesan ke atas psikologi anda sekeluarga

2) Pepijat sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Memang benar pepijat adalah sangat kecil tetapi ia masih dapat dilihat dengan mata kasar. Menurut Virna Stillwaugh, seorang pakar penghapus makhluk perosak dari Universiti North Carolina, pepijat dapat dicam apabila ia menghisap darah. Jika terdapat serangga seperti pepijat di kediaman anda, anda disyorkan untuk mendapat pengecaman secara teliti daripada pakar. Oleh itu, mitos pepijat sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebenarnya adalah tidak benar

3) Pepijat hanya berada di kawasan katil
Ini merupakan mitos atau info yang tidak tepat apabila ada di kalangan anda yang beranggapan pepijat hanya tinggal atau hidup di kawasan katil atau tilam. Hal ini kerana, pepijat bukan sahaja berada di tempat tidur anda, tetapi boleh merayap atau tinggal pada langsir, pakaian malah boleh berada dalam almari dan soket elektrik di kediaman anda. Jika pepijat sudah merebak ke seluruh bahagian kediaman anda, tahap keberadaan pepijat di kediaman anda boleh dikatakan kronik

4) Pepijat hanya muncul pada waktu malam
Ramai yang menganggap bahawa pepijat hanya menyerang pada waktu malam ketika hendak tidur. Hal ini kerana jika terdapat pepijat di kawasan tilam atau katil anda, kemudian anda tidur di atas tilam, pepijat akan mengesan haba yang terhasil daripada anda, seterusnya pepijat akan menggigit anda. Oleh itu, waktu pepijat aktif mencari makanan adalah pada waktu malam ketika anda tidur. Namun demikian, sebenarnya pepijat akan mula mencari makanan pada bila-bila masa, tak kira waktu malam atau siang apabila mereka perlukan makanan dan pepijat akan menyerang tidak kira waktu. Cuma waktu aktif pepijat adalah pada waktu malam
5) Gigitan pepijat senang dikenali
Gigitan pepijat sebenarnya sukar untuk dikenalpasti. Pada mulanya, gigitannya tidak menyakitkan dan ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk membentuk reaksi pada kulit. Gigitan pepijat selalunya lebih besar daripada gigitan hama dan kelihatan kemerah-merahan. Gigitan pepijat juga dapat mengakibatkan jangkitan kulit dan meninggalkan parut kesan daripada menggaru gigitan tersebut

6) Pepijat boleh terbang
Ini mungkin mitos yang ramai dipercayai iaitu pepijat boleh terbang. Fakta yang tepat adalah pepijat tidak mempunyai sayap dan ia cuma dapat merayap sahaja. Jika terdapat pepijat secara tiba-tiba di rumah anda, itu berkemungkinan pepijat sesat yang masuk ke dalam bag anda ketika bercuti atau terdapat di pakaian anda dan anda sendiri yang membawa pulang pepijat tersebut ke rumah. Oleh itu anda tidak perlu risau jika pepijat terbang seperli lipas. Hal ini disebabkan pepijat hanya merayap untuk mencari makanan

7) Pepijat boleh dihapuskan dengan mudahPerlu diingatkan, anda boleh cuba untuk menghapuskan pepijat dengan cara merendam pakaian, menjemur tilam anda atau menggunakan bahan penghapus kimia. Tetapi proses tersebut mungkin mengambil masa yang panjang. Oleh itu, pentingnya mendapatkan nasihat daripada pakar untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda. Seterusnya mendapatkan kembali tidur anda yang diganggu oleh pepijat sebelum ini


Di Easelife Services, kaedah rawatan haba merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan bagi menangani masalah pepijat. Respon memberangsangkan dari pelanggan yang telah mencuba servis ini amat di luar jangkaan sejak kaedah rawatan haba ini dipraktikkan

Kaedah rawatan haba yang dijalankan adalah dengan menggunakan mesin khas, ditekapkan pada target area dan mengeluarkan haba yang tinggi boleh mencapai 180 degree celcius sehingga mampu untuk membunuh serangga, larva dan telur. Kaedah ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan anda sekeluarga

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mypestnews.com/2018/10/7-mitos-mengarut-tentang-pepijat-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Mitos Tentang Penyusuan Susu Ibu Yang Anda Perlu Tahu

5 Mitos Tentang Penyusuan Susu Ibu Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 301 hits
Kita semua tahu bahawa penyusuan susu ibu adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk melindungi dan meningkatkan kadar kesihatan dan kelangsungan hidup kanak kanak Di samping menjadi satu sumber pemakanan susu ibu juga memainkan pera...
Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah Saw Tentang Tanda Kiamat Telah Terjadi

Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah Saw Tentang Tanda Kiamat Telah Terjadi

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 649 hits
Fenomena Supermoon Menjadi Fakta Hadits Rasulullah SAW Tentang Tanda Kiamat Telah Terjadi Bukti bahwa hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang telah disabdakannya 1400 tahun yang lalu telah terkuak Sebahagian bergembira terhadap fe...
Fakta Tentang Hajar Aswad

Fakta Tentang Hajar Aswad

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 318 hits
Sebuah batu bundar yang berwarna hitam dan berlubang terletak di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam antara Hajar Aswad
Apakah Yang Kita Faham Tentang Fitnah Wanita Cabarannya

Apakah Yang Kita Faham Tentang Fitnah Wanita Cabarannya

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 322 hits
Pernahkah anda mendengar perkataan fitnah wanita Dan apa yang anda faham mengenai fitnah wanita Ada dua perkara yang Nabi Muhammad SAW pesan kepada kita agar berjaga jaga akannya iaitu dunia dan wanita Pesanan ini bukan membawa maksud bahaw...
Ideologi Komunis Di Atas Segala Agama China Tentang Habis Habisan Produk Halal

Ideologi Komunis Di Atas Segala Agama China Tentang Habis Habisan Produk Halal

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 353 hits
SHANGHAI Ibu negeri wilayah Xinjiang Urumqi yang didiami oleh etnik minoriti Islam Uighur melancarkan kempen menentang produk halal bagi menghalang agama Islam daripada mengubah gaya hidup sekular dan mengapi apikan fahaman ekstremis Restor...
Bayi Tertelan Najis Boleh Ganggu Saluran Pernafasan Nak Elakkannya Ibu Hamil Kena Alert Tentang Air Ketuban

Bayi Tertelan Najis Boleh Ganggu Saluran Pernafasan Nak Elakkannya Ibu Hamil Kena Alert Tentang Air Ketuban

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 466 hits
Meconium Aspiration Syndrome merujuk kepada masalah pernafasan bayi Ia disebabkan oleh bayi membuang najis dalam kandungan dan menyebabkan ia memasuki paru paru Kerap kali kita mendengar istilah bayi tertelan najis ketika dalam proses kelah...
Pandangan Ustaz Ustaz Tentang Isu Khalwat

Pandangan Ustaz Ustaz Tentang Isu Khalwat

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 392 hits
Komen Dr Maza tentang Operasi Cegah Maksiat Komen Ustaz Fhatul Bari tentang Operasi Cegah Maksiat Komen Ustaz Azhar Idrus tentang Operasi Cegah Maksiat This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
3 Langkah Awal Jika Rumah Ada Pepijat

3 Langkah Awal Jika Rumah Ada Pepijat

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 443 hits
Sering terdapat kesan gigitan serangga pada badan Tetapi bukan kesan gigitan nyamuk Jangan panik Ianya mungkin kesan gigitan pepijat Pepijat adalah makhluk parasit yang sukar untuk dihapuskan Hal ini disebabkan ada sesetengah daripada kita ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened