18 Idea Menu Buka Puasa Citarasa Malaysia



Kerja-kerja di dapur untuk isteri dan mak di dapur tetap berjalan seperti biasa walaupun di tengahKawalan Pergerakan ni, uoll. Kalau keadaan ni berlarutan sampai Ramadhan, memang kebuntuanidea nak masak weiiii. Pening nak pikior masak apa hari-hari. Tambah-tambah nak masuk bulan Ramadhan nanti. Mula la google cari idea menu buka puasa. Sebab selalu kita ni time bulan puasa, nak menu lain sikit dari hari-hari biasa. Sebab seharian berpuasa, jadi nak buka selera time berbuka tu, nak menu yang luar biasa sikit..hehe..
Meh k.fiezz nak kongsi dengan korang idea menu buka puasa dari kawan-kawan blogger. Bukan
takat buka puasa, hari-hari biasapun boleh je. Macam tengah PKP ni, boleh je masak kalau semua bahan ada. Maklumlah sekarangbahan-bahan semua terhad. Pi ke kedai / pasaraya habis dah kena borong. K.fiezz nak cuba resipi nilepas dah setel kes COVID-19 ni. Hopefully menjelang Ramadhan nanti, kes makin menurun dan
menurun..
Aamiin..Yang hat degil tu, tolong lah duduk kat rumah!!IDEA MENU BUKA PUASADi bulan Ramadhan , kita selalunya nak menu yang lain sikit macam k.fiezz mention kat atas tadi.dan selera di bulan puasa ni, lain macam sikit..hehe..Dalam kepala otak tu dah set hari ni nak makan
tu, nak makan ni.
Kadang nak beli mahal. Nak beli tak boleh sikit-sikit, tambah yang ada anak ramai. Kena beli banyak. so rumusannya memang kena masak.
Jadi ni ada senarai 18 idea menu buka puasa dari kawan-kawan blogger k.fiezz untuk korang cuba
sepanjang bulan Ramadhan nanti.
Ada antara resipi-resipi ni senang cara masak dia. So k.fiezz yang mana resipi senang-senang, memang suka cuba. Tambah bahan-bahan pun tak susah nak cari. Lagiii la extra suka..hehe..
Jom check it out, 18 idea menu buka puasa untuk di cuba. #1 - Ayam Bakar Madu Simple Sedap

Bahan Perap Ayam Bakar Madu 

10 kepak ayam 8 ulas bawang putih* 2 sudu cili kisar* 3 sudu sos cili* 2 sudu cuka* 1 sudu kecil garam* 2 sudu gula merah* Set Italian Herbs Series - Oregano +Basil + Rosemary +Parsley 

Semua bahan bertanda (*) dikisar halus 

Cara Masak Ayam Bakar Madu 

1. Perap ayam bersama bahan kisar dan set Italian Herbs Series selama 1 jam atau lebih. 

2. Bakar dengan suhu 200c selama 40 minit.

Resepi Asal : Shalimar Yusof 

#2 - Ayam Percik 

BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam (terpulang nak potong kecil atau potong dua saja)segenggam cili kering (di rebus) *2 inci halia *3 batang serai *5 ulas bawang merah *1 ulas bawang besar (merah) *3 keping gula nise saiz kecil (boleh ganti dengan gula melaka)1 kotak santan pekatsedikit serbuk kunyitgaram dan gula secukup rasasedikit minyak untuk menumissedikit air sekadar perlu

CARA-CARA :

1 - Rebus ayam hingga tahap separuh masak bersama sedikit garam. Setelah itu keluarkan dari air
rebusan dan terus lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kalau tak nak rebus dan terus
masak atas bara pun tak apa. Daku rebus dulu ni kes nak lebih cepat masak. 

2 - Sekarang, kisar semua bahan yang bertanda ( * ) dengan sedikit air. 

3 - Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau

4 - Masukkan gula nise bersama 1/3 santan dan 1/2 cawan air

5 - Teruskan menumis dengan api yang perlahan sehingga sebati 

6 - Masukkan gula dan garam secukup rasa berserta dengan baki lebihan santan pekat yang ada.
Teruskan di masak sehingga kuah menjadi pekat (seperti gambar di atas)

7 - Bolehlah mula membakar dengan salutan kuah percik

Resepi Asal : Siti Awadah 

#3 - RESEPI SIAKAP STIM LIMAU

Ikan siakap – Ikut korang nak guna berapa ekor Daun Ketumbar 5-6 biji lada( nak pedas boleh letak lebih) 4 Bawang putih 1 biji lemon Sedikit garam dan gula Sedikit minyak untuk menumis 

Cara buatnya : 

1. Blend bawang putih, lada kecil dan sedikit daun ketumbar.

2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tu. 

3. Perasakan garam dan gula. Bila dah naik bau tu, masukkan ikan dan perahkan lemon dan letak
beberapa hirisan lemon di atas ikan tu. 

4. Letak sedikit air dan tutup kuali sehingga ikan tu masak.

5. Hiaskan atas ikan tu dengan hirisan daun ketumbar…Siapppp Siap dihidangkan.

Resepi asal : Kisah Si Diary

#4 - Ayam Goreng Kicap Madu 

Bahan bahan ayam goreng kicap madu
6 ketul ayam4 sdb maduKicap manis (ikut banyak nak letak - Mimi guna kicap Jalen)Secubit garam
Cara menyediakan
1. Basuh ayam dengan bersih. Rebus ayam seketika. Bila air rebusan dah mendidih, angkat, tos dan
ketepikan ayam.
2. Selepas itu masukkan madu, kicap dan garam ke atas ayam rebusan tadi. Gaul sebati.
3. Perapkan ayam dalam 10-15 minit.
4. Goreng ayam sehingga nampak garing kehitaman macam dalam gambar.

Resepi Asal : Mimi Azirah

#5- Sup Fishball 


kan bilis segenggam dibasuh Bawang putih 5 ulas Bawang merah sebiji Halia Fish cake Fish ball Daun sup Daun bawang Garam Gula 

Cara-cara: 

1. Rebus ikan bilis dalam 15minit (sambil potong bawang putih, merah dan halia). Rebus lagi lama
lagi sedap. 

2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dipotong. Rebus dalam 15minit.
(Sambil potong daun sup dan daun bawang). 

3. Masukkan fish ball dan fish cake. Tunggu 15minit. Sampai mendidih. Nak lama sikit pon boleh.
Lagi sedap sup dia. 

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

5. Masukkan daun sup dan daun bawang. Masak dalam 5minit. *kalau nak letak carrot/sawi lagi
sedap. Rasa manis sayur tu. Anak tak makan sayur. Buh lauk ni je la.
Resepi Asal : Marina Bashah 

#6- Ayam Goreng Kunyit Berlada



ayam kasi garam kunyitkan dan goreng.bawang merah + bawang putih + cili merah + cili hijau kisar halus.kacang panjang potong panjang-panjang sesedap mata memandang.halia 2cm ketuk skitasam keping

1. Firstly, bahan kisar tu dan halia ditumis. terbit minyak, lada garing cantik.
2. Secondly, masukkan terus ayam goreng tadi dan kacang panjang. gaul rata. tak perlu lama tau.
karang terlebih masak plak kacang panjang!
3. Lastly, campakkan asam keping dan perisakan dgn garam dan gula SIAP!
byk mana bawang ke, cili ke... tu saya rasa bergantunglah kepada byk mana ayam kita ada.
byk mana sambal yg kita nak. bebas. tak terikat sgt la dgn jumlah bahan. sesedap rasa, sesuka hati
kita tukang masak

Resepi asal : Adianiez 

#7- Resepi Kerabu Kaki Ayam


Bahan - bahan 
2 batang serai1 biji cili merah3 biji cili padi5 biji bawang merah kecil1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya * ( tak letak )1 biji tomato1 batang lobak merah kecil*3 helai daun limau purut ( tak letak )secekak daun ketumbar2 biji limau nipisGaram dan gula2 sudu sos ikanSos tiram
Cara - Cara 1. Basuh kaki ayam sebersihnya.2. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan.3. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil.
Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.4. Campurkan semua bahan. Gaulkan sebati.5. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis.6. Hidang segera.

#8 - Resepi Kerabu Pauh / Kerabu Pelam Muda



Bahan - Bahan

3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar5 ulas bawang merah1 sudu teh lada hitam3 sudu besar kerisikgaram secukup rasagula secukup rasa2 tangkai lada burung dipotong serong3/4 cawan santan  yang diperah segar3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya

Cara - Cara

1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut.ketepikan ( boleh guna mangga jenis lain ).2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga
lumat.4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yang
diparut dan gaul hingga sebati.5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.tabur
lada burung yang dah dipotong.siap untuk dihidangkan.

NOTA:

1. Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah
terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.2. Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan..kalau boleh guna santan
fresh yang diperah.

Resepi Asal Kerabu : Wani Sukarno

#9 - Peria Katak Goreng Telur 

Bahan-Bahan :
Peria Katak – 3 BijiBawang Merah + Putih – TumbukIkan Bilis – Option Kalau tak letak pun bolehCili Kering @ Cili Padi – Option pilihan sendiri samada guna cili kering @ cili padi. Kali ni saya
gunakan cili kering yang telah diblenderPerasaTelur – 1 biji
Cara-Cara :
Potong peria nipis-nipis kemudian rendam dengan air garam bagi mengurangkan rasa pahit.
Tumis bawang yang telah ditumbuk bersama ikan bilis sampai garing kemudian masukkan cili kering
@ cili padi. Tumis sampai cili masak. Kemudian masukkan Peria Katak dan pecahkan telur.
Kacau sekata dan masukkan baha perasa. Dah cukup masak angkat dan dihidangkan. Sedap di
makan dengan nasi panas-panas.

Resepi Asal : Ummi Zarra 

#10 Mee Kari



Bahan-Bahan -1 

Minyak untuk menumis1 biji awang merah dihiris - cik nani guna bawang besar yang sedang3 ulas bawang putih dihiris1 inci halia dihiris1 batang kayu manis3 kuntum bunga lawang5 biji buah pelaga

Bahan-bahan - 2 

100 gram serbuk kari daging - dicairkan1 Biji santan kelapa5 biji buah tomato10 biji telur

Bahan-bahan - 3

Fishcake - dihirisFishball - dibelah empatDaging kembu dihirisDaging ayam dihirisUdang - dibuang kulitSotong - dihirisUbi Kentang - Option, tak letakpun tak apaSedikit garam

Bahan-bahan - 4

Mee kuning - dicelurSayur sawi - dicelur Buah limau kasturiTaugeh - dicelurTahu goreng - dihiris nipisLada Hijau / Lada merah - dihirisDaun sup - dihirisBawang goreng

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan seketika dan
masukkan bahan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga garing dan naik bau.
Kebiasaanya Cik Nani akan ambil sedikit bawang hiris, bawang putih dan halia untuk ditumbuk halus
dan dimasukkan bersama-sama bahan tumis yang ada.

2. Masukkan serbuk kari daging telah dicairkan. Kacau hingga sehingga garing.

3. Masukkan bahan-bahan 3 daging, ayam, udang sotong, fishcake, fish ball dan gaul rata. Pastikan
bahan-bahan masak sepenuhnya. Kemudian masukkan santan renehkan hingga menggelegak.
Pastikan santan segar dan Cik Nani suka gunakan santan yang diperah sendiri. Baru fresh santannya. Jika mahu masukkan uni kentang, potong kentang kecil dan masukkan sekali kedalam kuah kari. Kacau hingga bahan empok. 

4. Pecahkan telur didalam kuah kari tadi. Masukkan buah tomato. Biarkan mereneh dan kacau sebati.
Selepas pecahkan telur, dinasihati jangan kacau terlalu kuat kerana ditakuti telur akan pecah didalam
kuah. Kebiasan resepi akan menggunakan telur rebus, tetapi Cik Nani lebih suka pecahkan telur terus
ke dalam kuah kari dan biarkan ianya sehingga masak.

5. Setelah semuanya siap dimasukkan, maka kuah kari siap dihidangkan!!..Jangan lupa rasa
garamnya pula. Pastikan cukup garam diletakkan.

Resepi Asal : Cik Nani

#11 - Bihun Goreng Simple 



Minyak (untuk menumis) Ayam/Udang/Sotong (goreng dulu kejap separuh masak. Ketepikan) Bawang Merah (potong-potong kecik) Bawang Putih (potong-potong kecik) Cili Kisar (1 sudu besar) (nak pedas, lebihkan) Sos Cili (1 - 2 sudu besar) Kicap (1- 2 sudu besar) Garam Gula 

1. Panaskan minyak dulu, bila minyak dah panas baru masukkan bawang merah, bawang putih. 

2. Goreng jap sampai tengok bawang dah agak layu atau masak.

3. Masukkan pula cili kisar. Biar sampai naik minyak / masak.

4. Bila cili dah masak,  masukkan pula sos cili, kicap, garam & gula. Rasa la jugak tengok okey ke idak..Kalau ada kurang mana-mana, boleh tambah apa yang patut.

5. Kalau rasa semua okey, boleh letak ayam/udang/sotong yg dah digoreng tadi. Gaul bagi sekata.
kalau ada sayur, letak kan sekali. 

6. Dan diikuti dengan bihun..Gaul bagi sekata semua bahan tumisan dan bihun.. it's done...

Resepi asal : Fieza Sani 

#12 Koay Teow Thng



Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang)
2 bungkus koay teow - seelok-elok jenis koay teow kecil/halus. Di celur dengan air panas sebelum di
hidangkan.2 belah dada ayam1 bungkus kecil fishball - kalau suka boleh lebihkan1 bungkus kecil fishcake - kalau suka boleh lebihkan300 gram gula batu10 cm halia1 sudu besar lada hitam - di tumbuk halusAjinamotoGaram - secukup rasaGulaMinyak MasakBawang putih - 3 labuCili boh - 1 bungkus kecilDaun bawang - di hiris halusTaugeh - di celurSup ManisPanaskan 3-4  liter air. Masukkan dada ayam, gula batu, halia, lada hitam yang di tumbuk halus,
garam dan ajinamoto. Rebus sehingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian rasa sup. Jika sudah
terasa gula & garam... bolehlah tutup api dan tos dada ayam. Dada ayam akan di racik/ potong halus dan di hidangkan dalam bekas lain.Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng3 labu bawang putih di buang kulit dan di cicang halus. Panaskan minyak dengan api yang kecil.
Goreng bawang putih sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.
Tips:1. Untuk menyenangkan proses cincang bawang putih, boleh ketuk bawang sehingga pecah terlebih
dahulu. Kemudian baru di cincang.2. Ketika menggoreng, pastikan bawang sentiasa di kacau agar sekata.3. Tutup api ketika bawang sudah berwarna kuning dan biarkan ia garing sendiri dalam minyak yang
masih panas. Ini adalah agar bawang tidak hangit.Sambal SupPanaskan 2 /3 sudu besar minyak. Masukkan cili boh. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit gula
( tak masukkan pun tidak apa) apabila sudah pecah minyak. Masak cili sehingga garing. Hidangkan
dalam bekas hidangan.
Dah siap. Dalam bekas hidngan akan ada:1. Koay teow yang telah di celur2. Ayam yang telah di racik3. Fishball / fishcakes yang telah di potong4. Taugeh yang telah di celur5. Sambal sup6. Minyak bawang putih7. Daun Bawang
Resepi Asal : Yati Zul 

#13 Bakso Mudah 


Bahan-bahan
7-10 ketul bebola daging2 potong fish cake(pilihan)5-7 ketul fish ball(pilihan)1 batang serai1 atau 2 kiub pati sup lembu(jenama knorr)3 biji bawang putih*Sebiji bawang merah*2 hiris halia*Secubit lada hitamSecubit garam(ikut rasa)2-3 mangkuk airSayuran(terpulang kepada anda)
Mee/bihun dicelur atau direbus sehingga masak.
Tumbukkan bahan bertanda *
Bahan hiasan
Daun bawangDaun sadriCili padiBawang goreng
Cara-cara
1. Tumis bahan tumbuk(bawang merah,bawang putih dan halia) sehingga naik bau.2. Masukkan air, serai, bebola daging, fish ball, fish cake dan kiub pati sup.3. Apabila sudah menggelegak masukkan lada hitam dan garam.4. Akhir sekali masukkan sayuran.5. Dah siap.
Resepi Asal : Khalisa Hazrina 

#14 Kuay Teow Laksam


Bahan-bahan:
3 paket kuay teow 1 kg ikan kembung atau sardin2 cawan santan pekat 10 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia 2 batang serai - ketuk 1 sudu kecil serbuk lada hitam3 keping asam keping Garam Gula secukup rasa.
Cara-cara: 
Ikan di rebus, asingkan tulang dan isinya. Ambil isinya di kisar bersama air rebusan. Bawang merah,
bawang putih dan halia di kisar lumat. Satukan semua bahan di atas termasuk serai yang di ketuk
dan serbuk lada hitam. 
Masukkan juga santan dan asam keping. Masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak.
Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat,
masukkan sedikit air panas.
Bahan sambal belacan:
Cili padiBelacanGaramGulaCuka
Cara-cara:
Tumbuk atau kisar pun boleh. Selepas tu gaul sebati. Di makan bersama laksam untuk perisakan
kuahnya.
Bahan ulam: 
Kacang panjang Daun kesum Timun batang Bawang besarBunga kantanKubis
Cara-cara: 
Hiris halus kesemua sayuran iaitu kacang panjang, daun kesum, timun, bawang besar, bunga
kantan dan kobis. Tabur atas hidangan bila nak makan. *Bukan kesemua sayur tu ada, mana yang
sempat letak jelah.
Resepi Asal : Noor Akma

#15 Sosej Telur Hancur 

Bahan-bahan:
Minyak masak (sedikit)MentegaSosejBawang merah (hiris)Cili padiTelurSos cili
Cara Masak:
Masukkan minyak masak, mentega, hirisan bawang merah, cili padi, telur (pecahkan duluan ya),
tumis sehingga nampak kekuningan dan akhir masukkan sosej dan sos cili. Jangan lupa perasa,
garam, ajinomoto sedikit dan perencah maggie paling win. 
Resepi Asal : Yatie Owner 


#16 Telur Bistik 


Bahan-bahan:
2 biji TelurBawang merahBawang putih1 sudu cili paste1 sudu sos tiram1 sudu sos cili1 sudu sos tomatoSedikit isi ayam dipotong dadu*mixed vege* cili benggala potong nipisGaramCukup rasa

Cara-cara :
1. Pecahkan telur dan pukul, masukkam garam dan sedikit cukup rasa. Goreng macam buat teloq
dadar. Dah masak eloj angkat dan toskan and letak dalam pinggan.
2. Dalam kuali yang sama, tumis sedikit bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan cili paste, sos tiram, sos cili dan sos tomato dan tambahkan sedikit air.
4. Masukkan ayam and bagi nampak ayam dah masak sikit masukkan mixed vege /cili benggala.
Aku sebab xda mixed vege.. So aku guna la cili benggala tu. Then masukkan balance bawang merah
and bawang putih tadi.
5. Perasakan dengan garam atau cukup rasa. Kalau terlampau pekat boleh tambah air skit and biar
sekali mendidih tutup api. Macam aku tak suka pekat sangat tak suka cair sangat. Biar in between.
6. Da siap kuah tadi curah la dekat atas telur yang goreng tadi. Dah siap 
Resepi Asal : Alia Farhan


#17 Resepi Kek Pisang Coklat

Bahan-bahan:
10 biji pisang emas masak (saiz kecil) - dilenyek menggunakan garfu1 1/2 cawan tepung gandum *3/4 sudu teh soda bikarbonat *1 sudu teh serbuk penaik *4 biji telur1 cawan gula kastor / gula perang - boleh tambah atau kurangkan, mengikut citarasa tahap  
kemanisan masing-masing1 cawan minyak jagung atau minyak masak1 sudu teh esen vanila1/2 cawan serbuk koko1 biji pisang dihiris nipis untuk hiasan
- Yang bertanda * perlu diayak bersama
Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C.
2. Satukan gula kastor, telur, minyak jagung dan esen vanila dan pukul sehingga putih.
3. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.
4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama soda
bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.
5. Masukkan serbuk coklat dan kacau lagi sehingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau mentega atau dilapik dengan
baking paper. Letakkan hirisan pisang emas pada permukaan atas adunan.
7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (suhu mengikut
ketuhar masing-masing).
Sebaiknya potong kek setelah sejuk supaya dapat potongan yang cantik. Kalau nak makan panas-
panas pun tak menjadi masalah. Mai pun suka makan kek panas-panas selepas siap dibakar. 
Resepi asal : Maisarah Sidi 

#18 Cucur Kentang 


Bahan-bahan250 gram tepung gandum3 biji bawang merah - dimayang halus1 biji ubi kentang - kupas dan potong dadu kecil Secekak daun kucai atau daun sup - potong pendek1/2 sudu kecil garamSecubit gula200 ml air - lebih kurangSedikit air panasMinyak untuk menggoreng
Cara-cara
Satukan tepung gandum dengan daun sup (kinah guna daun sup sebab itu je ada kat rumah),
kentang, gula dan garam. 
Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau adunan tu sehingga rata. 
Kemudian masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya
tepung tu tak tepu. 
Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing.
Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan
sudu. 
Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan sambal cuka. Kebetulan dalam peti ais tu ada lebihan sos
dimsum masa beli aritu. Cicah saje ler. 
Resepi Asal : Ape Kinah 18 IDEA MENU BUKA PUASAHaha..Jenuh tak  scroll 18 idea menu buka puasa dari blogger-blogger. Ada antara resipi ni, dari k.fiezz sendiri, resipi mak mertua. 

so korang, tak tau nak masak apa bulan puasa ni, meh la cuba antara idea menu buka puasa ni. Ada lauk-pauk, ada dessert, ada light menu.. pilih je..banyak,kan pilihan..malas nak masak berat-berat, pilih yang light je. Tak suka masakan light,dalam resipi-resipi ni ada idea masakan ayam, idea masakan ikan..hah, sila la rambang mata nak masak yang mana..hari ni masak ikan, esok masak ayam, lusa masak bihun.. dan gitu lah seterusnya..hehe...

K.fiezz sendiri tengok resipi-resipi ni, banyak menu nak cuba ni. Setel masalah, nak masak apa hari ni hari-hari..haha.. K.fiezz kongsi idea menu buka puasa ni untuk rujukan diri sendiri dan juga untuk korang yang google idea menu buka puasa dan terjumpa blog k.fiezz..hehe...Mungkin boleh beri ilham/idea untuk korang juga..
Happy Cooking, uolls...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2020/03/18-idea-Menu-Berbuka-Puasa-Citarasa-Malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbuka Puasa Citarasa Thai Di Chakri Palace Skyview Dorsett Hotel Hartamas

Berbuka Puasa Citarasa Thai Di Chakri Palace Skyview Dorsett Hotel Hartamas

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 477 hits
Chakri Palace Skyview Ramadhan Buffet 2020 Sekejap aje masa berlalu dah nak masuk Ramadhan Bila nak masuk bulan Ramadhan ni memang banyak lah jemputan Preview Buffet Ramadhan samada di hotel atau pun di restoran Sebenarnya kita sebagai raky...
Laman Nostalgia Bufet Buka Puasa Di Sofitel Kuala Lumpur Damansara

Laman Nostalgia Bufet Buka Puasa Di Sofitel Kuala Lumpur Damansara

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 352 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Tinggal lagi 30 hari sahaja untuk kita mula menyambut Ramadan Al Mubarak Semoga dalam beberapa hari menghampiri bulan mulia ini kita terus diberika...
Koleksi Resipi 18 Menu Berbuka Puasa Menarik Sepanjang Ramadhan 2020

Koleksi Resipi 18 Menu Berbuka Puasa Menarik Sepanjang Ramadhan 2020

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 376 hits
by on March 29 2020 Tidak sampai sebulan lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan mulia Dalam kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan marilah sama sama kita doakan agar kita dapat menyambut Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran dan b...
Himpunan 18 Resepi Menu Berbuka Puasa Simple Dan Sedap

Himpunan 18 Resepi Menu Berbuka Puasa Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 692 hits
Himpunan 18 Resepi Menu Berbuka Puasa Simple Dan Sedap Salam semua setiap kali tiba bulan puasa resepi menu berbuka puasa ramai yang tengah cari Sama ada tengah fikir menu lauk kuih air untuk berbuka puasa atau pencuci mulut memang mencapai...
Malaysia Catat 10 Kematian Akibat Covid 19 Lagi 123 Orang Dilaporkan Positif

Malaysia Catat 10 Kematian Akibat Covid 19 Lagi 123 Orang Dilaporkan Positif

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 344 hits
Negara mencatatkan satu lagi kes kematian akibat Covid 19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang maut setakat Ahad sebanyak 10 kes Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidan...
Krisis Covid 19 Skim Bantuan Insentif Kerajaan Persekutuan Kepada Rakyat Malaysia

Krisis Covid 19 Skim Bantuan Insentif Kerajaan Persekutuan Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 435 hits
UMNO ONLINE PENULARAN pandemik COVID 19 yang mencatatkan angka kes semakin meningkat hingga kerajaan terpaksa mengambil tindakan drastik menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal ia terus merebak dan memutuskan rangkaian virus ...
Movement Control Order In Malaysia May Extend If Fail

Movement Control Order In Malaysia May Extend If Fail

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 368 hits
This is what we don t want But Malaysian and some tourist is stubborn Because of some stubborn people give the rest malaysian affect Government asked Stay home but some still going out with family we dont know who have the disease Everyone ...
Terkini Malaysia Catat Satu Lagi Kematian Akibat Wabak Covid 19

Terkini Malaysia Catat Satu Lagi Kematian Akibat Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 331 hits
Ia merupakan kematian ke 11 akibat wabak ini small Cover image via aa com small Malaysia hari ini telah mencatatkan satu lagi kematian akibat wabak Covid 19 sebentar tadi Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia akibat w...
Perlukah Malaysia Buat Lockdown Draconian Di Malaysia Seperti China Untuk Atasi Covid 19

Perlukah Malaysia Buat Lockdown Draconian Di Malaysia Seperti China Untuk Atasi Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 469 hits
Ini sumber yang aku ambil dari artikel Kematian di Italy dah mencecah 4000 orang Jumlah kes dah nak hampir cecah 50 000 orang Ada penambahan 5 986 kes hari ini di Italy Aku tak dapat tidur memikirkan apa impaknya kalau kesannya yang sebegin...
Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

Perunding Berdaftar Harta Pusaka Islam Hans Legacy Sdn Bhd

Pembangkang Perlu Ketepi Ego Contohi Langkah Ph Meterai Mou Bersama Kabinet Ismail Sabri

A Triple Somersault Wearing A Sarong In C Wealth Games 2026

Indonesia Perkenal Insentif Tingkat Jualan Kereta Elektrik

Penurunan Wall Street Didorong Oleh Sektor Teknologi Dan Kadar Fed

Rawatan Urutan Badan Chiropractic Dan Acupressure Dari Tukang Urut Skudai

Interview Q And A With Ji Chang Wook Asia S Noble Prince



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 Astro Ria

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 Mesti Tonton

5 Budaya Barat Yang Dah Jadi Ikutan Pasangan Melayu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga Slot Akasia TV3

5 Fakta Tentang Dragonball Mutiara Naga Yang Anda Perlu Tahu


Stoking Ambil Tindakan Tegas Kalimah Allah Amat Suci

Elegant Nostalgia Old Money Bedroom Makeover Ideas

Bufet Ramadan 2024 The Pearl Kuala Lumpur

Kena Pindah Tempat Duduk

Natalia D Sulu Ngelebu Chord

Lobbyists Politicians Cronies A Noxious Mix