10 Tanya Jawab Mou Kerajaan Pn Ph



Oleh: Hassan Abdul Karim
Soalan 1 : Adakah Pakatan Harapan (PH) telah menyerah kalah kepada kerajaan Ismail Sabri Yaakob apabila menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan?
Jawapan : Tidak. PH tidak menyerah kalah. PH tetap memainkan peranannya sebagai pembangkang yang bertanggungjawab di dalam Parlimen dan di luar Parlimen.
Soalan 2 : Benarkah PH tidak lagi memainkan peranan sebagai pemantau kepada Kerajaan dalam melakukan semak dan imbang?
Jawapan : Tidak benar anggapan itu. Malah di dalam Memorandum Persefahaman itu disebut secara bertulis tugas dan peranan PH sebagai Pembangkang untuk melaksanakan tugas semak dan imbang.
Soalan 3: Tidakkah dengan menandatangani Memorandum Persefahaman tersebut PH telah dianggap mengiktiraf Kerajaan Ismail Sabri Yaakob?
Jawapan : Isu mengiktiraf Kerajaan sekarang tidak berbangkit. Ismail Sabri Yaakob telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong secara sah. Jemaah Menterinya juga telah dibentuk secara sah. Kerajaannya sah dari segi undang-undang dan Perlembagaan.
Soalan 4: Adakah PH tidak berminat lagi untuk membawa usul Undi Percaya atau Undi Tak Percaya terhadap Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat?
Jawapan : PH tidak berhasrat untuk membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri. Kerajaan yang patut membawa usul percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 17 Ogos 2021 di Istana Negara di hadapan ketua-ketua semua parti politik.
Soalan 5 : Adakah benar tujuan Perdana Menteri Ismail Sabri menandatangani Memorandum Persefahaman ini untuk mempastikan Kerajaan pimpinanya tidak tumbang di Parlimen?
Jawapan : Saya percaya itu adalah satu daripada banyak sebab.
Soalan 6 : Kenapa PH tidak berusaha lagi untuk mendapatkan semula mandat rakyat untuk menjadi kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15?
Jawapan 6 : PRU ke-15, tidak lama lagi. Ada baiknya masa sekarang kedua-dua pihak, parti pembangkang dan parti kerajaan tumpukan kepada dua perkara utama, iaitu melawan wabak Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.
Soalan 7 : Apa kesan penting dari Memorandum Persefahaman yang ditandatangani itu dari segi ketenteraman dan kestabilan politik?
Jawapan : Dipersetujui di dalam Memorandum Persefahaman tersebut bahawa PRU-15 tidak akan diadakan sebelum 31 Julai 2022. Ini membawa makna terdapat keadaan yang pasti dan tempoh bertenang. Di pihak kerajaan boleh tumpukan kerja-kerja mentadbir negara untuk melawan pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi.
Soalan 8: Apa pentingnya tempoh 31 Julai 2022 itu kepada PH?
Jawapan : Dalam tempoh 10 bulan itu, adalah masa yang cukup untuk Kerajaan melaksanakan kebanyakan terma-terma yang telah dipersetujui di dalam Memorandum tersebut. PH akan turut memantau perlaksanaan MoU tersebut. Kejujuran dan kesungguhkan Kerajaan akan dapat diukur dan dilihat dalam tempoh tersebut.
Soalan 9 : Adakah tempoh terakhir persefahaman itu pada 31 Julai 2022?
Jawapan : Tempoh itu untuk mewujudkan satu tempoh yang memberi kepastian bahawa tidak ada PRU diisytiharkan dengan mengejut. Parlimen tidak dibubarkan oleh Perdana Menteri sesuka hatinya sebelum 31 Julai 2022.
Soalan 10: Apa pendirian PH jika Perdana Menteri Ismail Sabri berhasrat kerajaannya terus mentadbir sehingga tempoh penuh Parlimen Ke-14 ini hingga tahun 2023?
Jawapan : Hak kuasa prerogative Perdana Menteri untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen dan mengadakan PRU tertakluk kepada persetujuan Yang di-Pertuan Agong seperti kehendak Perlembagaan Persekutuan tidak akan diganggu oleh PH. PH hanya mahukan kepastian seperti yang telah dipersetujui di dalam Memorandum Persefahaman bahawa PRU-15 hendaklah diadakan selepas 31 Julai 2022. Jika Perdana Menteri Ismail Sabri mahu mengadakan PRU-15 pada tahun 2023 misalnya, PH tidak ada halangan. Tidak ada bantahan.
(Nota: Tulisan ini adalah pendapat peribadi saya, sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Pakatan Harapan. Segala kelemahan, kekurangan, kurang tepat mahupun kesilapan adalah tanggungjawab saya sendiri)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33092

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mou Kerajaan Ph Bolehkah Matlamat Tercapai

Mou Kerajaan Ph Bolehkah Matlamat Tercapai

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 450 hits
Hari ini Malaysia berusia 58 tahun Apa harapan rakyat pada hari lahir negara tercinta ini Tentunya agar Malaysia bergerak maju aman dan sejahtera Paling utama ialah berakhirnya krisis kesihatan dan ekonomi yang membelenggu sekian lama akiba...
Mou Dengan Ph Terbit Daripada Dasar Inklusif Kerajaan

Mou Dengan Ph Terbit Daripada Dasar Inklusif Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 158 hits
Berasas semangat Keluarga Malaysia tiada siapa tertinggal termasuk pembangkang KOTA KINABALU Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan terbit daripada dasar inklusif keraj...
Badan Antirasuah Kecewa Dengan Mou Kerajaan Ph

Badan Antirasuah Kecewa Dengan Mou Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 187 hits
Transparency International Malaysia tidak puas hati apabila tiga bidang pembaharuan dalam Pelan Antirasuah Nasional tiada dalam Memorandum Persefahaman kerajaan dan Pakatan Harapan Kami mengharapkan bahawa niat dan iktikad baik para penggub...
Gempar Mou Dengan Kerajaan Akhirnya Tony Pua Dedah Rahsia Disebaliknya

Gempar Mou Dengan Kerajaan Akhirnya Tony Pua Dedah Rahsia Disebaliknya

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 284 hits
MoU dengan kerajaan akhirnya Tony Pua dedah rahsia disebaliknya Pakatan Harapan akan terus memainkan peranannya sebagai pembangkang walaupun telah menandatangani perjanjian untuk menyokong kerajaan persekutuan di Dewan Rakyat secara bersyar...
Mou Kerajaan Pembangkang Akan Neutralkan Kluster Mahkamah Kata Penganalisis

Mou Kerajaan Pembangkang Akan Neutralkan Kluster Mahkamah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 331 hits
A Pemerhati politik berkata sukar untuk golongan kleptokrat sabotaj kerajaan sedia ada sekiranya kerjasama dengan PH diteruskan dengan lancar Wakil dari blok kerajaan dan pembangkang menandatangani MoU persefahaman Isnin lalu dalam usaha tr...
Anwar Dimalukan Mp Kerajaan Boikot Ucapan Perbahasan Selepas Mou

Anwar Dimalukan Mp Kerajaan Boikot Ucapan Perbahasan Selepas Mou

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 152 hits
AGENDA DAILY Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman berkongsi gambar dalam Twitter keadaan dalam Dewan Rakyat semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahas hari ini Walaupun Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dimert...
10 Ragu Ragu Yang Sering Ditanya Berkaitan Mou Ph Dan Kerajaan 69

10 Ragu Ragu Yang Sering Ditanya Berkaitan Mou Ph Dan Kerajaan 69

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 164 hits
Setelah termetarai MoU Pakatan Harapan dan Kerajaan Pusat sudah tentu pelbagai persoalan akan timbul daripada penyokong kedua dua pihak Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim percaya ramai yang mengemukakan pertanyaan kepada kepimpin...
Ph Akan Tarik Diri Jika Kerajaan Gagal Laksana Mou Kata Ahli Parlimen Pkr

Ph Akan Tarik Diri Jika Kerajaan Gagal Laksana Mou Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 160 hits
Seorang Ahli Parlimen PKR berkata Pakatan Harapan akan menarik diri daripada memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik yang dimeterai dengan kerajaan pada bila bila masa jika ia gagal melaksanakan perkara yang dipersetujui...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia