5818 200 Pemandu Teksi Klia Terima Sumbangan Barangan Dapur Sinar Harian 24 07 2021


 

SHAH ALAM - Seramai 200 pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerima sumbangan infaq rezeki berbentuk barangan keperluan asas dapur bagi meringankan beban golongan berkenaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Agihan infaq rezeki berjumlah RM16,000 itu merupakan kerjasama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kingz Motorcycle Group, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM).
Agihan tersebut turut melibatkan jalinan kerjasama dan tajaan beberapa organisasi seperti Gerbang Sumbangan Sdn Bhd, Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan Satria Intelligence Agency Sdn Bhd.
Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pemandu teksi merupakan golongan yang tidak terkecuali berdepan dengan situasi sukar, malah masing-masing sangat memerlukan sumbangan bantuan dengan segera terutama mereka yang terdiri daripada golongan asnaf dan B40.
“Ujian ini sebenarnya untuk kita bersama-sama menghadapinya dan membantu saudara kita yang memerlukan.
“Justeru, PPIM bersama beberapa organisasi, penaja dan penyumbang berganding bahu bagi menyalurkan bantuan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Operasi (Unit Kebajikan PPIM), Siti Khadijah Hassan Berseri berkata, bentuk bantuan yang diberikan adalah barangan asas keperluan dapur.
“Kami mahu pemandu teksi dan penerima manfaat infaq rezeki ini merasakan ada yang masih peduli dan sayang kepada mereka.
“Melalui jalinan kerjasama daripada pelbagai agensi ini juga secara tidak langsung akan memberikan impak yang positif dan kami sentiasa membuka ruang kepada mereka yang ingin bersama-sama dalam misi bantuan infaq rezeki ini.
“Dana bagi gerak kerja ini dikumpulkan melalui sumbangan orang ramai menerusi platform secara dalam talian iaitu sumbangan.com,” katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian
200 PEMANDU TEKSI KLIA TERIMA SUMBANGAN BARANGAN DAPUR

https://www.sinarharian.com.my/article/151630/EDISI/Selangor-KL/200-pemandu-teksi-KLIA-terima-sumbangan-barangan-dapur


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/07/5818-200-pemandu-teksi-klia-terima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5814 200 Pemandu Teksi Klia Terima Agihan Infaq Rezeki Utusantv 24 07 2021

5814 200 Pemandu Teksi Klia Terima Agihan Infaq Rezeki Utusantv 24 07 2021

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 236 hits
SERAMAI 200 pemandu teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerima Infaq Rezeki hasil sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama pelbagai agensi lain Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan program dengan kerjasama pelbagai pi...
5830 Sumbangan Infaq Rezeki Kepada Pemandu Teksi Klia Kaca Tv 29 07 2021

5830 Sumbangan Infaq Rezeki Kepada Pemandu Teksi Klia Kaca Tv 29 07 2021

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 246 hits
Kami mahu PEMANDU TEKSI dan PENERIMA MANFAAT yang disantuni merasakan ada yang masih peduli dan sayang kepada mereka Bentuk bantuan yang diberikan adalah berupa Barangan Asas Keperluan Dapur Setakat hari ini sebanyak lebih 100 ribu penerima...
5820 Sumbangan Infak Rezeki Kepada Pemandu Teksi Klia Dagang News 24 07 2021

5820 Sumbangan Infak Rezeki Kepada Pemandu Teksi Klia Dagang News 24 07 2021

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 287 hits
SEPANG 24 Julai Persatuan Pengguna Islam Malaysia secara berkolaborasi dengan beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan telah mengadakan acara sumbangan Infaq Rezeki kepada 200 pemandu teksi KLIA bernilai RM16 000 PPIM di bawah...
5825 Manjaku Baby Mall Taja Barangan Keperluan Bayi Kanak Kanak Rm190 000 Sinar Harian 29 07 2021

5825 Manjaku Baby Mall Taja Barangan Keperluan Bayi Kanak Kanak Rm190 000 Sinar Harian 29 07 2021

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Pusat barangan keperluan ibu dan bayi terbesar di Malaysia Manjaku Baby Mall melalui kempen Infaq Rezeki telah menaja barangan keperluan bayi dan kanak kanak bernilai RM190 000 kepada golongan yang terkesan akibat pandemik Covi...
5829 Aktiviti Ppim Terima Sumbangan Makanan Dari Iqra For Change Untuk Golongan Memerlukan Ppim 30 07 2021

5829 Aktiviti Ppim Terima Sumbangan Makanan Dari Iqra For Change Untuk Golongan Memerlukan Ppim 30 07 2021

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 328 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini menyelaraskan sumbangan pek nasi dan kuih dari NGO Iqra For Change kepada wakil penduduk di PPR Beringin dan Wangsa Maju untuk diagihkan kepada keluarga Asnaf dan golongan yang terkesan dengan waba...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven