5190 Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Mengelirukan Utusan Malaysia 22 08 2019




KUALA LUMPUR 22 Ogos - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh gesaan melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru dengan syarikat bukan Islam yang menggunakan tulisan Jawi.

“Ramai rakan kita yang bukan Islam membantah pendidikan Jawi di peringkat sekolah atas alasan perkara itu merupakan langkah islamisasi.

“Kita setuju dengan pendapat mereka yang meletakkan tulisan Jawi sebagai identifikasi Islam jadi produk bukan Islam sepatutnya dilarang sama sekali daripada menggunakan tulisan Jawi pada bungkusan, iklan, papan tanda kedai, dan apa sahaja label perniagaan bukan Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Nadzim, masyarakat di negara ini terutamanya pengguna beragama Islam telah lama tertipu dengan teknik pengiklanan, pemasaran dan pembungkusan yang menggunakan lambangserta tulisan yang sinonim dengan Islam seperti tulisan Jawi, lambang masjid serta nama-nama Islam sebagai jenama produk.

“Sudah tiba masanya kita membezakan yang mana produk Islam dan mana produk bukan Islam agar pengguna boleh membuat pilihan yang lebih bijak,” jelasnya.

Nadzim turut berpendapat, syarikat bukan Islam rata-rata kurang memahami konsep halal dan toyyib.
“Mereka sewenang-wenangnya mendapatkan pensijilan halal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kemudian melanggar syarat sah halal sehingga banyak kes sijil halal produk dan perkhidmatan mereka ditarik balik.

“Peniaga bukan Islam juga tidak membayar Zakat dan tidak menyumbang kepada masyarakat Islam walaupun memperolehi kekayaan daripada masyarakat Islam,” tambahnya.

Semalam, Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) dilaporkan menggesa kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam.

Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris dipetik berkata, tulisan Jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna mengenai status halal sesuatu produk. - UTUSAN ONLINE


Artikel oleh: Utusan Malaysia

TULISAN JAWI PADA PRODUK BUKAN ISLAM MENGELIRUKAN


https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/tulisan-jawi-pada-produk-bukan-islam-mengelirukan-1.958318

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/08/5190-tulisan-jawi-pada-produk-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5192 Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi Kelirukan Pengguna Ppim Indahnya Islam 22 08 2019

5192 Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi Kelirukan Pengguna Ppim Indahnya Islam 22 08 2019

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 523 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia senada dengan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia yang mahu satu akta digubal bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan ...
Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Ngo

Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Ngo

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 460 hits
Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam NGO Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia menggesa kerajaan untuk membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk yang dihasilkan pengusaha bu...
Kerajaan Digesa Larang Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi

Kerajaan Digesa Larang Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 484 hits
Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia menggesa Kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam Presiden MCED Datuk Nazilah Idris berkata tulisan Jawi yang disalah gu...
Ini Jawapan Pantas Dr Mujahid Mengenai Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam

Ini Jawapan Pantas Dr Mujahid Mengenai Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 350 hits
Ini Jawapan Pantas Dr Mujahid Mengenai Larangan Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Rasanya belum sempat untuk kita bincangkan cadangan yang diberikan PPIM mengenai isu tulisan Jawi dengan lebih panjang kini Menteri di Jabatan Perdana Ment...
5198 Sijil Halal Ikut Pemilik Produk Utusan Malaysia 23 08 2019

5198 Sijil Halal Ikut Pemilik Produk Utusan Malaysia 23 08 2019

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR 23 Ogos Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia supaya mengeluarkan sijil halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk Setiausaha Agungnya Datuk Dr Maamor Osman berkata sebaga...
Tulisan Jawi Produk Bukan Islam Kelirukan Pengguna

Tulisan Jawi Produk Bukan Islam Kelirukan Pengguna

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 376 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong penuh gesaan melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam di negara ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru dengan syar...
Laporan Tahunan Utusan Malaysia April 2019 Inilah Pemegang Sahamnya

Laporan Tahunan Utusan Malaysia April 2019 Inilah Pemegang Sahamnya

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 424 hits
Oleh ZANIRUN BABAANNUAL REPORT of UTUSAN as of April 2019 more than half of the TOP30 major shareholders are Chinese mostly from MCA UTUSAN ANNUAL REPORT 2019 4 TOP30 6 Tan Jin Tuan 999 000 0 902 7 Chua Eng Ho Waa Chua Eng Wah 863 900 0 780...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Gaya Hidup Sihat 8 Perkara Yang Perlu Anda Amalkan

Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music